Thursday, January 29, 2009

kawan baru.......

he...he...he.....
ari ni aku dapat 2 kawan baru, namanya mail & ehsan. mail ni tauke ayam yang paling baik & pemurah sebab dia jual ayam paling murah"2 ekor singgit" . woooo.......murah tu, mana nak dapat harga tu kat pasaran sekarang. kita orang panggil dia "mail 2 singgit"
si ehsan ni pula slalu kena buli ngan aku, ari ni dia kena buli teruk ngan aku.cian betol kat dia.......tapi aku tak la zalim sgt.aku bukannya buli betol-betol pun main-main je la. yang paling best pasal ehsan ni, aku suka tgk kalau dia gelak (time dia tersedar yang dia telah dikenakan) matanya yang kecil akan jadi makin kecil (sepet).
jangan marah yer ehsan....gurau jerrrrrrr
tapi apa pun ni la warga baru kat ULDP..............
welcome mail & ehsan

bestnya balik kampung.......

ari ni baru aku leh update blog. geja banyak sangat kadang-kadang tak sempat nak hupdate blog. balik kampung mmg best tapi perjalanan balik jem teruk perjalanan yang sepatutnya ambil masa 5 jam dah jadi 6 1/2 jam. sakit pinggan aku duduk dalam bas.
balik ari tu sempat la tgk ternakan puyuh yang dah membesar,bestnya....menjadi juga adik aku bela puyuh. petang-petang kita orang akan kutip telur puyuh. asyik punya tgk puyuh lupa lak kat ikan guppy. bila tanya adik camna guppy?makin banyak ke?tau apa jawapannya......"mak dah jual guppy" biar betol????rupa-rupanya ramai kanak-kanak yang suka guppy dan minta beli sebab tu la mak aku jual guppy-guppy tu suma. sekarang yang tinggal bayi-bayi guppy ja.
dekat area kg. ada resort, cantik gak resort tu. ptg tu aku p ronda-ronda kat situ dah lama tak merayau mcm tu naik motor best betol.
bila sampai resort to tgk ramainyerrrr orang tengah mancing ikan......trus aku tringat kat KC. kalau bawa KC ni sure dia berkampung kat resort ni, lagipun kawasan pancing ni open sesapa pun leh pancing tak perlu bayar pun......
ruginya KC..........
tak pa la, len kali kalo ada peluang aku akan ajak KC dan kengkawan lain balik kg.......

Friday, January 23, 2009

jom balik kampung.............

yahooo.........
esok start cuti ujung minggu + raya cina. bestnya leh balik kampung. dah lama rasanya tak balik kg. lama ke???he...he...he.....baru sebulan tak balik. tapi kira lama la tu. bukannya senang nak bleh balik cuti panjang macam ni.
nanti balik bleh la jumpa member-member lama sambil ronda-ronda aloq setaq. dah lama aku tak kluar jalan-jalan kat c'tu. ntah macamana la sekarang, ada pembaharuan or masih cam dulu lagi.....
tempat yang paling aku suka p bila balik sana adalah pekan rabu. aku suka shopping kueh tradisonal kat sana. memang banyak kueh tradisional yang dijual, harganya pun berpatutan. dan.....yang paling best kat situ, kuah rojak mak bee. sampai kan kalau balik sana mesti member-member aku pesan belikan.
kalau sempat balik nanti leh p mandi air terjun bukit perak, dah lama tak p ntah wujud lagi ke idak tempat tu aku pun tak tau. arap-arap wujud lagi la.......
ada lagi yang best balik ni, leh tengok puyuh yang dah start bertelur, ikan guppy yang rasanya dah makin banyak.......waahhhh....seronoknya..........makin menjadi-jadi si guppy ni. ni kalau KC tau tentu dia jeles ngan ikan guppy ku......he...he...perasan lak, bukan guppy aku punya tapi adik aku yang punya.
apa pun semoga perjalanan ku berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Friday, January 16, 2009

Jumaat

hari ni kena p hospital lagi untuk check gg walaupun sakit dah kurang tapi still kena follow up lagi takut ada effect lain. first time tau p wat rawatan kat hospital putrajaya. aku sememangnya takut dengan hospital ni, bleh kira ngan jari berapa kali ja aku p hospital untuk wat rawatan, tapi kalau p melawat orang tu selalu la.
ari ni kena p pakar bedah mulut untuk rawatan lanjut. waktu check doktor bagitau yang gg bongsu aku kena cabut. dia bagitau yang sebelah kiri pun mcm nampak ada gg bongsu yang akan tumbuh. so, dia minta aku p x-ray dulu sblm dia wat comfirmation. so aku pun p la x-ray. selama ni aku tau x-ray badan je tapi kali ni aku kena x-ray mulut plak, he...he...he...bunyi macam lucu plak.
pas dapat x-ray p jumpa doktor tu balik. doktor cakap memang comfirm gg tu kena cabut kalau tak aku akan trus sakit. yang paling tak best aku dapat lagi satu berita tambahan bukan 1 je gg bongsu aku yang tumbuh ada dua lagi kat sebelah kiri bawah & atas yang sedang membesar. yang tu pun ada ciri-ciri akan menyebabkan aku sakit. doktor cadang agar gg tu pun aku cabut juga. hai dah la nak cabut satu pun aku ngeri, ni dengar plak 2 lagi yang nak kena cabut, mak oiii.......biar betul. tapi kalau tak cabut aku akan sakit macam ni lagi.
hemmm..........alamatnya kena cabut juga la, tapi lambat skit bagi gg yang 1'st cabut tu lega dulu.ngeri tul la dalam masa terdekat aku kena cabut 3 gg. waaahhhhh.......banyaknya gg aku yang ilang dalam tahun 2009.

Monday, January 12, 2009

thanks a lot........

pada teman-teman yang banyak membantu aku sepanjang 2 minggu aku terkurung dalam penjara sakit gg + gusi ni, terima kasih di atas bantuan kalian. hanya Allah S.W.T yang dapat membalas budi baik kalian. pada KC, thanks coz masakkan aku bubur nasi 1"st day aku sakit dan tumpangkan aku kat umah, buat Kak Lyn thanks sebab dah banyak tolong aku, wat ied, kak zimah trima kasih coz bagi aku petua tuk kurangkan sakit gg. Wat teman-teman CLDP dan member-member umah thanks sebab memahami keadaan aku 2 minggu ni.

sejarah 01.01.2009

sejarah seumur hidup tercatat dalam dairi pembukaan tahun 2009. Tanggal 01.01.2009 buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku gg aku kena cabut. mungkin pada pandangan orang perkara tu biasa tapi bagi aku inilah kali pertama aku kena cabut gg. yang geramnya doktor tu cabut gg time aku sakit + gusi aku bengkak. biol kot doktor tu. sebenarnya dari kecik lagi aku memang boleh dikategorikan sebagai orang yang paling takut untuk cabut gigi. alhamdulillah selama ni gg aku tak pernah ada yang rosak. kalau ada pun gg tu patah sebab waktu kecil aku ni ganas skit. maklumlah dibesarkan dikalangan adik beradik lelaki.
penangan cabut gg memang dasyat, gusi aku makin sakit dan dah hampir dua minggu aku menanggung kesakitan hanya tuhan ja yang tahu sakitnya. seminggu aku tak tidur lena malam akibat menahan sakit. kalau telan ubat tu tak payah cakap la sampai dah nak termuntah bila tengok ubat. ari-ari kena telan ubat. kalau tak seharian la aku terpaksa menahan sakit. mulut pulak susah nak buka, nak makan pun susah hanya bubur nasi dan air susu ja makanan aku. dah la bubur nasi tu makanan yang paling aku tak suka, tapi akibat penangan gg + gusi yang sakit, bubur pun bubur la kalo tak makan aku pasti kelaparan vs kebulur.
minggu kedua sakitnya dah kurang sikit tapi still susah nak makan. tapi kalo nak makan juga pas makan sure aku kena telan ubat tahan sakit. sakit gg menyebabkan aku hidup terkurung dalam rumah 2 minggu. bosan tak yah cakap la. macam terkurung dalam gua plak. nak kluar jalan dah tak daya. hisss.......memang dasyat pembukaan tahun baru aku. hingga saat ini pun gg aku belum sembuh sepenuhnya.
jumaat lepas aku p klinik untuk check balik gg dan gusi. dukacita dimaklumkan yang gg bongsu aku plak tumbuh time ni. patut la sakit tu makin menjadi-jadi. doktor minta aku datang lagi jumaat ni untuk check perkembangan gg aku dan silap-silap aku mungkin kena wat minor operation untuk buang gg bawah, kalau tak buang, peluang untuk aku terus sakit memang cerah. hai.....ni satu lagi benda yang aku ngeri "operate". tapi aku terpaksa kuatkan semangat la, kalo tak operate maybe aku akan berterusan macam ni, lagi teruk.
bila aku pikir balik dan bandingan sakit aku ngan mangsa perang ghaza aku mula terpikir sedang aku baru sakit gg + gusi dah macam ni macamana dengan mangsa perang ghaza terutamanya baby. lagi kesian dan lagi menderita dari aku. dalam keadaan aku yang sakit ni masih ramai lagi yang sakit teruk dari aku. sepatutnya aku bersyukur coz aku cuma sakit macam ni tapi dia orang lagi menderita. dari situ aku kuatkan semangat yang aku patut lebih tabah hadapi sakit ni sebab ada orang yang lagi teruk sakit daripada aku.......maybe ni dugaan pertama pada aku........