Friday, July 31, 2009

seminggu berlalu

minggu ni rasa mcm cepat sangat masa berlalu.....ingat lagi masa hari isnin & slasa rasa malas sgt nak geja sbb badan rasa lemah sgt coz 7 hari geja non stop.....dalam penat tu pun sempat juga aku p main bowling ngan kc & noorul the gang. balas dendam balik sbb ujung minggu ari tu tak leh main.

dalam minggu ni aku cuba sibukkan diri cari apa aktiviti yang boleh aku buat selain geja supaya aku tak rasa boring. ntah nape minggu ni rasa bosan, sepi, sunyi smua la kaum kerabat dia tu byk sangat. ari selasa g berenang kat persint 9 tapi tak best sangat sebab ada 1 group ni dah wat macam kolam sendiri main-main bola. tau la tu kolam awam smua orang bayar tapi kena la timbang rasa ngan pengunjung-pengunjung lain. dia orang pun bayar juga tu berenang tapi.......hampeh group ni dah kontrol hampir separuh dari kolam. nak berenang pun dah macam tk best.
semalam tido umah kak lyn, kita orang wat xtiviti memasak untuk majlis bacaan yasin kat opis ari ni. seperti biasa kak lyn la otainya aku spt biasa jadi pembantu la. semalam buat 2 resipi marble cheese kek & puding karamel. sambil tu sempat juga kita orang siapkan satu tempahan kek. ala simple kek ja. kita orang ni chef amatur bukan profesional. kul 2 pagi baru kita orang siap wat smua tu. kepala dah bingung-bingung nak tidur.......tak cukup tidur....tapi puas coz smua resipi siap.

ni la kek percubaan aku ngan kak lyn........

sampai opis pagi tadi kepala dah pening-pening sebab tak cukup tido, trus p kursus sampai petang. jap lagi nak balik......... yahoo.........esok cuti leh plan nak ronda-ronda. nak p mana ek?kalo duduk awak ja tentu bosan. hem...........p jalan TAR pun best gak, leh shopping raya. he...he...he....puasa pun blom lagi dah pikir persiapan raya, camna tu?sebenarnya sok nak p cari baju melayu kat ayah, kalau nak tunggu puasa baru nak shopping penat la.....sure jln TAR sesah sebab smua orang dah mula shopping raya. ahad plak nak p shoping barang tuk pesta bola kresta pulak.....waah....bestnya time table ujung minggu dah penuh.............

Monday, July 27, 2009

ahad oh ahad

semalam aku isi masa ngan ronda-ronda alamanda. memang tak da motif pun nak buat apa hari ahad. pagi tu singgah jap kat opis tengok apa yang patut diselesaikan. tengahari ja kc ajak p alamanda jumpa blogger dia. aku join ja coz aku pun tak da plan nak p mana. mulanya agak terkejut gak bila tengok parking kat alamanda lengan, aik...org tak shopping ka?slalunya alamanda kalo time weekend kan main lagi susah nak cari parking tapi ari ni cam pelik ja. nak kata awal lagi tak juga dah pukul satu tghari. maybe org lmbt kluar kot coz ujan. masuk ja bowling alamanda rupanya banyak plak tournament ari ni, sesak dalam tu. kc trus join blogger dia. aku tak join, aku lepak ja tengok orang main. teringin juga nak main tapi smangat main tak brapa nak ada so lepak & tengok je la org main. best juga tgk gelagat org main bowling, ilang juga rasa boring. tambah pula ari ni ada game kpm rasa macam nak tunggu ja, nak tgk. dengar-dengar ada group BT yang join tapi tak pasti siapa yang main. pujuk hati, tak pa la tunggu jap kalo ada leh gak tolong sokong kalo tak da jap lagi aku cabut je la. tunggu punya tunggu hampeh takda pun.....buang karan ja tunggu lama-lama baik balik.
time nak balik kak lyn msg suruh p minum ptg kat umah dia, wah.....best tu tgh-tgh lapar ni ada orang pelawa makan plak. tapi perut betul-betul lapar ni, so alas perut ngan sandwich & aiskrim mc.D dulu la, tapaukan tuk kc skali coz time tu kc masih kat bowling lagi saja aku kluar dulu. tengah makan aiskrim tu tetiba ja ada satu perasaan. ntah macamana nak gambarkan. tapi aku rasa satu feel yang best, jalan-jalan sambil mkn aiskrim. dah lama aku tak wat geja macam tu. ingat masa dulu-dulu....rindunya.......tapi dah tak leh nak undur masa lagi.......
sampai umah kak lyn makan lagi......kali ni kek coklat ngan teh o panas mmg best la.....lama juga aku lepak kat umah kak lyn puas la aku lepas rindu kat kanak-kanak riang tu. time nak balik tu aku teringin nak makan laksa, sebenarnya dah lama aku nak mkn laksa tapi lum sempat makan lagi. walaupun aku dah banyak makan tadi tapi ntah nape tetiba ja aku nak juga laksa petang tu."macam org ngidam plak."Ha..ha....ha....pelik tu. maybe aku terlalu rindukan aku betul-betul rindukan laksa mak kat kg tapi tiap kali balik mesti tak sempat nak suruh mak buatkan.
aku amik keputusan tuk cari laksa kat warisan tapi sedihnya bila sampai kat warisan susah nak dapat parking kebetulan kat warisan ada pesta makan buah. terpaksa la aku pikir mana lagi tempat nak cari laksa. nampaknya kena p area uniten juga la......arap-arap ada la lagi ptg-ptg macam ni.
Alhamdulillah..........rasa happy sangat bila tgk laksa masih ada lagi. rasa macam puas dan berbaloi walaupun agak jauh aku kena cari laksa......akhirnya aku dapat juga laksa......

Saturday, July 18, 2009

sambutan bestday

alhamdulillah akhirnya sambutan bestday bulan jun & julai berjalan lancar seperti apa yang dirancang. sehari sebelum sambutan baru aku ngan kak lyn selesai beli hadiah. harap-harap smua orang happy ngan hadiah tu. Sambutan bulan ni agak special skit coz kek bestday adalah hasil kreatif chef lyn. inilah rupa keknya....

kek ni menggunakan edible image warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai. kek ni adalah percubaan pertama chef lyn ngan aku tapi aku sebagai penyibuk je la..he...he....

inilah wajah-wajah warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai

Saturday, July 11, 2009

apa yang sesuai?

Minggu depan ada mesyuarat cawangan dan sambutan bestday warga CLDP. Seperti biasa, bab mencari hadiah aku la yang perlu lakukan. sampai hari ni aku masih blurrr nak bli apa tuk dia org. dah beberapa hari ku pikir tapi lom dapat jawapan hadiah yang bersesuaian.
kak lyn ada cadangkan hadiah tuk perempuan tu blikan shawl. bila dipikir2 menarik juga tu.....rasanya mmg tu yang akan ku beli. tetapi tuk lelaki nak bli apa ek?????susahnya..........mmg la kalau datang bab hadiah tuk lelaki ni susah btl la.....dengan budget yang limited tu apa yang sesuai tuk dia orang pun tak tau. pening juga ni nak cari. tapi tak pa....sok aku akan start operasi tuk cari smua hadiah dia orang. dalam minda dah ada list beberapa tempat yang akan ku tuju. harap-harap aku dapat smua yang kucari esok.
harap-harap mereka suka dengan apa yang aku bli nanti.........