Saturday, October 31, 2009

Permulaan baru............

Tarikh 29.10.2009 telah memuktamatkan arah tujuan kami berempat. Pasni kami akan bawa haluan di tempat kerja baru dgn tanggungjawab yang lebih besar. Moga2 kami dpt mengharungi cabaran yg baru ni dgn penuh tabah.

Ari ni surat penempatan kami akan diberi pada satu majlis yg dinamakan “Majlis Taklimat Pemangkuan & Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Tadbir N32”. Majlis diadakan di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara. Mula melangkah masuk ke dewan tu semua orang berdebar-debar agaknya di mana la penempatan baru masing2g. mungkin aku tak terasa sangat coz dapat pindah keluar atau pindah dalam aku dah tau aku mesti balik ke tempat asal atas tanggungjawabku kepada kerja yang harus ku jalankan. Kalau aku dapat luar aku harus mohon untuk pertukaran kementerian dan kalau aku dapat Kementerian asal hal ini akan memudahkan skit segala urusan. Seramai 242 PPT N27 yg ditawarkan jawatan ni. ramai juga tu, tapi aku agak sedih juga coz ramai lagi kawan2 batch aku (ct, tini, nisah, ina & iwan) yg blom dapat. Aku doakan moga rezeki mereka akan menyusul selepas ni.

Majlis pagi tu dimulakan dengan taklimat dari JPA & sesi soal jawab dan kul 12.30 baru start majlis penyerahan surat penempatan baru. Sorg2 kena naik stage terima surat tawaran, tu yg wat majlis ni nampak unik. Mulanya kami dimaklumkan yg kami tak dibenarkan tuk buka surat penempatan tu sampai semua penerima habis terima surat tapi……..kami telah diberi kejutan yang mana setiap nama yang dipanggil tuk terima surat tu akan dimaklumkan sekali dengan penempatan baru. Waahh……..ni yang buat smua orang berdebar-debar…..kejutan yang dibuat oleh JPA ni mmg best.

Time terima surat tu ada wajah ceria dan juga ada wajah sedih dengan penempatan baru. Tapi nak wat mcmana kita terpaksa akur dengan apa yang telah ditetapkan. Bak kata JPA “terimalah penempatan ni dengan seikhlas hati”. Dalam kami berempat adik bongsu (jija) yang kluar dari KPM. Jija ditempatkan di Kem. Pengangkutan.tinggal lah kami bertiga di KPM. Sedih juga coz dalam berempat sorg ja yg dapat kluar KPM. Kul 2 tghari smua bergerak tuk lapor diri ke penempatan baru. Sedih juga time ni bla ingat dari berempat kami akan tinggal bertiga ja. Tapi nak wat macamana dah tertulis rezeki masing-masing.
Balik ke KPM kami melapor diri BPSM tuk penempatan secara rasmi. Time ni sekali lagi berdebar2 coz nak tau di bahagian mana pula yang akan ditempatkan. Aku tumpang debar bagi pihak kak noor & kak zimah la coz aku dah tau bahagian mana. Bila saja penempatan aku diumumkan dlm majlis tadi aku secara tak rasminya dah tau di mana aku akan ditempatkan.
Atas mslh2 yg tak dpt dielakkan, srt tuk penempatan bahagian hanya dapat keesokkan harinya. Kak noor & kak zimah dapat kat BPSM. Maknanya kami masih dibangunan yg sama cuma berlainan bahagian ja. Kak noor ngan kak zimah sama bahagian Cuma berlainan cawangan ja. Isnin ni masing-masing akan mula melapor diri di bahagian yg telah ditetapkan & bermulalah tanggungjawab kami sebagai PPT N32. Kepada smua all the best kat tempat baru………………….
denylibs09, 30 Oktober 2009

Wednesday, October 28, 2009

28.10.2009 Tinggal kenangan

ari ni last day tuk kami berempat kat BT. mungkin ini lah gambar kenangan terakhir kami berempat kat sni. arap2 persahabatan ni tak kan putus hingga akhir hayat walaupun lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing.

Buat kak zimah, kak noor & jija :-

"friends 4 ever, walau dimana kita berada"

Monday, October 26, 2009

apa sudah jadi...........

dah lama tak tulis kat blog, masa yg membataskan aku tuk buat catatan di ruang ni. aah....alasan ja sebenarnya no idea apa yg nak tulis dalam seminggu dua ni. diri jadi confius dengan keadaan semasa. ntah apa yg patut dibuat. blurr seketika. kadang2 aku happy kadang2 aku jadi confius dengan diri aku. kadang2 aku ada gak terpikir adakah apa yg aku lakukan itu betol dan tak menguris perasaan sesiapa........bingung aku pikir apa yang terjadi. hingga kadang2 aku tak da jawapan pada apa yg aku buat samada betol or salah.....bila dah jadi mcm tu aku ikut ja rentak semasa.kalau ia bergerak lurus, lurus la aku, kalo ada masanya dia belok aku belok la coz time tu aku dah tak leh nak pikir lg apa ya terjadi.pening kepala aku pikir benda yang aku sendiri tiada jawapanya. bila banyak sgt pikir aku mula stress.....stress....stress
"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada sesuatu yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun hanya untuk seketika "

Thursday, October 15, 2009

cerita minggu lepas.........

Open House.......
Weekend minggu lepas banyak open house, sabtu ada open house umah member opis tapi tak dapat p ari tu aku tak ada mood nak p beraya coz sakit hati pasal ari jumaat lom ilang lagi. alih-alih seharian aku merayau sorang2. mulanya aku singgah opis jap settle mana yang patut pastu aku trus mrayau ke serdang pastu langsung ke bangi. aku lepak kat romantika baangi. 1'st time aku singgah romantika bangi, slalunya aku p romantika kajang. tp ari ni dah malas nak p kajang so lepak je la kat situ. tgk brg2 kat romantika leh kurangkan tension aku skit. puas pusing2 kat romantika aku p psr malam bangi. rasa macam kelakar plak aku nrayau ari ni. mcm tak da haluan ja tapi ntah la kalo aku duduk umah pun aku lagi boring. at least aku leh buang masa aku ngan mrayau.......ilang skit boring.

Happy bestday 2 me & Open House lagi..........
ari ni bestday aku,wahhhhh......makin tua la aku.........hu3......
apapun aku bersyukur pada Allah kerana aku masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik hingga ari ni.
ari ni ada 2 lg open house, satu kat umah member lama & satu lagi kat umah opis mate. so pagi ni aku plan p umah member lama, ptgnya nak p umah opis mate plak. awal pagi aku sampai kat umah member ingat nak la tlg dia mana yg patut alih2 smua dah siap so alam juga la aku lepak kat umah dia. sempat la main2 ngan anak dia. geram betol aku tgk anak dia yg comel tu. gambar dia ja yang aku dapat ambil coz kakaknya pemalu skit.
namanya Damia, budaknya sangat manja dgn orang yang dikenali....
Menu open house pg ni mee kari dan soto. dalam kul 1 lebih aku gerak balik coz kepala dah mula sakit2. yang kelakarnya mak dia siap tapaukan makanan tuk aku. rasa macam malu la pula. dah la p mkn pastu dpt tapau lagi.hu3.........
Balik umah kepala dah tak tahan sgt, t'do jap coz janji ngna en.lan & kak lyn nak p 2'nd open house dalam kul 3.30 ptg. sempat la kalo aku nak rest jap. destinasi 2'nd open house umah kak liza kat desa pinggiran. menu dia mmg wat aku xcited sgt, ada lemang ngan rendang. sebenarnya aku mmg teringin sangat nak makan lemang ngan rendang dari ari jumaat lagi tapi mood aku sepoi btl jumaat ari tu sampai ilang selera nak mkn. haa........kali ni leh la aku mkn sepuas hati. banyak juga aku makan mcm tak penah jumpa lemang & rendang plak sblm ni. balik umah ptg tu aku terlena sampai maghrib sbb kekenyangan lemang.

Malamnya rasa bosan sgt, rasa macam nak kluar tapi tak tau nak p mana. bosannya.............ami dah balik upsi, dik wa plak dah p outstation, t.v plak tak da cita best.huhhh..............bosannya.
Tengah lepak-lepak ngadap t.v noorul call tanya ada kat umah tak, bunyi cam pelik ja tetiba ja call tanya ada kat uamh tak pastu gelak2. aku ckp tak da. bukan niat nak tipu tapi aku pelik skit ngan cara dia tue. tup2 jap ja pastu ada org bg salam & ketuk pintu. Uper2nya noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat aku wat suprise bestday aku siap bawa kek bestday lagi

ni la kek bestday aku tahun ni...dah tua upernya aku

wat noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat ku thanks a lots 4 the suprise & make me happy.....love u all.

Thursday, October 8, 2009

Lepas geram........

semalam tension gila2, kepala pun tak betol ja. banyak sangat tekanan, serabut kepala aku nak pikir. satu ari aku moody kat opis. hu3....sejak msk geja pas raya ni aku rasa banyak sgt tekanan. kiri, kanan, depan, belakang smua ada. tekanan yg dtg berturut2 yg kdg kala aku rasa aku tak mampu nak tepis. adakalanya aku menyerah ja dgn tekanan yg dtg. so smalam aku rasa dah mcm tension tahap maksimun, dah xtau nak wat mcmana lg....seharian muka aku moody ja kat opis. serabut...serabut...& serabut.
Malam tadi tuk ilangkan tension, aku merayau kat alamanda, ramai la plak org w/pun lom gaji lagi. pelik aku. Ni la tempat aku ilangkan tension smlm. ku anggap pin2 tu smua adalah masalah aku. puas hati aku dapat jatuhkan pin2 tu walaupun bukan smua yg dapat aku jatuhkan atleast aku dapat satu kepuasan dalam menghancurkan masalah problem sekeliling aku..


dah puas lepaskan geram kat situ apa lagi time tu eat.............time tension adalah time yg paling best tuk makan coz smuanya nampak sedap & menyelerakan............sampai habis licin aku makan

Thursday, October 1, 2009

satu keikhlasan

Suatu Persahabatan wujud atas satu dasar perhubungan yg tulus ikhlas. jika faktor luaran menjadi kayu ukur utama dalam meniti sebuah persahabatan maka pincang dan musnah lah ia .
persahabatan yg sejati lahir dari hati yg tulus ikhlas tanpa mengira kekurangan / kelebihan sesorg. bila pertalian ini dinafikan hanya kerana faktor luaran runtuhlah tembok persahabatan itu maka tiada maknanya lagi sebuah persahabatan itu.
so apa yang penting..................keikhlasan.