Wednesday, August 25, 2010

ibu....

ptg tadi sambil masak juadah berbuka teringat nak telefon ayah, dah dua hari tak telefon kg. dapat cakap ngan ayah tanya khabar, alhamdulillah smuanya sihat. lama gak bual ngan ayah pasti turn tuk bual ngan mak plak. tanya mak masak pa mak cakap wat sambal ikan bawal, wahhhhh....rindunya masakan mak. mak tanya bla blk kg, cakap kat mak insyaALLAH sabtu 4hb. blk kg. awal aku cuti raya tahun ni, saja amik awal nanti bleh la bepuasa ngan famili lama skit.
cakap kat mak blk nanti antar kakak balik kodiang dulu pastu baru balik umah, mulanya mak cakap o.k pastu mak tanya nape lin tak balik sekali ka?hu3.....musykil mak aku bila aku cakap aku wak balik kakak ja. aku bagitau mak kak lin g umrah tahun ni sebab tu dia xjoin balik kg raya ni. pastu mak tanya aku nape tak ikut kak lin g umrah?, aku cakap kat mak duit lom cukup nak join kak lin g sana. mak macam terkejut, mak tanya nape tak cakap nak p nanti mak bagi duit, time tu air mata ku menitis kerana terharu dengar mak cakap macam tu. Ya Allah betapa mak terlalu menyayangi aku.
pastu aku cakap kat mak, aku nak mak ngan ayah p dulu, mak cakap mak ngan ayah xtau bla bleh p lagi. mak risau nak tinggal adik2 ku yang berdua tu. tapi aku sentiasa berdoa moga2 mak ngan ayah cepat dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. mak cakap dia tak kisah kalo aku nak p dulu, mak pesan dengan aku, nanti kalo ada kawan2 yang nak p umrah lagi mak nak aku ikut sekali. pasal duit mak cakap jangan risau mak akan bagi, terharunya aku. sekali lagi air mataku gugur pada 15 ramadhan ni.
pada mak & ayah aku terlalu menyangi kalian, walaupun bukan kerana hal ini sesungguhnya aku amat menyayangi kalian hingga akhir hayat ku. aku berdoa agar suatu hari nanti aku dapat menjejak kaki di tanah suci mekah bersama kalian.

Monday, August 16, 2010

12.40 pm (isnin - 16 ogos 2010)

aku rasa sangat sedih tghari ni, hampir2 menitiskan air mata.......ya Allah, kau kuatkan lah hati ini.................

peringatan untuk diri sendiri

sebelum mencapai ketenangan pasti ada kesukaran yang perlu kita hadapi. kita tak minta kesukaran tu dtg pada kita dan kita juga xboleh nak halang bila ia datang mungkin Allah sayangkan kita sebab tu dia datangkan ujian pada kita. kadang kala kita tak berani tuk hadapi dugaan tu.

walau sesukar mana pun sesuatu dugaan tu pasti ada jalan penyelesaiannya cuma samada kita berani untuk ambil langkah cepat tuk mengatasinya atau kita biar ia merebak terlebih dahulu.

time mcm ni baru teringat satu pepatah melayu "mencegah lebih baik dari merawat" tapi semua tu hanya diri kita sendiri yang mampu tentukan.

Tuesday, August 10, 2010

Minggu penuh dugaan

Sabtu baru ni pergi pc fair, saja jln2 cuci mata. Tiada matlamat khusus pun kat sana. Best juga, dah agak lama tak turun k.l. pc fair kali ni tak la semenarik pc fair awal tahun hari tu. Rasa mcm tak banyak sangat barang2 yang dapat menarik perhatian aku. Mcm tak percaya ja, kalo dulu aku bleh ddk sehari kat pc fair tu tapi kali ni dalam beberapa jam ja aku melilau kat situ. Maybe sbb xda matlamat sebenarnya so cepatlah abis window shoping aku.

Dalam kul 2 lebih aku dah gerak kluar dari dewan pameran trus ke bgnan KLCC coz aku nak balik ngan LRT. Time nak masuk KLCC tu aku nampa seseorg, tetiba ja darah aku tersirap, aku rasa mcm kenal ja org tu tapi xsure btl atau idak. Takut pelanduk 2 serupa. tetiba ja aku berhenti b’jalan aku cakap kat ami “tunggu jap akak rasa akak kenal org tu” aku patah balik beberapa langkah tuk pastikan org yg aku lihat tadi, tetiba ja org tu pun pandang aku ja tapi pandangan yg xda perasaan. Time tu trus aku wat conclusion sah aku tersilap org. so aku amik keputusan ajak ami trus beredar dari situ tapi dalam masa yg sama aku still terpikir pasal tu la. Rasa mcm kenal ja org tu.

Sampai kat LRT mak aaaiiiii ramainya org rugi plak tak bli tiket pergi balik. Tgh que bli tiket tetiba msj msk dari suspect. Hati dah mula tergerak mengatakan dialah org tu tadi kalo idak takkan la tetiba ja dia msj time2 ni.pas baca msj dia huh mmg cmfrm la dia orgnya. Lepas 4 thn tu 1’st time aku jumpa dia, tu pun secara tak sengaja.

Thursday, August 5, 2010

aku yang bersalah

huhhh....aku bersalah....maybe aku tak behave myself. tak pa nak wat macamana kalo dah jadi mcm ni aku terima aja......nasib aku la. smua punca dtg dari diri sendiri, mungkin juga aku terlanjur bicara tanpa pikir sensitiviti org lain. mungkin bagi aku tu perkara biasa tapi tidak pada pandangan org lain. mungkin aku sendiri yang tak pandai tuk bergurau or tersalah gurau ngan orang lain hingga wat org lain terasa. mungkin aku bukan seorang kawan yang baik. salahnya datang dari diri aku sendiri so mmg patut pun aku dipersalahkan. inilah bayaran yg perlu aku bayar atas ketelanjuran tutur kata aku.