Saturday, December 31, 2011

Tirai 2011

Alhamdulillah tirai 2011 dah hampir sampai ke penghujungnya. Tahun 2011 penuh dengan pelbagai warna,ada suka, ada duka, ada enjoy, ada sedih & ada ributnya. Hu3 sebut pasal ribut, nampaknya ribut 2011 trus aku bawa sebagai pembuka tirai 2012. Walaupun ribut, tapi aku enjoy dengan apa yg aku lakukan.
Alhamdulillah, minggu ni dah 2 minggu interview HLP & CBBP TB berlangsung. minggu2 yang amat memenatkan dan penuh dengan cabaran dengan karenah calon temuduga + karenah orang yg xdipanggil temuduga semuanya kena hadapi serentak.hu3....
Tapi aku bersyukur kerana punya anak buah yang komited dalam menjalankan tugas walaupun kena hadapi pelbagai dugaan dari pelanggan. Kena marah, kena hentam & disalahkan dah menjadi halwa telinga kami sepanjang tawaran ni keluar tapi mereka masih cuba memberi yang terbaik untuk tetamu yang datang.
Namun xsemua yang boleh paham dan terima penjelasan tu dengan hati yang terbuka. Hanya segelintir ja yang mampu berbuat begitu, selebihnya kesalahan jatuh pada kami2 smua. Pelbagai andaian buruk yang kami terima atas kegagalan mereka. Kadang2 nak je cakap “ bukan smua yg kita mohon kita akan dapat”, mcm xpaham je dia org ni. Bukannya xpenah buat smua benda ni. adakalanya aku berpikir berdiam adalah jalan terbaik bila dia org ni tgh marah tapi bukan dalam smua hal kita boleh diam. Kalau sesuatu tu xbetol kita harus membetolkannya. Bila kita cuba membetolkannya kita pula dikatakan kurang ajar, logic ka mcm tu?
Bukan niat kita nak melawan just nak membetolkan apa yg salah shj agar tiada lagi tanggapan salah slps ni. Kadang2 kemarahan kita meningkat juga bila tgk karenah dia org ni ni tapi kita tetap kena sabar bila berhadapan dgn mereka. Cuba bagi yang terbaik walaupun pelbagai tanggapan negatif yg kita dapat. Dalam hati “sabar je la....” tu ja yg mampu diucapkan.
Lepas ja pelanggan balik, selalunya tekanan tu akan dilepaskan kat dalam opis. He3....biasa la, sesi luahan rasa la katakan. Hanya sekadar luahan rasa tiada niat untuk berdendam dgn mereka. Semua tu harus kita hadapi kerana ia dah menjadi tanggungjawab kita. Tapi aku sedih juga, kerna luahan2 itu, ada yang menyalah tafsirkan situasi kami. Ada yg kata kami emosional dlm menjalankan tugas. Asyik membebel & merungut ja pasal pelanggan.......Mungkin kami nampak agak emosi bila meluahkan tekanan tu tapi just satu luahan saja tiada niat lain selepas tu. Cuma apa yg boleh aku katakan kalau hanya sekadar tgk dan kritik mmg la mudah....sapa2 pun boleh buat. Cuba berada ditempat kami, mungkin akan tahu situasi sebenar.
Agak sedih bila aku tahu smua tu, tapi aku slalu ingatkan diri aku, biar la apa org pikir yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. Apa yang penting kerja yang dipertanggungjawabkan dapat ku laksanakan sebaik mungkin, itu kepuasan bagi ku. Apa org nak pikir @ tafsir suka hati la...Aku nak tinggal kesedihan tu dlm 2011 ni. Xmau ingat dah. Ni last entry 2011.
Aku nak tutup tirai 2011, biarlah apa yang terjadi 2011 ni jadi kenangan dan panduan yang terbaik dalam idup. Yang happy2 aku nak carry forward ke tahun dpn, yg sedih2 aku akan tinggalkan bersama 2011. Mulakan 2012 dengan semangat baru.

Pada semua SELAMAT TAHUN BARU 2010.....moga perjalan hidup tahu depan lebih baik dari tahun ni.

Saturday, December 10, 2011

muhasabah diri

Allah menduga hamba-hambanya mengikut kemampuan diri kita, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadanya. Tanpa kita sedar Allah telah mengantikan sesuatu yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali kita menyesali apa yang telah terjadi dan jangan tangisi apa yang telah tiada. Tetapi jadikan ia sebagai semangat untuk kita bangkit dan semai ketabahan untuk lebih berani menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. sesungguhnya dugaan dan pengalaman lalu membantu dalam mendewasakan kita..........

Saturday, November 5, 2011

balik kg & raya haji 2011

Alhamdulillah dah selamat sampai kampong kul 3ptg tadi. Perjalanan balik berjalan lancar tadi, tak banyak lagi keta maybe sbb awal lagi kot. Suasana yang sgt tenang dengan cuaca yang redup membuatkan perjalanan balik amat menyeronokkan. Sambil drive sambil enjoy menikmati suasana sekeliling, waaahhhhhh bestnya dapat balik kg. Bla sampai kg lg la teruja bla tgk dah terbentang carpet hijau menghiasi kiri kanan jalan, perhhhhh mmg cantik.
Sampai ja umah, tgk mak ngan ayah tgh siapkan tempahan ketupat daun buluh, rutin setiap kali raya.kira o.k la dah terasa suasana raya tambah pula melayan si kecil muhaimin tu bercakap ilang segala penat. Tak lama aku sampai, adik yang dok penang tu pun sampai blk. So lengkaplah keahlian tuk raya kali ni. Abg raya umah mertua dia tahun ni so kita org bertiga + mak & ayah ja tahun ni. Xpa la janji happy.....


Slamat Hari Raya Aidiladha pada semua umat islam...tak lupa juga buat mak ngah, slamat menjalani ibadah haji, semoga diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah haji dan moga mendapat haji yang mabrur.

Friday, September 30, 2011

gg oh gg

he3...ari ni buat kali keduanya aku cabut gigi. terpaksa menyerah la sbb dah xtahan sangat. sejarah 01.01.2009 berulang lagi. ini gg kedua aku yang kena cabut. cuak juga bila dengar nak cabut gg, seram sejuk jadinya cam nak demam ja, plan smlm nak p private ja, tapi alih2 ied cakap kat klinik kerajaan pun o.k juga. mulanya xberani tp pas ied bagi smangat trus kuatkan hati tuk p klinik juga, cam budak2 pun ada tp aku mmg fobia ngan cabut gg. thanks ya ied, akhirnya aku berani juga cabut gg tuk kali yang kedua dan selamat RM150 ku dari sedekah kat private. he3...


masa check kat klinik td cuak juga bila Dr. cakap kalo dia tak boleh cabut gg ni dia akan wat appoitment tuk aku kat hospital tuk operate sbb gg bongsu aku tumbuh melintang. dia ckp takut ssh cabut coz sblh ngan gg bongsu tu. hu3 tak sukanya aku dgr time tu. dia siap cakap kat aku dulu dah penah check sbb gg bongsu melintang kan. hu3 time tu aku rasa cam kantoi ja sbb aku xp pun appointment hospital yang klinik bagi dulu tu. dalam hati berdoa ja, moga2 gg tu bleh cabut & xperlu la aku p hospital coz aku mmg xsuka + takutttttttttt.......



ingat dulu 1'st time cabut gg kc jadi mangsa yg kena teman aku. time tu wat kat private sbb kena cuti umum. pas cabut tu, 1 week aku deman coz cabut time sakit thanks kc coz teman aku time tu. bla dah jadi camni tingat plak bubur nasi kc.


pas Dr. bius kena tunggu jap, time tunggu tu debar ja.......bleh cabut ker idak ni. kalo xleh nanti kena p hospital. xsukanya......bla Dr. dah sedia nak cabut lg la debar takut xleh cabut, tgh2 cabut tu Dr. cakap "sabar ye, gg dah nak kluar, releks ja, jgn stress nanti lagi ssh saya nak cabut gg awk" time tu rasa cam nak sorak ja coz gg dah bleh cabut & tak yah p hospital.....yahoooo........


thanks tuk Dr. bilik no. 19 klinik gg ptrjaya (30.09.2011) layanan anda sungguh mesra. (xsempat nak tgk nama Dr. tu coz gabra sgt nak kena cabut gg)

Monday, September 19, 2011

GERAM

heran bin pelik aku, nape la nak nak pas2 pada org.....
kalo dah kita yg disuruh, nape nak pas pada org??????
kalo org buat mcm tu kat kita sure kita pun xsuka kan?

tahniah la atas tindakan tu, moga happy dgn tindakan tu

Wednesday, July 13, 2011

sedih.....

secara tak sengaja aku terdengar sesuatu tadi, sedihnya rasa hati......

Tuesday, May 24, 2011

nak gelak lg

heheheheeeeee.......tetiba ja rasa nak tergelak pagi ni.....
hai.....ntah lerrrrrrr......mcm2 la.....

Sunday, May 22, 2011

datang lg

camna ni, xsukanya....ia datang lg. xbestla camni. mau terbantut aktiviti aku dek kernanya.....huhuhuhu.....xbestnya........moga ia cpt pergi.......

Friday, May 20, 2011

lumrah kehidupan

Hahahahahaaaaa….tetiba ja terlintas dipikiran ku pagi ni “macam2 ragam manusia” bila tgk & lihat rasa nak tergelak plak. sib baik gelak jahatku xsempat nak kluar pagi semalam……hairan juga bila dipikir2kan tp pandangan tu dtg secara spontan ja. trus terlintas dalam pikiran ku. Hai itulah kehidupan penuh dgn ragam manusia yang kita xjangka……ada yg telus, ada yg naif & ramai juga yg plastik...smuanya diluar jangkaan tp yang kita tak jangka tu la yang selalunya terjadi…….terserlah hakikatnya tuk penglihatan kita…..manusia......manusia......

Tuesday, May 3, 2011

Karambunai.....

Alhamdulillah akhirnya cita-cita nak ke karambunai tercapai juga....thanks tu cik zaila yang telah bawa aku kesana. Dah lama teringin nak ke karambunai, akhirnya lastweek (30.04.2011) aku dapat jejak kaki kat sna. Memang sronok sangat dapat tgk pantai yang sememangnya menjadi impian ku. Sebelum ni tgk gambar ja, tapi kali ni aku sampai jua ke sana.

mampu bergambar je,nak bermalam tak mampu mahal gilerrr
tenangnya tengok pemandangan pantai ni.......



ni la tourist guide aku - thanks tuk cik zaila

Karambunai - 30 April 2011 kekal dalam ingatan

Wednesday, April 27, 2011

kota kinabalu

ronda-ronda di pasar filipina




lepak-lepak di pesisir laut china selatan


ni la aktiviti malam kita org...tawaf jalan kat pasar malam....bestttttt.....

tergugat juga tengok barang-barang ni......cantikkkkkkkk





ni la pemandangan malam dari atas hotel tempat ku tinggal

Sunday, April 24, 2011

apa yang ku harapkan.......

seminggu di negeri dibawah bayu
hopefully dapat cari ketenangan di sini
moga kesedihan sebelum ni akan terus berlalu....

Friday, April 8, 2011

side mirror kereta ku.....

malam ni aku hampir kehilangan side mirror kereta ku gara2 lori yang tak berhemah tu. digeselnya kereta ku....pastu boleh trus jalan tanpa ada perasaan bersalah betol. hampeh punya lori.sib baik side mirror aku tak patah tapi pecah juga la sikit kat tepi tu.hu3 sedihnya.......


Yang lagi sedihnya cermin side mirror tu tercampak kat jalan raya.time nak kutip cermin tu dalam hati dah berkata-kata "abis pecah la cermin tu". sedihnya kalo pecah harapan ku nak jalan-jalan sok kena cancel la......tapi alhamdulillah time amik tu, tgk2 cermin tu masih elok.he3......sib baik.....kalo tak pagi2 esk kena la aku cari bengkel tuk betolkan smua tu.


First time malam ni aku drive tanpa side mirror sblh pemandu. kekok gila...baru la terasa susahnya bila cermin tu tak da.....tawakal je la. hu3 balik tu trus cari org tuk tlg betolkan cermin tu. terima kasih pada yang telah membantu tuk pasangkan balik cermin tu kembali.

Sunday, April 3, 2011

mampukah.......

apa salah aku......?mampukah aku mengembalikan ia seperti dulu kala?nape jadi mcm ni ya?aku sendiri tak da jawapan tuk smua ni.tapi aku arap keadaan dapat kembali mcm dulu, aku rindu saat dulu2 tapi mampukah ia kembali mcm dulu?ntah laaaa.....aku hanya mampu berdoa.....

Monday, March 28, 2011

mak.....

ari ni mak demam pula, smlm batuk ja. hati jadi makin risau, harap2 mak cepat sembuh. aku doakan moga mak cepat sembuh. amin............

Sunday, March 27, 2011

ahad & mak.....

Ahad yang menyeronokkan coz dapat rest sepuasnya.....hari ni aku dobi satu umah..... Best2, walaupun tak sempat nak p exercise tapi aku dah exercise kat umah hari ni.

Plan petang nak p umah adik kat bangi antar barang yang dipesan tp tetiba ja dia call cakap xpa la nanti dia cari sendiri barang tu. So o.k....tak yah kuar la.......lepak2 sambil tgk tv kat umah, tetiba rindu plak nak tipon kg, call & dapat ckp ngan adik, adik gtau mak tak berapa sihat asyik batuk2 ja. Risaunya.....tapi adik gtau mak dah amik ubat. Lega la sikit bla dengar mcm tu. Patut la ati rasa tak sedap ja tadi.......Mak moga mak cepat sembuh dari batuk....ida sayang mak.

Monday, March 21, 2011

Seandainya..........

Hu3…bayangkan kalo tetiba kita jadi lupa ingatan, macamana ya kehidupan time tu?adakah mcm budak kecik yang belum mengerti apa-apa ataupun mcm org blurr?huhh…..tak dapat ku bayangkan seandainya keadaan jadi macam tu. Tapi kadang-kadang terpikir juga, kalo jadi macam tu mungkinkah smuanya akan kembali tenang, otak tak serabut, tak stress dan yang paling penting tak yah sedih2 lagi. Trus lupa segala masalah, best juga kan? tapi tu bukan satu doa just andaian karut sahaja.

Hemmm….kadang-kala aku akan berpikiran karut juga bila time ada masalah, kenapa ya?ntah la, tapi apa yang pasti aku rasa sangat tak bestnya saat ni…..tirai 2011 yang tak berapa menyeronokkan. Kadang-kala aku rasa aku kehilangan sesuatu tapi nak wat macamana benda dah lepas. dah usaha tuk pulihkan tp mungkin aku tak dialu-alukan lagi, aku ja yang beria-ia dan buat-buat tak paham yang diri ini tak dialu-alukan….…hu3…...

So apa yang boleh aku lakukan sekarang adalah muhasabah diri mungkin smua ni adalah kesilapan dan kelemahan diri aku…..

Sunday, March 20, 2011

huhhhhh....

nape aku rasa begitu malas ari ni, tersangat malas.............minda pun tak aktif ari ni untuk pikir apa pun. maybe minda pun mogok ari ni. membekukan diri dari berpikir. ntah la, xtau apa puncanya, pendek kata malas adalah raja tuk hari ini. malas tuk berpikir & tak da mood.

Thursday, March 10, 2011

letihnya......

aku betol-betol letih...rasa flat tersangat2, terlalu letih tuk semua ini.
mcmana nak melalui smua ni.
letih minda, letih badan, letih otak dan letih segala-galanya.....
Ya Allah bantu la hamba mu ini........

Monday, March 7, 2011

chai'yook...chai'yook

Apakah yang dikejar dalam hidup ku....
Adakah ini perjalanan hidup yg ku harapkan
Masih adakah sirna cahaya dalam perjalanan ini
ntah la......
Adakah aku mampu teruskan
Hemmmm.........
Walau apapun hidup mesti diteruskan
Kita hidup di dunia yang sementara
ya Allah.....
ku mohon dari mu
moga suatu hari nanti
ada sirna cahaya untuk ku
chai’yook...chai’yook....

Friday, March 4, 2011

Pizza Ooooh pizza

Jumaat last week xdapat nak kuar makan gara-gara nak siapkan bajet. So tgh hari tu smuanya tekun sampai tak sedar pun dah sampai waktu lunch. Tetiba Nampak en.lan sibuk cari kupon pizza, time tu aku saja wat lawak tanya big bos nak blanja kita org mkn pizza ka?hu3....bos cakap o.k ja & trus lancar operasi order pizza. Tghari tu kami smua kenduri pizza free la. Ha3....mmg best.....

Blk umah ptg tu trus call en.lan tanya pasal sponser pizza tu, coz td xsempat nak cakap tima kasih. He3.....terukkan dapat anak buah macam ni, dah kenyang baru tingat nak ucap tima kasih. Apapun thanks tu en.lan & en.shah yg telah sama2 sponser pizza. Kalo ada rezeki, nanti sponser la lagi ye........he33



Saturday, February 19, 2011

kenapa

nape aku rasa sayu, rasa sedih, rasa nak nangis,rasa tersangat kosong.....hemmmmm nape aku harus rasa mcm ni?????

Sunday, February 13, 2011

nasib lerrrrrr

Balik kg kali ni lagi teruk aku kena fire, kiri, kanan, depan & belakang smua aku kena. Stresss jadinya....Dah xtau nak tepis macamana lagi. Terpaksa redha je la, dah agak dah akan kena mcm ni tapi xsangka akan teruk sampai mcm tu sekali.

Saturday, January 29, 2011

sup oh sup

Hemmmm......nak mkn pa ya mlm ni?tekak trasa cam nak mkn sup tapi sorg2 plak.... hemmmm....xpa la perut lain kali la kita mkn sup ya, nampak gayanya jap lagi mkn megi je la.he3......megi pun megi la janji perut ku kenyang. Sapa suruh aku malas msk, padan ngan muka aku.ha3.....

Tuesday, January 18, 2011

Tenangkan hati ini……..

Ya Allah kau tabahkan lah hati ini, berilah kekuatan pada ku tuk hadapi smua ini. kau jauhi lah hati ini dari hasutan suara2 halus yang jahat yang menguji ketenangan hati ini. Hanya kepada mu tempat ku bermohon.

Saturday, January 15, 2011

putrajaya

semalam g outing kat depan mahkamah putrajaya dan ni la antara hasilnya.
masih banyak lagi yang perlu belajar tuk dapat gambar yang lagi cantik.
harap-harap lepas ni akan dapat hasilkan gambar yang lagi bagus











Friday, January 14, 2011

terapi terbaik

bila aku rasa sedih/stress inilah benda yang aku paling suka buat
- candid gambar -

Tasik Cyberjaya






Bukit Cerakah, Shah Alam











Sunday, January 2, 2011

1.01.2011

Alhamdulillah tirai 2011 dibuka & tirai 2010 ditutup kemas dalam lipatan kenangan. Ada kenangan manis dan juga ada kenangan pahit sepanjang 2010. Yg manis ku jadikan memori indah dalam hidup ku dan yg pahit tetap jua kusimpan sebagai kenangan dan panduan dalam tahun baru ni.

Tahun baru penuh dgn azam baru, hopefully tercapai la azam tahun ni. Bangun pagi tadi kepala terasa berat tapi wat xtau je maleh nak layan sakit skit2 ni. Tapi time mcm ni aku slalu teringat time 1 january 2009 penuh dgn kenangan. Time tu sakit gg yg teramat. Seminggu lebih aku terlantar kat umah gara2 gg bengkak + deman. Tu dugaan pertama January 2009. Kenangan tu sampai skrg xmungkin aku lupakan. Tu yg bla bgn pg tadi kepala sakit trus tingat time tu. Tapi aku abaikan ja, aku g opis & settlekan geja apa yg patut. Dah xtau nak wat pa so lepak kat opis la, kalo ddk umah pun sure aku tido ja.

Pg td dah plan kalo adik lambat sampai nak lepak kat trek jogging cyberjaya dulu. Dah lama plan nak p tpt tu tp xtercapai, hari ni akhirnya dapat juga aku singgah jln2 kat situ. Xramai org yg jogging ptg ni maybe sbb ari ni cuti. Wahhhh....bestnya....terasa tenangnya........ akhirnya sampai juga aku kat tpt ni setelah beberapa lama plan nak datang.puas juga la ronda sorg2. Time jln2 tu kepala dah terasa perit tp nak juga jln2 kat situ.

Blk tu singgah farmasi nak cari ubat tapi ciannya farmasi kat guardians persint 8 xbuka, hu3......camna nak buat ni??????jap lg nak g amik adik. Hai time mcm ni la farmasi tu tutup, ingat time 2009 dulu melilau cari klinik gg coz ari tu cuti bnyk klinik yg tutup. Puas juga la aku ngan k.c cari klinik sampai ke bangi baru jumpa. Hu3 tahun ni situasi hampir sama juga. Nak g alamanda dah xlarat jap g nak g kajang plak...hu3....blk rest je la, othway amik adik baru jumpa farmasi kt bangi....he3...mmg jodoh aku la nak amik ubat kat farmasi bangi. 2009 pun kat klinik bangi, tahun ni pun kat farmasi bangi. Ha3.....tahun dpn xtau apa la pulak yang aku cari kat bangi ni.

Pas amik adik, blk umah trus telan ubat & lena. Sib baik bgn paginya dah o.k skit........moga2 xsakit lagi. Amin......