Saturday, December 31, 2011

Tirai 2011

Alhamdulillah tirai 2011 dah hampir sampai ke penghujungnya. Tahun 2011 penuh dengan pelbagai warna,ada suka, ada duka, ada enjoy, ada sedih & ada ributnya. Hu3 sebut pasal ribut, nampaknya ribut 2011 trus aku bawa sebagai pembuka tirai 2012. Walaupun ribut, tapi aku enjoy dengan apa yg aku lakukan.
Alhamdulillah, minggu ni dah 2 minggu interview HLP & CBBP TB berlangsung. minggu2 yang amat memenatkan dan penuh dengan cabaran dengan karenah calon temuduga + karenah orang yg xdipanggil temuduga semuanya kena hadapi serentak.hu3....
Tapi aku bersyukur kerana punya anak buah yang komited dalam menjalankan tugas walaupun kena hadapi pelbagai dugaan dari pelanggan. Kena marah, kena hentam & disalahkan dah menjadi halwa telinga kami sepanjang tawaran ni keluar tapi mereka masih cuba memberi yang terbaik untuk tetamu yang datang.
Namun xsemua yang boleh paham dan terima penjelasan tu dengan hati yang terbuka. Hanya segelintir ja yang mampu berbuat begitu, selebihnya kesalahan jatuh pada kami2 smua. Pelbagai andaian buruk yang kami terima atas kegagalan mereka. Kadang2 nak je cakap “ bukan smua yg kita mohon kita akan dapat”, mcm xpaham je dia org ni. Bukannya xpenah buat smua benda ni. adakalanya aku berpikir berdiam adalah jalan terbaik bila dia org ni tgh marah tapi bukan dalam smua hal kita boleh diam. Kalau sesuatu tu xbetol kita harus membetolkannya. Bila kita cuba membetolkannya kita pula dikatakan kurang ajar, logic ka mcm tu?
Bukan niat kita nak melawan just nak membetolkan apa yg salah shj agar tiada lagi tanggapan salah slps ni. Kadang2 kemarahan kita meningkat juga bila tgk karenah dia org ni ni tapi kita tetap kena sabar bila berhadapan dgn mereka. Cuba bagi yang terbaik walaupun pelbagai tanggapan negatif yg kita dapat. Dalam hati “sabar je la....” tu ja yg mampu diucapkan.
Lepas ja pelanggan balik, selalunya tekanan tu akan dilepaskan kat dalam opis. He3....biasa la, sesi luahan rasa la katakan. Hanya sekadar luahan rasa tiada niat untuk berdendam dgn mereka. Semua tu harus kita hadapi kerana ia dah menjadi tanggungjawab kita. Tapi aku sedih juga, kerna luahan2 itu, ada yang menyalah tafsirkan situasi kami. Ada yg kata kami emosional dlm menjalankan tugas. Asyik membebel & merungut ja pasal pelanggan.......Mungkin kami nampak agak emosi bila meluahkan tekanan tu tapi just satu luahan saja tiada niat lain selepas tu. Cuma apa yg boleh aku katakan kalau hanya sekadar tgk dan kritik mmg la mudah....sapa2 pun boleh buat. Cuba berada ditempat kami, mungkin akan tahu situasi sebenar.
Agak sedih bila aku tahu smua tu, tapi aku slalu ingatkan diri aku, biar la apa org pikir yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. Apa yang penting kerja yang dipertanggungjawabkan dapat ku laksanakan sebaik mungkin, itu kepuasan bagi ku. Apa org nak pikir @ tafsir suka hati la...Aku nak tinggal kesedihan tu dlm 2011 ni. Xmau ingat dah. Ni last entry 2011.
Aku nak tutup tirai 2011, biarlah apa yang terjadi 2011 ni jadi kenangan dan panduan yang terbaik dalam idup. Yang happy2 aku nak carry forward ke tahun dpn, yg sedih2 aku akan tinggalkan bersama 2011. Mulakan 2012 dengan semangat baru.

Pada semua SELAMAT TAHUN BARU 2010.....moga perjalan hidup tahu depan lebih baik dari tahun ni.

Saturday, December 10, 2011

muhasabah diri

Allah menduga hamba-hambanya mengikut kemampuan diri kita, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadanya. Tanpa kita sedar Allah telah mengantikan sesuatu yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali kita menyesali apa yang telah terjadi dan jangan tangisi apa yang telah tiada. Tetapi jadikan ia sebagai semangat untuk kita bangkit dan semai ketabahan untuk lebih berani menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. sesungguhnya dugaan dan pengalaman lalu membantu dalam mendewasakan kita..........