Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi

1430 H

Esok umat islam akan mula sambut puasa . Alhamdulillah tahun ni aku masih diberi peluang tuk menjalani ibadah ini. Puasa tahun ni macam tahun2 lepas aku sambut kat putrajaya. tapi tahun ni agak kurang meriah berbuka berdua ja coz housemate sorang ja yang ada. time ni ingat balik puasa tahun2 lepas, meriah sangat. masa tu kami berempat (housemate). Rindu aku pada mereka smua, a'mi. cikgu kecik & ima. teringat betapi meriahnya kami berbuka beramai-ramai. balik sama-sama masak & berbuka. antara kami cikgu kecik la selalu kena buli. time bebuka kami akan lebihkan makanan kat dia nak suruh dia cepat besar sbb dia ni kecik sangat. cian cikgu kecik selalu kena buli......
tapi tahun ni smua dah bawa haluan masing-masing. a'mi kat tanjung malim, cikgu kecik kat sarawak & ima dengan family.Rindunya kat korang smua..........agaknya bila lagi kita leh kumpul semula.......
time puasa ni juga rindu tuk berbuka ngan family kat kg makin menjadi-jadi. bestnya berpuasa di kg. ngan family. slalunya aku berbuka ngan ayah, mak & 2 adik. abang jauh kat kuantan so jarang-jarang kami bleh berbuka bersama-sama. InsyaAllah ujung bulan ni nak balik kg. jap, time tu bleh la berbuka ngan family......
Kepada ayah, mak, adik beradik ku, teman2 dan seluruh umat islam ku mohon ampun & maaf jika ada salah & silap ku kepada kalian.....
Selamat Berpuasa
Penuhi lah Ramadhan ini dengan ibadat yang mulia..............

kenangan d'Asset

Minggu lepas kena bertugas d'Asset as a Fasilitator program motivasi pelajar cemerlang. memang best la kat sana walaupun agak penat sebab aktiviti hingga malam. tapi smua tu ilang bila ku lihat wajah ceria adik2 bakal guru yang akan sambung blajar kat luar negara. tentu mak & ayah mereka bangga sebab ada anak yang bijak pandai seperti mereka. harap-harap mereka akan terus cemerlang di sana.
aktiviti d'Asset memang agak padat bermula seawal 6.45 pg hingga la lewat malam. tapi nampaknya mereka smua bersemanagat waja untuk meneruskan aktiviti ni.
Sebagai fasi disana kami diberi tanggungjawab tuk menjaga 20 adik2 cemerlang setiap kump. Alhamdulillah mereka ni semuanya baik2 & sporting. ada juga yang nakal tapi biasa la nakal budak2 cerdik.


kudoakan mereka berjaya mengapai impian masing2. semoga mereka pulang dengan kejayaan yang cemerlang.

Buat adik2 cemerlang - buktikan kamu mampu melakukannya.

ceramah motivasi

............
Pemergian mu....hilanglah tawa & riang..........
kenangan mu........................pasti dikenang............
kembali mu.................pasti diharapkan......kerana
"susah dan senang kita hadapi & kecapi bersama"
aku dapat ayat ni masa jadi fisilitator program motivasi kat Asset. time tu bukan setakat peserta ja yang disuruh buat aktiviti ni tetapi fasilitator secara sukarela turut join aktiviti ni. sedih betul bila baca kata-kata tu dari sahabat-sahabat rapat ku.
buat sahabat-sahabat ku...........
kita tak minta perpisahan ni berlaku namun lumrah hidup perpisahan akan berlaku walaupun tanpa kita minta. namun perpisahan tak bermakna kita akan putus sahabat. walau dimana berada kita tetap bersahabat. tak mustahil suatu hari nanti kita akan dipertemukan dalam suasana kerja yang baru. doakan moga persahabatan ini akan kekal hingga akhir hayat.

Monday, August 10, 2009

Pesta Bunga Putrajaya

pesta bunga putrajaya baru ja tamat so hari ni baru dpt hupdate blog ni. mmg best pesta bunga tu.....kali ni agak menarik dari tahun lepas. lagi besar kawasan pameran bunga tu. lenguh la kaki nak tawaf smua kawasan tu. paling banyak sekalu bunga orkid la.....