Wednesday, January 27, 2010

Terima kasih mimpi

mimpi.....
kadang kala ia dianggap mainan tidur...
mainan tidur yang adakalanya
membawa bahagia

bahagia mimpi hanya bersifat sementara
tapi......
bila terjaga......
aduh semua itu hanya mimpi
mimpi yang belum mampu digapai
atau................
mungkin jua tak mungkin digapai
semuanya mungkin terjadi
mimpi mungkin boleh jadi impian
tapi mampukah impian itu
menjadi realiti????????

semuanya belum pasti
namun aku harus pasrah
walaupun mimpi bukan realiti
tapi........
aku masih diberi peluang
walaupun cuma seketika
tuk merasai secebis kebahagiaan itu

Terima kasih mimpi

sunyi............

Sunyi……
Suatu yang sentiasa mendampingi hidup kita
Kadang-kadang ia peneman setia
Perjalanan hidup kita
Kadang-kadang kehadirannya tidak diundang
Kadang-kadang kita mengelak kehadirannya
Kadang-kadang kita menangisi kehadirannya

Namun……………
Ia punya semangat yang kuat
Tak kenal erti putus asa & kecewa
Hadirnya tanpa dipinta
Menjengah hati ini
Buat kita menangis
Buat kita hilang arah tuju
Mengundang awan mendung dalam kehidupan kita
Hadirnya lebih banyak membawa duka dari suka

Hadirnya……
Buat kita buntu
Tergapai-gapai mencari pautan
Pautan yang mampu menghalau ia pergi
Menukar ia menjadi satu keceriaan
Keceriaan yang mampu
Mengukir senyuman ke bahagiaan
Yang membawa suatu kehidupan yang tenang…

Ya Allah
Kau bawa la sunyi ini pergi………..
Bersama deruan angin………….

Monday, January 18, 2010

takkan ku berpaling lagi..........

2 minggu tekanan & dugaan datang melanda hidup aku. dugaan yang tak ku jangka2. Rasanya terlalu hebat tuk ku hadapi yang membuat aku hampir setiap hari menitiskan air mata. hari ini aku kembali ke reality idup ku yang sebenar. 2 hari aku muhasabah diri akhirnya aku dapat jawapan tuk semua itu “hidup mesti diteruskan”. Itulah yang perlu aku pikirkan sekarang. Apa yang dah berlaku biarlah ia berlalu. Mana yang baik ambil ia sebagai panduan & pengajaran hidup, mana yang buruk tinggal ia sebagai satu kenangan. Tak guna tuk aku pikirkan lagi, tak mungkin apa yang berlaku dapat diundur kembali. Walau banyak mana aku merintih sekali pun aku tak mampu untuk merubah apa yang telah terjadi. Dari aku trus merintih pada apa yang dah berlalu lebih baik aku pikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan agar apa yg terjadi sblm ni takkan berulang lagi dikemudian hari.
“idup mesti diteruskan – chai’yook”

Thursday, January 14, 2010

kekuatan

adakah aku mampu bertahan agar empangan ini tidak pecah?

Wednesday, January 13, 2010

kenapa aku begini?

pagi ini hati aku seredup cuaca pagi.....ntah kenapa sehari dua ni hati aku makin tak tenang. satu tekanan hebat ku rasa dalam diri ni. tekanan yang paling aku benci.tak tahu samada aku mampu untuk hadapi semua ni, kalau lah menagis itu boleh mengembalikan ketenangan hati ini aku sanggup menangis seharian agar hati ku kembali tenang seperti sedia kala.

Tuesday, January 5, 2010

Monday, January 4, 2010

Kenangan 03.01.2010


Tahun lepas aku catat sejarah 01.01.2009 cabut gg. Seumur hidup aku tu la kali pertama aku cabut gg kat klinik coz slalunya gg patah sendiri. Tahun ni ingatkan dah tak da sejarah awal tahun tapi sebaliknya tahun ni sejarah lagi best yg berlaku iaitu terperangkap dalam lift. Ni bleh kira kenangan pahit + manis la tuk awal thn ni.
Pengalaman ni berlaku 03.01.2010 (Ahad), pas maghrib tu aku & k.c g pudu amik Noorul yg baru sampai dari kuantan. 1’st time aku drive g k.l time mlm tanpa bantuan 2 lagi mata aku (spect). Hu3 ni betol2 tawakal ja sib baik ada co-pilot kat sebelah. Kalo harap aku sorang sure sampai pudu nyerrrr. jalan tak la jem sgt tapi terkebil2 juga la coz aku ni tak berapa Nampak. Pas amik noorul aku kena drive lagi p umah pak sedara dia hu3 dugaan tol. Sampai kat situ aku soh dia plak drive blk ptrjaya tak kuasa lg aku nak drive. Plan balik tu nak p mkn sup, tukang aku mmg kepingin nak mkn sup tulang + aku mmg btol2 lapar. Mulanya plan nak p ngan k.c ja coz Noorul ckp dia xmau join coz dah kekenyangan + letih tapi bla msk ja ptrjaya dia berubah pemikiran nak join plak tp dia nak blk umah dulu antar bubur asyura. Kita org ikut ja coz dia yg drive sambil tu leh gak tengok umah baru dia. Sampai blok 5A aku ngan k.c msk lift dulu sambil tunggu Noorul kunci kereta. bla pintu lift tertutup trus lampu terpadam. Menjeri kt org kat dalam tu. Aku dah mula cuak bla jd mcm ni. mcm2 dah aku pikirkan. Puas tekan loceng kecemasan tapi tak da feedback apa2. Tak lama pastu dengar org memanggil kat luar, fuhhh….lega la skit kalo idak ntah apa yg jadi pada kami. Hamper 20 minit kat dalam akhirnya maintenance dtg tuk buka pintu, Alhamdulillah selamat kami smua. pas maintenance buka tetiba ja bomba sampai talk dpt ku bayangkan kalo bomba yg tlg td ha3 nampak cam kes besar ja kan sampai bomba pun dtg nak tolong. Upernya mula2 td dia org call maintenance tak dpt sbb tu la dia org call bomba. Terima kasih la pada penghuni blok 5A yg telah membantu kami. pas kejadian tu lift jem nak tak nak terpaksa la kami menapak tangga tuk ke umah Noorul. Masak juga la kaki coz naik ting.8. mcm nak tercabut kaki. Sampai umah Noorul mcm nak pengsan. Kepala dah pening dek teperangkap dlm lift td pastu menapak pula. Adoi….dugaan btl. perut yg lapar td pun dah jd mcm tak selera coz dah tak larat.

Plan p mkn sup kena cancel coz dah xdaya, singgah je kat foodcourt persint 9. Teringin nak mkn tauhu bakar & milo ais tapi malangnya apa yg dihajati tak kesampaian, mana taknya jam pun dah dekat kul 11 mlm. Kalo tauhu bakar aku leh terima la dah abis tapi yang tak bleh percaya tu MILO AIS pun ah abis. Ahhhhhh…………..tak mungkin……


Adoi…..Tak sangka plak mlm ni aja 3 yang aku hajati tak kesampian + kenangan terperangkat dalam lift yg tak bleh dilupakan, hu3……..apa pun inilah kenangan pembuka tirai 2010.