Thursday, December 31, 2009

tirai 2009 akan berlabuh............

Hari ni hari terakhir dalam kalendar tahun 2009. esok lebaran baru akan bermula tuk menghiasi tahun 2010.kejap ja setahun berlalu. rasa macam terlalu cepat la pulak. hari ni usia blok ni pun dah mengjangkau 1 thn 12 hari. Dairi perjalanan hidup sepanjang thn 2009 harus ku tutup hari ni,esok bermula la dairi baru kehidupan ku. tapi mana yang patut ku bawa dari 2009 akan ku truskan pada di thn baru. mana yang perlu kutinggalkan akan ku ucapkan good bye...
2009 tahun cukup bermakna buat aku. banyak kenangan aku tahun ni. rencam kehidupan manis, pahit, masin & masam pernah ku lalui hinggakan ada yang masih lagi terkesan hingga ke hari ni. tapi hari ni tapisan mesti dibuat tuk pastikan tak semua rencam itu akan ku truskan pada tahun baru. perubahan untuk kehidupan yang lebih baik mesti dilakukan. takkan tiap-tiap thn hidup aku nak statik dengan kehidupan yang sama, tak best la.tapi perubahan tu tak semestinya dibuat secara drastik. biarlah ia dilakukan secara perlahan-lahan agar aku dapat mencapai apa yang diimpikan, bak kata pepatah "biar lambat asal selamat". banyak juga pengalaman yang ku kutip tuk perjalanan hidup ku. banyak juga pengajaran dan panduan yang ku perolehi dalam mendewasakan diri ni walau pun hakikatnya aku blom dewasa pada umur yang sebenar. he3..............
hingga saat aku coretkan catatan ni banyak lagi dugaan yg ku terima. tak sangka plak saat2 tirai 2009 nak dilabuhkan lagi banyak dugaan yang aku terima.fuuhh......ingatkan tak da lagi dugaan, sabar je la.........walaupun didatangi dugaan tu aku harus thinks positive, life must go on......chai'yook...chai'yook.....chai'yook

Wednesday, December 30, 2009

dugaan..........

Ya Allah besarnya ujian yang kau beri...
tabahkan lah hati ini moga aku kuat hadapi dugaanmu....
kuatkan hati dan iman ku moga aku cekal hadapi semua ni

Tuesday, December 22, 2009

life is simple


Soalan :
apa yang membuat anda happy???????

Jawapan :
Bila kita diberi kesihatan tubuh badan, minda, emosi,persekitaran dll.......

Wednesday, December 16, 2009

Renungkanlah..........

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak..... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya.?.?.?.?.?.?.?.?Tapi kalau Mak sudah tiada...........MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....berapa ramai yang sanggup....... membersihkan najis ibunya........berapa ramai yang sanggup........ membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya........"
aku ambil kata-kata ni dari email yang dihantar dari opis mate. kadang kala itulah rutin idup kita.....pas ni renung-renungkan lah "adakah tindakan kita selama ni betol, kalo tidak belom terlambat tuk kita perbetolkan"

Tuesday, December 15, 2009

renungan 15.12.2009

tak smua yang kita plan mungkin kita perolehi, tak juga apa yang kita impikan akan jadi kenyataan. kadang kala itu adalah takdir tuk kita dan kita perlu redha menerima apa yang dah tertulis tuk kita.kadang kala impian kita terlalu tinggi sampaikan adakalanya melebihi tingginya gunung dan mungkin juga tak terjangkau dek kudrat kita yang ada. tapi tak salah kalo kita punya impian yang tinggi tapi jgn kita terlalu mengharap takut nanti kita yang kecewa.usaha tetap diteruskan tuk gapai impian tapi dalam masa yang sama bersyukur lah dengan apa yang kita dah perolehi sekarang.


Monday, December 14, 2009

Bingkisan ujung minggu.........

Yea…ujung minggu muncul lagi. Rasa best sgt coz plan nak rest sepuas2nya coz badan dah flat sangat seminggu bekerja. Minggu depan ada majlis 3 serangkai “majlis naik pangkat bos2, tamat kontrak PKS dan sambutan bestday”. Seperti biasa smua persipan kena siapkan secepat mungkin. Mulanya ingat bestday 3 org ja tup2 uper2nya 4 org termasuk staff baru sorg lagi. Aduhhh……..sakitnya kepala nak cari 1 lagi hadiah bestday. Yang lain smuanya dah bli lastweek, dah la hadiah tu smua berbeza tempat, 1 di nilai & 1 kat kajang. Kang kalo bli tak sama tak best la plak.nak tak nak time lunch ari jumaat terpaksa la bergegas ke nilai cari hadiah. Aduh……penatnya mcm nak pengsan terkejar2 dalam masa yang singkat. Pas waktu kerja ari jumaat tu aku tak blk trus coz bdn tak larat sgt, nak drive pun dah rasa tak mampu so rest jap dulu kat opis, 6 lebih baru aku gerak blk. Aku dah Nampak bantal kat umah…..cepat la sampai……….

Sabtu………..
Pagi sabtu btl2 mls nak p opis tp kena p juga coz ada geja yg blom settle sambil tu hadiah bestday pun blom bungkus lagi.hu3….byknya geja aku. hingga tghari aku berjaya siapkan smua geja ku, Alhamdulillah. So skrg time nak bungkus hadiah plak. Tetiba handset berdering, alamak member ajak p lunch plak, camna nie geja byk lagi. Dah brapa kali aku cancel nak p mkn ngan dia gara-gara kesibukan tp nak wat camna bkn sengaja pun. Kali ni pun kena cancel lagi coz target aku pas siap bungkus hadiah aku nak p kajang plak cari hadiah pastu nak p bangi nak bli buah.huu…..banyaknya geja ku. Nama ja ari cuti tapi rutin kerja still banyak.




Bila pikir blk cian plak kat member coz dah byk kali cancel mkn. So aku plan ajak dia p pasar malam tapi kul 8 la coz xtau lagi kul brapa nak blk dari kajang,sib baik dia o.k ja. Dah lama aku tak jumpa dia rasanya dah hamper ½ tahun kot. 4.30 ptg aku drive p kajang, susahnya kalo p kajang coz bkn setakat brg opis yg akan ku bli brg tuk diri pasti ada juga. kul 7.00 baru aku sampai blk umah terkocoh2 aku coz nak p psr mlm plak. Janji ngan member kul 8 mlm.

Pasar mlm oh pasar malam………….
Mlm ni target nak cari buah-buahan tuk majlis isnin ni slalunya kat pasar mlm buah lagi murah & segar. Makanan pun kena cari gak coz aku dah kebuluran ni. puas juga la pusing2 psr mlm yg peliknya dia lebih byk shoping dari aku, ni dah kes lawan tokeh. Dah settle bli brg time tuk cari tpt mkn, perut dah berbunyi, trus terbayang kerang bakar.dah lama tak mkn yum….yum…yumm……sedapnyer. ontheway nak blk jumpa ngan classmate uitm dulu, terkezut gak jumpa dia coz dia stay kelana jaya tup2 mlm ni muncul kat psr mlm bangi, jauh tue…..upernya dia dtg umah mak sedara dia kat bangi. Rasanya dah setahun lebih xjumpa dia anak dia pun dah besar. Dia pun terkejut tgk aku & member aku, trus dia wat muka musykil, aku dah agak dah apa soalan dia. Hampeh tol……sure dia pikir yg bukan2.lagi haru kalo tersebar kat member2 lain, teruk aku. Aku dan member aku tak da apa2 pun just a friends tak lebih dari tu..tak pasal2 kita org terjebak dlm satu syak wasangka yg ntah apa2. Member aku nie mmg jenis ckp lepas skit tu yg wat keadaan jadi lagi parah.
Pada aku tak semestinya kalo ada kawan lelaki tu maknanya dia boyfriend kita. Dah lama aku kawan ngan dia dah lebih mcm adik ngan kakak coz dia junior aku.dia pun panggil aku kakak so no feeling lagi. Tapi tu la susah kan bla dah keadaan mcm ni, ada geng lelaki ja trus org anggap p.we susah2….aku lagi selesa bla jadi kawan, bleh kongsi cita kelakar, sedih dan pengalaman. kepala pun tak yah pening & idup pun happy.

Ahad yang memenatkan…..
Hari ni sepatutnya menjadi hari rehat ku sepenuhnya, tapi lain plak jadinya. Kek bestday blom bli lagi, keta blom cuci lagi, beras dan gula tuk majlis lom bli lagi aduhhhhhh……..banyak lagi yg blom selesai, macamana nie????? Pujuk punya pujuk hati akhirnya 2.30 aku gagahkan diri tuk kluar cari smua brg2 tersebut. Tapi nasib aku agak malang, sampai ja kat baker cottage smua kek dah abis.waaaa………camna nak buat ni????mana nak cari kek lagi aku bknnya tau sgt kedai kek. Pikir punya pikir tawakal ja aku redah p bangi cari kedai kek adala kedai yang buka tapi kek aku tak berkenan camna nak buat tue???xpa la aku ronda2 la dulu kalo dah xda sgt terpaksa la juga aku amik kek tue. Blk dr bangi trus basuh keta dan trus ke mydin cari beras tapi malang lagi coz beras 5 kg tak da kat mydin so kena p carefour juga la cari beras. Aduh mcm nak pengsan jadinya.dah la kek tak jumpa lagi. Xpa pas abis bli brg kat care4 aku nak p baker cottage semula kalo2 rezeki aku baik ada la kek kalo idak aku blk rest jap mlm ni kluar cari lagi.
Nampaknya nasib aku agak baik coz ptg tu ada kek.hu3 tak yah pikir byk lagi so amik je la kek mana yang ada dah lewat ni hampir jam 7 ptg. Tapau makanan jap kat kedai mamak pastu trus balik umah, mandi dah pengsan……………….tapi tak pe coz leh tido ngan tenang sbb smua brg dah ada.


14.12.2009 (isnin) - Alhamdulillah ari ni majlis berjalan seperti yang dirancang.walaupun idup ku dua hari sblm ni huru-hara dengan persiapan majlis tapi aku happy sgt bla tgk smua org happy dalam majlis nie.berbaloi juga keadaan huru-hara dua hari tu.he3…….

Thursday, December 10, 2009

"kadang kala kita happy, kadang kala kita sedih"
mungkin betul tindakan kita mungkin juga tindakan kita salah
tak semua tindakan kita boleh diterima orang
baik pada kita belum tentu ia baik pada orang lain.
tiap apa yang kita lakukan ada pro dan kontranya, ada baik dan ada buruknya. perjalanan idup tidak semestinya bergerak pada garisan lurus. adakalanya kita melalui selekoh, adakalanya kita tersalah jalan dan adakalanya kita terlanggar sesuatu. itu smua adalah pengalaman yang perlu kita lalui dalam mencorak kehidupan kita supaya ia lebih baik pada masa akan datang......
kadang kala aku rasa sesuatu itu betol ikut firasat ku, tapi tak sangka plak benda tu buruk pada orang lain. huhhh.....kalau la bleh aku saring sesuatu tu agar smua dapat yang terbaik kan bagus tak la ada yang tercedera/terluka/terasa/terguris/tersentuh/memendam rasa atas apa yang terjadi. mungkin juga tindakan ku agak sinis mengatakan sesuatu/melakukan sesuatu tanpa pikir kondisi org lain. huhhh....smua tu berkemungkinan kan???????so macamnana nak wat ye?niat baik tapi mungkin perlakuan atau penyampian ku tak betol/sesuai/aku yang tak pandai menyampaikan sesuatu menyebabkan ia di salah tafsirkan?nampaknya tahun depan kena la aku mohon tuk p kursus penyampaian yang berkesan agar dapat perbaiki skill skrg.atau mungkin juga aku lebih sesuai jadi pemerhati dari jadi penasihat/pengkritik (zip mulut dari mengatakan sesuatu).
a'aaaa...........mungkin itu yang terbaik untuk aku buat masa ni dan masa-masa akan datang. dari ramai yang tercedera/terluka/terasa/terguris/tersentuh/memendam rasa dengan perbuatan/perkataan/tindakan ku/pandangan ku lebih baik aku diam. tapi berdasarkan sikap ku mungkihkah aku berjaya tuk diamkan mulut ku dalam smua ni??????ntah la........tapi blom coba blom tau.....akan ku usahakan, akan ku cuba ingatkan diriku pasal ni..
......................Chai'yook........................
......................Chai'yook........................
......................Chai'yook........................

Wednesday, December 9, 2009

TiNgGaL KeNaNgAn - SaLeEm

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....

Sukanya lagu ni...........
ntah nape aku betul2 minat lagu ni.1'st time dengar aku dah mula suka sangat...maybe ada tempias kisah lalu kot.he3......poyos betol la.....

Friday, December 4, 2009

perjalan cuti raya........


balik kg baru ni aku first time drive sorg-sorg. mulanya takut gak coz nak drive sorang2 tapi kira tawakal je la. pas subuh aku gerak balik, aku pasang radio kuat-kuat supaya aku tak ngantuk. maklum la sorg2, kalo kita leka habis la.......so perlu lebih berhati-hati drive. sib baik jalan tak jem, maybe ramai yang gerak balik petang khamis kot.......alhamdulillah perjalanan hanya ambil masa 5 1/2 jam saja. yea.......aku dah sampai kg.......yang peliknya kat highway jalan tak jem tapi bila masuk jalan pekan pendang, mak oiii..........teruknya jem ngalahkan highway.maybe smua orang tengah shoping barang persiapan tuk raya esok. so aku pun amik peluang singgah kat pasaraya tuk bli apa-apa barang yang patut tuk esok.

sampai rumah barulah terasa betapa penatnya, aduh macam nak pengsan. perut pun kelaparan tambah-tambah lagi bila nampak masakan mak, rindunya........plan nak rest jap coz badan masih sengal-sengal lagi pas drive lama tetiba ja adik bgtau yang malam ni ada makan2, nak bakar sate dan panggil sedara mara tuk makan. terkejut gak, apa mimpi mamat ni nak wat makam2 mlm ni, uper2nya nak test skill wat sate coz 1'st time dia wat sendiri sate ayam. mak plak dah mula wat kuih muih tuk malam ni. wah.....nampaknya open house awal la raya aji ni. yang lagi best my cousin dari perak pun balik gak & mak sedara yang kat rumah pun wat makan-makan gak dekat umah dia, makan laksa.yum...yum...sedapnyer,

ni betol-betol makan.....malam tu mmg meriah la bila ramai sedara yang datang...apa lagi kalo dah ramai-ramai kumpul maka lagi la kecoh.......malam tu mmg kekenyangan la.....alhamdulillah rezeki murah malam raya.
raya pertama disambut secara sederhana saja, ada open house kat padang dekat umah. dah jadi kebiasaan warga kg tuk wat open house time raya aji tapi aku tak p pun, maleh la....ntah nape aku rasa cam maleh ja nak beraya. my cousin ajak gak tapi mcm2 alasan aku bagi tuk ngelak dari join,hu...hu....maybe aku takut terima soalan-soalan yg pelik2 kot. petang tu pak sedara dtg umah ajak p beraya umah sedara2 so nak tak nak kena ikut juga la, kami konvoi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sampai malam baru balik umah. aduh.....penatnyer.....tapi best gak time ni la leh jumpa sedara-sedara yang jarang jumpa.
raya kedua dah start ada kenduri korban. kebetulan mak cik sebelah umah wat kenduri arwah & akad nikah anaknya & kakak dkt umah yang sorang lagi pun wat kenduri bertunang anaknya. mana satu yang nak p tolong ni. last2 mak cakap kita p sorang satu umah la. aku p umah makcik sblh umah & mak p umah kakak yang sorg lagi. satu ja bila p kenduri aku doakan soalan2 yg pelik tu takkan kluar. tapi biasa la dalam ramai-ramai tu sure akan kluar juga soalan cepu mas tu. terkedu gak aku bila time berkumpul ramai-ramai tu terkeluar gak soalan tu. tak sukanya aku............aku jadi blurrrrr tak tau nak jawab pa bla diajukan soalan tu. sib baik, kak sal (kakakk sblh umah) tolong back up aku bila disoal soalan cepu mas tu. Thanks kak sal coz tolong selamatkan aku pagi tue. kalo idak mati kutu aku nak cari jawapan yg sesuai. ingatkan tak da lagi soalan tu, tapi mmg tak leh nak elak tol......arap-arap pas ni tak da lagi soalan tu.
tengahari tu time makan, makcik aku tanya nape aku tak pi open house kat padang?aduhhhh......apa lak alasan yg nak aku cipta ni?tak sangka plak soalan ni yang timbul.sib baik dalam kelam kabut tu ada gak idea nak klentong, tapi tak selamat gak coz dia suruh p umah dia juga malam ni coz dia nak wat makan2 skit. aduhhh.............camna nak wat tu????kali ni dah tak leh nak ngelak lagi so kena paksa diri p juga la. moga tak da lagi soalan yg pelik2 macam siang tadi.
raya ketiga aku nak p ronda alor star, dah lama tak jalan-jalan. kononnya tak mau ikut highway, nak ikut jalan biasa dah lama tak tengok pemandangan kg, tapi malangnya jalan jem teruk macam nak patah kaki aku. nyesal plak tak ikut highway....tapi tak pa la janji aku leh tgk pemandangan kg yang cantik.......
Isnin mak dah warning tak leh p jalan2 lagi, ddk umah rest coz sok dah nak drive balik ptrjaya. ala kejapnya rasa cuti..............takpa2, bulan 12 ni balik lagi.....

Wednesday, November 25, 2009

Balik kg oh balik kg……………..

Esok pagi aku akan bertolak balik kg….huuhhhh….xsabar rasanya nak balik kg. last balik kg time raya aidilfitri ari tu, kira baru lagi la tapi nak wat camna smangat blk kg tu mmg tinggi. Bila time blk kg aku btl2 xcited xsabar rasanya nak jumpa mak, ayah dan adik2. Nak tgk umah, nak tgk kg, mcm2 la yang berkaitan dengan kg pasti aku xcited.

Kat opis suasana dah mula sunyi coz ramai yang dah start cuti. Aku jd g baik kali ni coz lbt cuti. He3………macam tak cayakan?????sebenarnya aku bukan tak mau cuti awal tapi masalahnya aku xleh cuti coz haul 28 hari aku blom cukup lagi. Hari ni last day 28 hari tu so esok start merdeka…..jeles juga aku tengok ramai yang dah mula cuti. Tension pun ada gak. Niat jahat ku smlm nak e.l ja ari ni tapi terbantut bila dpt tau yg time pemangkuan mana leh e.l or cuti. So kena sabar je la menghitung masa……tu la niat jahat sure tuhan tak makbul.

TAPI……..
Bila pikir pasal nak balik kg, pasti ada rasa suka dan dukanya. Rasa sukanya bila time memikirkan syoknya nak balik kg dan bila duka + tension skit2 bla time dah ada kat kg, pasti wujud soalan2 bonus yang bleh wat mood aku sepoi dan pasti merosakkan mood aku sepanjang cuti nanti mcm yang terjadi time raya puasa ari tu. Tu yang aku tak tahan, tekanan tu sure akan ada. Bila ingat semua tu, semangat balik kg aku merudum skit. Bla pikir pasal tu, hati jahat ku berkata “kalo btl mcm tu, tak blk kg pun tak pa” huhhhhh….tension. dan yang paling menakutkan aku kalo jangkaan jiran SV aku semasa raya puasa ari tu berulang kembali. Tapi aku berdoa agar benda tu tak terjadi kali ni. kali ni suara hati ku agak jahat mendoakan agar hamba Allah itu tak wujud / datang berhari raya di rumahku. Ku pohon ampun pada mu ya Allah sbb mendoakan perkara yang tak sepatutnya. Tapi rasanya inilah cara terbaik untuk aku. Aku belum cukup kuat tuk terima ujian ni sekali lagi dan aku tak mau kenangan yg dah aku tanam timbul kembali.

Hu3………..terlebih feeling la pulak. ieieie……………nyampahnya, lupakan-lupakan…….sekarang ni dalam kepala ku aku kena settlekan geja-geja yang ada sebelum cuti. Kalo idak, habis la aku…………………
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA…………
JUMPA LAGI LPS RAYA…………….

Persinggahan……………

Assalamualaikum………………………….
Banyak hari juga tak conteng kat blog. Rasa rindu plak nak conteng & membebel kat sni. Cuma masa tak mengizinkan aku tuk slalu singgah di sini. Kuantiti kerja ku secara automatic menjadi 2 kali ganda bln ni menyebabkan aku tak sempat jengah blog. Nampak cam biasa ja kan, bukan bertambah 10 kali ganda pun Cuma tambah satu program ja. Sikit je tue…………..TAPI tak sangka lak yang sikit tu la yang banyak bagi tekanan & cabaran yang paling hebat kat aku. Sblm ni aku jaga program yang jumlahnya besar tapi tak la banyak karenah banyak yang baru ni. maybe jaga org bijak pandai ni mmg susah tol. Tapi bukan smua camtu. Kerana segelintir yang macam tu smua dpt tempiasnya kan, cian btl…..

Maybe sblm ni aku concentrate pada satu ja so aku tak terasa sgt tekanannya. Kali ni aku kena kongsi konsentrasi geja yang sedia ada dan cover satu lagi geja sebab tue kot tekanan makin besar. Sting Village (SV) dah ku tinggalkan minggu lepas & minggu ni aku masih cuba membiasakan diri ngan tempat baru. Mana taknya dalam satu masa banyak perubahan yang berlaku. Sekarang ni SV agak sepi tak macam dulu. Dulu tempat tu adalah port utama kami berkumpul tak kisah la tuk makan, nak release tension pasal geja or sbg tempat luahan rasa tak puas hati. Kini tempat tu dah jadi sunyi dah jarang lagi dijadikan port utama sampaikan bos merangkap jiran baru aku sekarang pun bleh wat luahan rasa pasal port SV yang dah makin sepi skrg. Maklumlah penghuni asal SV smua dah tak da. Sekarang ni smuanya penghuni baru so nak dapat balik keserasian dan keceriaan tu lambat la skit.

Pada masa ni,aku perlukan masa tuk membiasakan diri dengan suasana baru ni. belajar terima suasana kerja yang lebih tenang berbanding dulu. Belajar terima kesunyian opis skali-skala TAPI aku lom mampu tuk blajar kurangkan sikap membuli tu coz sekarang aku ada sasaran baru tuk buli iaitu anak-anak buah aku dan anak-anak buah angkat ku…..he3………

Minggu ni agak membosankan bagi aku, Kalo dulu mulut akulah juara membebel mcm susah ja nak berhenti coz ada ja idea yang aku cari tuk kacau orang especially jiran SV aku la. Kini segalanya berubah, walaupun mulut aku masih membebel tapi tak da la semeriah dulu. Rasa cam bosan lak bila jadi macam tu tapi sib baik la timbunan geja buat aku tak sempat tuk berpikir lebih2 pasal smua tu. yang lagi aku pasti sekarang niaku selalu ja bersemangat tuk balik geja awal kerana badan btl2 terasa penat.

Satu lagi benda sedih minggu ni, MAKAN……… coz waktu makan tengahari pun dah tunggang langgang. Kdg2 ada selera makan, kadang2 malas mengatasi rasa lapar. Yang aku xpercayanya, kalo dulu lom pun sampai waktu lunch hour aku dah lapar dan aku mula la kecoh nak p bli makan. Tapi sekarang rasa mcm terbalik plak jadinya. Sesetengah orang sure suka bila aura makan dah berkurang tapi bukan tuk aku coz ptg bila balik umah ja aku jadi mcm org kelaparan. Time tu mula la perut menyanyi ntah apa2 lagu pun aku tak tau. Kalo camtu camna aku nak diet.

Huhhhhh…………agak sukar juga hidup aku skrg………….tapi kena truskan juga. Chai’yook…………

Wednesday, November 18, 2009

suasana baru

semalam ngan hari ni aku dah mula tinggal sorg kat sting village....ada penghuni baru tapi cuma blom mesra lagi. rasa sunyi plak bila tinggal sorg2 kat sting village, tingat time kemeriahan dolu2....aduh rindunya aku pada ex2 penghuni sting village......tingat time aku buli kak b, time kena tegur ngan kak nora coz slalu gaduh ngan kak b, time aku kena mrh ngan kak zimah coz kacau dia time dia busy, time kita org slalu terlupa jija bla nak p bli mkn.......huhhhh....smua tu dah jadi kenangan sekarang dah tak leh nak putar balik cam dolu2.

kalo masa leh putar balik nak ja aku rakam semula smua yg berlaku dan aku jilidkan jadi satu memori indah tapi tu angan2 je la, mana mungkin bleh patah balik.hu...hu....hu....

Monday, November 16, 2009

Betulkah tindakan ku?

Kadang kala kita bertindak agak keterlaluan dalam memutuskan sesuatu perkara atau hukuman. Mungkin time tu emosi menguasai minda, kerana pengalaman lama membuatkan kita rasa mengapa ia perlu berlaku kepada org lain???ketika itu rasa geram + sakit hati bercampur aduk. Ketidakpuasan hati lahir kerana kita juga pernah mengalami benda yang sama. Kita tahu macamana sakitnya & deritanya nak menghadapi semua tu dan kita tak mengharap orang lain mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita alami.
Mungkin juga cara kita salah, akibat pengalaman lalu membuatkan kita agak sensitive dalam menangani perkara ini. sebagai pendengar kita tak merasai sangat apa yang dirasakan oleh org yang mengalaminya cuma kita berpegang kepada pengalaman lalu……..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai taksiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Walau apa pun yang terjadi, kita harus kuat terima apa jua keadaan yg mendatang, jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berulang lagi. Moga kita kuat dan tak kecundang lagi bila ianya dtg kembali. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Moga kita tak menjadi seperti lalang berubah mengikut arah angin.........

Thursday, November 5, 2009

friend

kadang-kadang kita kena percaya juga ngan 3 alphabat yang belakang tu. kadang kala bukan kita jangka benda tue terjadi tapi secara tak sengaja mungkin ia terjadi. time tu nak salah siapa, kita ke or kawan kita?
hemmm.......ntah la. macam satu bait lagu tu "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang", lagu slam kalo tak silap aku. cuma yang peliknya aku xtau sbb musababnya, tu yang aku tak puas hati. bukan tak mau amik tau tapi orang yg tak mau bagi tau. kalo tanya lebih2 kang ckp aku busy body plak! tapi geram la juga kan time macam ni. Geramnyerrr.......................................kalo tak puas ati ngan aku cakap la, ni menyepi je. drastik plak tue.pada c'S aku mmg geram kat hang.................


Saturday, October 31, 2009

Permulaan baru............

Tarikh 29.10.2009 telah memuktamatkan arah tujuan kami berempat. Pasni kami akan bawa haluan di tempat kerja baru dgn tanggungjawab yang lebih besar. Moga2 kami dpt mengharungi cabaran yg baru ni dgn penuh tabah.

Ari ni surat penempatan kami akan diberi pada satu majlis yg dinamakan “Majlis Taklimat Pemangkuan & Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Tadbir N32”. Majlis diadakan di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara. Mula melangkah masuk ke dewan tu semua orang berdebar-debar agaknya di mana la penempatan baru masing2g. mungkin aku tak terasa sangat coz dapat pindah keluar atau pindah dalam aku dah tau aku mesti balik ke tempat asal atas tanggungjawabku kepada kerja yang harus ku jalankan. Kalau aku dapat luar aku harus mohon untuk pertukaran kementerian dan kalau aku dapat Kementerian asal hal ini akan memudahkan skit segala urusan. Seramai 242 PPT N27 yg ditawarkan jawatan ni. ramai juga tu, tapi aku agak sedih juga coz ramai lagi kawan2 batch aku (ct, tini, nisah, ina & iwan) yg blom dapat. Aku doakan moga rezeki mereka akan menyusul selepas ni.

Majlis pagi tu dimulakan dengan taklimat dari JPA & sesi soal jawab dan kul 12.30 baru start majlis penyerahan surat penempatan baru. Sorg2 kena naik stage terima surat tawaran, tu yg wat majlis ni nampak unik. Mulanya kami dimaklumkan yg kami tak dibenarkan tuk buka surat penempatan tu sampai semua penerima habis terima surat tapi……..kami telah diberi kejutan yang mana setiap nama yang dipanggil tuk terima surat tu akan dimaklumkan sekali dengan penempatan baru. Waahh……..ni yang buat smua orang berdebar-debar…..kejutan yang dibuat oleh JPA ni mmg best.

Time terima surat tu ada wajah ceria dan juga ada wajah sedih dengan penempatan baru. Tapi nak wat mcmana kita terpaksa akur dengan apa yang telah ditetapkan. Bak kata JPA “terimalah penempatan ni dengan seikhlas hati”. Dalam kami berempat adik bongsu (jija) yang kluar dari KPM. Jija ditempatkan di Kem. Pengangkutan.tinggal lah kami bertiga di KPM. Sedih juga coz dalam berempat sorg ja yg dapat kluar KPM. Kul 2 tghari smua bergerak tuk lapor diri ke penempatan baru. Sedih juga time ni bla ingat dari berempat kami akan tinggal bertiga ja. Tapi nak wat macamana dah tertulis rezeki masing-masing.
Balik ke KPM kami melapor diri BPSM tuk penempatan secara rasmi. Time ni sekali lagi berdebar2 coz nak tau di bahagian mana pula yang akan ditempatkan. Aku tumpang debar bagi pihak kak noor & kak zimah la coz aku dah tau bahagian mana. Bila saja penempatan aku diumumkan dlm majlis tadi aku secara tak rasminya dah tau di mana aku akan ditempatkan.
Atas mslh2 yg tak dpt dielakkan, srt tuk penempatan bahagian hanya dapat keesokkan harinya. Kak noor & kak zimah dapat kat BPSM. Maknanya kami masih dibangunan yg sama cuma berlainan bahagian ja. Kak noor ngan kak zimah sama bahagian Cuma berlainan cawangan ja. Isnin ni masing-masing akan mula melapor diri di bahagian yg telah ditetapkan & bermulalah tanggungjawab kami sebagai PPT N32. Kepada smua all the best kat tempat baru………………….
denylibs09, 30 Oktober 2009

Wednesday, October 28, 2009

28.10.2009 Tinggal kenangan

ari ni last day tuk kami berempat kat BT. mungkin ini lah gambar kenangan terakhir kami berempat kat sni. arap2 persahabatan ni tak kan putus hingga akhir hayat walaupun lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing.

Buat kak zimah, kak noor & jija :-

"friends 4 ever, walau dimana kita berada"

Monday, October 26, 2009

apa sudah jadi...........

dah lama tak tulis kat blog, masa yg membataskan aku tuk buat catatan di ruang ni. aah....alasan ja sebenarnya no idea apa yg nak tulis dalam seminggu dua ni. diri jadi confius dengan keadaan semasa. ntah apa yg patut dibuat. blurr seketika. kadang2 aku happy kadang2 aku jadi confius dengan diri aku. kadang2 aku ada gak terpikir adakah apa yg aku lakukan itu betol dan tak menguris perasaan sesiapa........bingung aku pikir apa yang terjadi. hingga kadang2 aku tak da jawapan pada apa yg aku buat samada betol or salah.....bila dah jadi mcm tu aku ikut ja rentak semasa.kalau ia bergerak lurus, lurus la aku, kalo ada masanya dia belok aku belok la coz time tu aku dah tak leh nak pikir lg apa ya terjadi.pening kepala aku pikir benda yang aku sendiri tiada jawapanya. bila banyak sgt pikir aku mula stress.....stress....stress
"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada sesuatu yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun hanya untuk seketika "

Thursday, October 22, 2009

Thursday, October 15, 2009

cerita minggu lepas.........

Open House.......
Weekend minggu lepas banyak open house, sabtu ada open house umah member opis tapi tak dapat p ari tu aku tak ada mood nak p beraya coz sakit hati pasal ari jumaat lom ilang lagi. alih-alih seharian aku merayau sorang2. mulanya aku singgah opis jap settle mana yang patut pastu aku trus mrayau ke serdang pastu langsung ke bangi. aku lepak kat romantika baangi. 1'st time aku singgah romantika bangi, slalunya aku p romantika kajang. tp ari ni dah malas nak p kajang so lepak je la kat situ. tgk brg2 kat romantika leh kurangkan tension aku skit. puas pusing2 kat romantika aku p psr malam bangi. rasa macam kelakar plak aku nrayau ari ni. mcm tak da haluan ja tapi ntah la kalo aku duduk umah pun aku lagi boring. at least aku leh buang masa aku ngan mrayau.......ilang skit boring.

Happy bestday 2 me & Open House lagi..........
ari ni bestday aku,wahhhhh......makin tua la aku.........hu3......
apapun aku bersyukur pada Allah kerana aku masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik hingga ari ni.
ari ni ada 2 lg open house, satu kat umah member lama & satu lagi kat umah opis mate. so pagi ni aku plan p umah member lama, ptgnya nak p umah opis mate plak. awal pagi aku sampai kat umah member ingat nak la tlg dia mana yg patut alih2 smua dah siap so alam juga la aku lepak kat umah dia. sempat la main2 ngan anak dia. geram betol aku tgk anak dia yg comel tu. gambar dia ja yang aku dapat ambil coz kakaknya pemalu skit.
namanya Damia, budaknya sangat manja dgn orang yang dikenali....
Menu open house pg ni mee kari dan soto. dalam kul 1 lebih aku gerak balik coz kepala dah mula sakit2. yang kelakarnya mak dia siap tapaukan makanan tuk aku. rasa macam malu la pula. dah la p mkn pastu dpt tapau lagi.hu3.........
Balik umah kepala dah tak tahan sgt, t'do jap coz janji ngna en.lan & kak lyn nak p 2'nd open house dalam kul 3.30 ptg. sempat la kalo aku nak rest jap. destinasi 2'nd open house umah kak liza kat desa pinggiran. menu dia mmg wat aku xcited sgt, ada lemang ngan rendang. sebenarnya aku mmg teringin sangat nak makan lemang ngan rendang dari ari jumaat lagi tapi mood aku sepoi btl jumaat ari tu sampai ilang selera nak mkn. haa........kali ni leh la aku mkn sepuas hati. banyak juga aku makan mcm tak penah jumpa lemang & rendang plak sblm ni. balik umah ptg tu aku terlena sampai maghrib sbb kekenyangan lemang.

Malamnya rasa bosan sgt, rasa macam nak kluar tapi tak tau nak p mana. bosannya.............ami dah balik upsi, dik wa plak dah p outstation, t.v plak tak da cita best.huhhh..............bosannya.
Tengah lepak-lepak ngadap t.v noorul call tanya ada kat umah tak, bunyi cam pelik ja tetiba ja call tanya ada kat uamh tak pastu gelak2. aku ckp tak da. bukan niat nak tipu tapi aku pelik skit ngan cara dia tue. tup2 jap ja pastu ada org bg salam & ketuk pintu. Uper2nya noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat aku wat suprise bestday aku siap bawa kek bestday lagi

ni la kek bestday aku tahun ni...dah tua upernya aku

wat noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat ku thanks a lots 4 the suprise & make me happy.....love u all.

Thursday, October 8, 2009

Lepas geram........

semalam tension gila2, kepala pun tak betol ja. banyak sangat tekanan, serabut kepala aku nak pikir. satu ari aku moody kat opis. hu3....sejak msk geja pas raya ni aku rasa banyak sgt tekanan. kiri, kanan, depan, belakang smua ada. tekanan yg dtg berturut2 yg kdg kala aku rasa aku tak mampu nak tepis. adakalanya aku menyerah ja dgn tekanan yg dtg. so smalam aku rasa dah mcm tension tahap maksimun, dah xtau nak wat mcmana lg....seharian muka aku moody ja kat opis. serabut...serabut...& serabut.
Malam tadi tuk ilangkan tension, aku merayau kat alamanda, ramai la plak org w/pun lom gaji lagi. pelik aku. Ni la tempat aku ilangkan tension smlm. ku anggap pin2 tu smua adalah masalah aku. puas hati aku dapat jatuhkan pin2 tu walaupun bukan smua yg dapat aku jatuhkan atleast aku dapat satu kepuasan dalam menghancurkan masalah problem sekeliling aku..


dah puas lepaskan geram kat situ apa lagi time tu eat.............time tension adalah time yg paling best tuk makan coz smuanya nampak sedap & menyelerakan............sampai habis licin aku makan

Thursday, October 1, 2009

satu keikhlasan

Suatu Persahabatan wujud atas satu dasar perhubungan yg tulus ikhlas. jika faktor luaran menjadi kayu ukur utama dalam meniti sebuah persahabatan maka pincang dan musnah lah ia .
persahabatan yg sejati lahir dari hati yg tulus ikhlas tanpa mengira kekurangan / kelebihan sesorg. bila pertalian ini dinafikan hanya kerana faktor luaran runtuhlah tembok persahabatan itu maka tiada maknanya lagi sebuah persahabatan itu.
so apa yang penting..................keikhlasan.

Wednesday, September 30, 2009

rombongan kota tinggi + majlis ramah mesra aidilfitri

semalam ngan ari ni c'buk skit nak uruskan rombongan ke johor + sambutan raya CLDP.
jumaat ni sambutan ramah mesra aidilfitri warga aras 13. plan ad-hoc ja. pagi td plan pastu trus wat persiapan, al maklumlah majlis tu dah dekat. so smua persiapan harus dilakukan dgn cepat. tghari ni jd driver tuk bli brg persiapan juadah jumaat ni. ptg ni nak cari barang lagi. balik kerja kena trus gerak cari brg2. hopefully dapat la smua brg yg dicari.
ahad ni rombongan ke Kota Tinggi plak. ada jemputan walimatulurus warga CLDP. biasa la kalo dah trip ke johor tak sah kalo tak singgah Air Itam. harap-harap perjalanan tu berjalan lancar. semoga kami semua selamat pergi dan balik. amin.......

Monday, September 28, 2009

kenangan raya 2009

sehari sblm raya...........
Tahun ni wat lemang. Dah pakat ngan sedara wat lemang so tahun ni ketupat tak da la. Ari ni smua org bgn awal sbb masing-masing dah ada tugasan yg perlu dibuat. Ada yang kena cari buloh, cari daun pisang, basuh pulut & mcm2 lagi lah. Kelakarkan ari ni nak wat lemang ari ni baru nak cari buloh. Sebenarnya buloh tu tambahan ja pd yg dah sedia ada. Riuh rendah tua, muda besar & kecil smua bertungkus lumus tuk saipkan lemang. Mmg best sgt tahun ni. Dalam kul 2 tghari smua lemang dah siap masak. Ptg tu adik2 & abg aku smua pengsan sbb keletihan membakar lemang. Aku ngan ayah plak mula xtiviti delivery lemang kat umah2 sedara. Maklumlah lemang tu byk….so baik agih2kan pada sedara.
Raya pertama…..
Alhamdulillah tahun ni dapat sambut raya lagi. Tahun ni mmg happy sbb smua adik bradik dapat berkumpul. abg pun blk raya kat kg. tahun ni. Kira lengkap la ahli keluarga tahun ni. Awal pg raya lagi dah melayan karenah anak buah.Tahun ni beruntung sbb ada dua anak buah Qistina & Ariel, kebetulan abg bawa blk anak sedara dari kuantan sorng beraya d’kedah. Makin meriah la jadinya.
Sambil sediakan juadah pagi tu, kak ipar tanya aku “mak ngah tak p beraya kat umah member ka?” time tu baru aku tersedar yg aku dah tak da kawan kat kg. kawan2 yg dulu smuanya dah ada haluan hidup & family sendiri. Fuhhh…..cepatnya masa berlalu….time tu aku Cuma sengih & gelengkan kepala ja. So raya pertama tu tugas aku melayan tetamu family dtg beraya. Penat giler, ramai sedara yg dtg. So ari tu tunggu umah je la.
Raya kedua….
Plan ari ni nak p beraya umah sedara2 coz semlm seharian jadi penunggu umah. Baru ja plan sepupu dah call katanya nak dtg beraya kat umah + lunch skali kat umah. Hemmm….cancel lagi plan nak p raya. Sambil pikir2 nak msk pa satu lagi family sepupu dtg. Alang2 dia org dah dtg aku ajak tunggu lunch skali la. Time tgh c’buk2 msk tu sepupu sampai so apa lg dera dia msk skali la. Kalo kita org msk bukan tgn ja b’gerak tp mulut pun sama laju b’gerak. Biasa la bkn slalu leh kumpul ramai2 mcm ni.
tgh syok msk ayah bgtau ada kwn dtg, aku wat muka pelik ja ckp salah org kot?kalo kengkawan opis yg dtg sure dia org call dulu. Ayah cakap “p je la tgk katanya kawan ida”. Dgn muka blur ja aku p dpn, zupppp……..t’sirap drh ku bila tgk sapa yg dtg. Biar btl dia dtg beraya umah aku???musykil aku?mimpi apa dia dtg?sib baik aku cpt sdr, dah nama pun raya…aku mula conpius tapi takkan nak halau blk time raya, gila pa. time tu aku trus tringat kata2 k.noor “agak2 dia dtg tak beraya kat umah?” dgn confident aku jwb tak mungkin dia dtg coz aku dah lama lost contact ngan dia. Nah skrg kata2 tu dah jadi kenyataan. Kebetulan dia dtg dah dekat time lunch hour so kira langkah kanan la. Family ajak lunch skali. Time tu sepupu aku dah pandang semacam ja kat aku siap la aku pas ni sure sejuta soalan aku kena jwb. Lama juga dia kat umah aku, aku cuba kawal perasaan aku time tu. Depan dia aku cuba berlagak mcm benda yg berlaku sblm ni xda effect apa pun kat aku. Lama juga dia kat umah aku.
Pas dia blk spt yg kujangkakan sejuta soalan aku kena. Sejutakemaafan ku pohon sbb aku terpaksa menipu pd smua. Bkn niat ku tuk wat mcm tu tp aku dah xmau piker lagi benda2 lps.
Aku geram, benci & sakit hati kenapa dia perlu dtg di saat aku dah mampu tuk lupakan smua tu?aku benci…aku benci….aku benci…..
Raya ketiga...............
Ari ni aku dah hilang mood tuk raya, aku lbh selesa terperap kat umah sambil tgk t.v. sambil tu melayan keletah anak buah, lagi best. Mak ada juga ajak p raya tapi aku wat muka seposen ja. Mak dah paham. Alih2 ari tu aku wat kek coklat badam sebiji. Best juga isi masa ngan masak ni tp msk tu je la yg aku pandai. Siap kek, org pertama yg merengkek nak kek tu anak buah aku la. Aku suka buat ja tp mkn kurang…..so nanti sesapa dtg raya leh la jamu kek tu. Ari ni ada lagi sepupu yg dah bgtau nak dtg, so tak pa la,ada la rezeki dia org ari ni.

kehilangan...........

dalam satu masa aku kehilangan 2 benda....sedihnyerrr............tapi betolkah itu dinamakan kehilangan???? @ hanya perasaan aku? tapi aku bersyukur dalam kehilangan itu aku digantikan dengan suatu yg lebih baik. alhamdulillah ada hikmah disebalik kehilangan itu. terima kasih Allah. aku belajar tuk redha dengan apa yg terjadi & berusaha tuk jalani kehidupan seperti biasa. moga2 aku berjaya. Chai'yoookkkkkkkkkk

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi

1430 H

Esok umat islam akan mula sambut puasa . Alhamdulillah tahun ni aku masih diberi peluang tuk menjalani ibadah ini. Puasa tahun ni macam tahun2 lepas aku sambut kat putrajaya. tapi tahun ni agak kurang meriah berbuka berdua ja coz housemate sorang ja yang ada. time ni ingat balik puasa tahun2 lepas, meriah sangat. masa tu kami berempat (housemate). Rindu aku pada mereka smua, a'mi. cikgu kecik & ima. teringat betapi meriahnya kami berbuka beramai-ramai. balik sama-sama masak & berbuka. antara kami cikgu kecik la selalu kena buli. time bebuka kami akan lebihkan makanan kat dia nak suruh dia cepat besar sbb dia ni kecik sangat. cian cikgu kecik selalu kena buli......
tapi tahun ni smua dah bawa haluan masing-masing. a'mi kat tanjung malim, cikgu kecik kat sarawak & ima dengan family.Rindunya kat korang smua..........agaknya bila lagi kita leh kumpul semula.......
time puasa ni juga rindu tuk berbuka ngan family kat kg makin menjadi-jadi. bestnya berpuasa di kg. ngan family. slalunya aku berbuka ngan ayah, mak & 2 adik. abang jauh kat kuantan so jarang-jarang kami bleh berbuka bersama-sama. InsyaAllah ujung bulan ni nak balik kg. jap, time tu bleh la berbuka ngan family......
Kepada ayah, mak, adik beradik ku, teman2 dan seluruh umat islam ku mohon ampun & maaf jika ada salah & silap ku kepada kalian.....
Selamat Berpuasa
Penuhi lah Ramadhan ini dengan ibadat yang mulia..............

kenangan d'Asset

Minggu lepas kena bertugas d'Asset as a Fasilitator program motivasi pelajar cemerlang. memang best la kat sana walaupun agak penat sebab aktiviti hingga malam. tapi smua tu ilang bila ku lihat wajah ceria adik2 bakal guru yang akan sambung blajar kat luar negara. tentu mak & ayah mereka bangga sebab ada anak yang bijak pandai seperti mereka. harap-harap mereka akan terus cemerlang di sana.
aktiviti d'Asset memang agak padat bermula seawal 6.45 pg hingga la lewat malam. tapi nampaknya mereka smua bersemanagat waja untuk meneruskan aktiviti ni.
Sebagai fasi disana kami diberi tanggungjawab tuk menjaga 20 adik2 cemerlang setiap kump. Alhamdulillah mereka ni semuanya baik2 & sporting. ada juga yang nakal tapi biasa la nakal budak2 cerdik.


kudoakan mereka berjaya mengapai impian masing2. semoga mereka pulang dengan kejayaan yang cemerlang.

Buat adik2 cemerlang - buktikan kamu mampu melakukannya.

ceramah motivasi

............
Pemergian mu....hilanglah tawa & riang..........
kenangan mu........................pasti dikenang............
kembali mu.................pasti diharapkan......kerana
"susah dan senang kita hadapi & kecapi bersama"
aku dapat ayat ni masa jadi fisilitator program motivasi kat Asset. time tu bukan setakat peserta ja yang disuruh buat aktiviti ni tetapi fasilitator secara sukarela turut join aktiviti ni. sedih betul bila baca kata-kata tu dari sahabat-sahabat rapat ku.
buat sahabat-sahabat ku...........
kita tak minta perpisahan ni berlaku namun lumrah hidup perpisahan akan berlaku walaupun tanpa kita minta. namun perpisahan tak bermakna kita akan putus sahabat. walau dimana berada kita tetap bersahabat. tak mustahil suatu hari nanti kita akan dipertemukan dalam suasana kerja yang baru. doakan moga persahabatan ini akan kekal hingga akhir hayat.

Monday, August 10, 2009

Pesta Bunga Putrajaya

pesta bunga putrajaya baru ja tamat so hari ni baru dpt hupdate blog ni. mmg best pesta bunga tu.....kali ni agak menarik dari tahun lepas. lagi besar kawasan pameran bunga tu. lenguh la kaki nak tawaf smua kawasan tu. paling banyak sekalu bunga orkid la.....


Friday, July 31, 2009

seminggu berlalu

minggu ni rasa mcm cepat sangat masa berlalu.....ingat lagi masa hari isnin & slasa rasa malas sgt nak geja sbb badan rasa lemah sgt coz 7 hari geja non stop.....dalam penat tu pun sempat juga aku p main bowling ngan kc & noorul the gang. balas dendam balik sbb ujung minggu ari tu tak leh main.

dalam minggu ni aku cuba sibukkan diri cari apa aktiviti yang boleh aku buat selain geja supaya aku tak rasa boring. ntah nape minggu ni rasa bosan, sepi, sunyi smua la kaum kerabat dia tu byk sangat. ari selasa g berenang kat persint 9 tapi tak best sangat sebab ada 1 group ni dah wat macam kolam sendiri main-main bola. tau la tu kolam awam smua orang bayar tapi kena la timbang rasa ngan pengunjung-pengunjung lain. dia orang pun bayar juga tu berenang tapi.......hampeh group ni dah kontrol hampir separuh dari kolam. nak berenang pun dah macam tk best.
semalam tido umah kak lyn, kita orang wat xtiviti memasak untuk majlis bacaan yasin kat opis ari ni. seperti biasa kak lyn la otainya aku spt biasa jadi pembantu la. semalam buat 2 resipi marble cheese kek & puding karamel. sambil tu sempat juga kita orang siapkan satu tempahan kek. ala simple kek ja. kita orang ni chef amatur bukan profesional. kul 2 pagi baru kita orang siap wat smua tu. kepala dah bingung-bingung nak tidur.......tak cukup tidur....tapi puas coz smua resipi siap.

ni la kek percubaan aku ngan kak lyn........

sampai opis pagi tadi kepala dah pening-pening sebab tak cukup tido, trus p kursus sampai petang. jap lagi nak balik......... yahoo.........esok cuti leh plan nak ronda-ronda. nak p mana ek?kalo duduk awak ja tentu bosan. hem...........p jalan TAR pun best gak, leh shopping raya. he...he...he....puasa pun blom lagi dah pikir persiapan raya, camna tu?sebenarnya sok nak p cari baju melayu kat ayah, kalau nak tunggu puasa baru nak shopping penat la.....sure jln TAR sesah sebab smua orang dah mula shopping raya. ahad plak nak p shoping barang tuk pesta bola kresta pulak.....waah....bestnya time table ujung minggu dah penuh.............

Monday, July 27, 2009

ahad oh ahad

semalam aku isi masa ngan ronda-ronda alamanda. memang tak da motif pun nak buat apa hari ahad. pagi tu singgah jap kat opis tengok apa yang patut diselesaikan. tengahari ja kc ajak p alamanda jumpa blogger dia. aku join ja coz aku pun tak da plan nak p mana. mulanya agak terkejut gak bila tengok parking kat alamanda lengan, aik...org tak shopping ka?slalunya alamanda kalo time weekend kan main lagi susah nak cari parking tapi ari ni cam pelik ja. nak kata awal lagi tak juga dah pukul satu tghari. maybe org lmbt kluar kot coz ujan. masuk ja bowling alamanda rupanya banyak plak tournament ari ni, sesak dalam tu. kc trus join blogger dia. aku tak join, aku lepak ja tengok orang main. teringin juga nak main tapi smangat main tak brapa nak ada so lepak & tengok je la org main. best juga tgk gelagat org main bowling, ilang juga rasa boring. tambah pula ari ni ada game kpm rasa macam nak tunggu ja, nak tgk. dengar-dengar ada group BT yang join tapi tak pasti siapa yang main. pujuk hati, tak pa la tunggu jap kalo ada leh gak tolong sokong kalo tak da jap lagi aku cabut je la. tunggu punya tunggu hampeh takda pun.....buang karan ja tunggu lama-lama baik balik.
time nak balik kak lyn msg suruh p minum ptg kat umah dia, wah.....best tu tgh-tgh lapar ni ada orang pelawa makan plak. tapi perut betul-betul lapar ni, so alas perut ngan sandwich & aiskrim mc.D dulu la, tapaukan tuk kc skali coz time tu kc masih kat bowling lagi saja aku kluar dulu. tengah makan aiskrim tu tetiba ja ada satu perasaan. ntah macamana nak gambarkan. tapi aku rasa satu feel yang best, jalan-jalan sambil mkn aiskrim. dah lama aku tak wat geja macam tu. ingat masa dulu-dulu....rindunya.......tapi dah tak leh nak undur masa lagi.......
sampai umah kak lyn makan lagi......kali ni kek coklat ngan teh o panas mmg best la.....lama juga aku lepak kat umah kak lyn puas la aku lepas rindu kat kanak-kanak riang tu. time nak balik tu aku teringin nak makan laksa, sebenarnya dah lama aku nak mkn laksa tapi lum sempat makan lagi. walaupun aku dah banyak makan tadi tapi ntah nape tetiba ja aku nak juga laksa petang tu."macam org ngidam plak."Ha..ha....ha....pelik tu. maybe aku terlalu rindukan aku betul-betul rindukan laksa mak kat kg tapi tiap kali balik mesti tak sempat nak suruh mak buatkan.
aku amik keputusan tuk cari laksa kat warisan tapi sedihnya bila sampai kat warisan susah nak dapat parking kebetulan kat warisan ada pesta makan buah. terpaksa la aku pikir mana lagi tempat nak cari laksa. nampaknya kena p area uniten juga la......arap-arap ada la lagi ptg-ptg macam ni.
Alhamdulillah..........rasa happy sangat bila tgk laksa masih ada lagi. rasa macam puas dan berbaloi walaupun agak jauh aku kena cari laksa......akhirnya aku dapat juga laksa......

Saturday, July 18, 2009

sambutan bestday

alhamdulillah akhirnya sambutan bestday bulan jun & julai berjalan lancar seperti apa yang dirancang. sehari sebelum sambutan baru aku ngan kak lyn selesai beli hadiah. harap-harap smua orang happy ngan hadiah tu. Sambutan bulan ni agak special skit coz kek bestday adalah hasil kreatif chef lyn. inilah rupa keknya....

kek ni menggunakan edible image warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai. kek ni adalah percubaan pertama chef lyn ngan aku tapi aku sebagai penyibuk je la..he...he....

inilah wajah-wajah warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai

Saturday, July 11, 2009

apa yang sesuai?

Minggu depan ada mesyuarat cawangan dan sambutan bestday warga CLDP. Seperti biasa, bab mencari hadiah aku la yang perlu lakukan. sampai hari ni aku masih blurrr nak bli apa tuk dia org. dah beberapa hari ku pikir tapi lom dapat jawapan hadiah yang bersesuaian.
kak lyn ada cadangkan hadiah tuk perempuan tu blikan shawl. bila dipikir2 menarik juga tu.....rasanya mmg tu yang akan ku beli. tetapi tuk lelaki nak bli apa ek?????susahnya..........mmg la kalau datang bab hadiah tuk lelaki ni susah btl la.....dengan budget yang limited tu apa yang sesuai tuk dia orang pun tak tau. pening juga ni nak cari. tapi tak pa....sok aku akan start operasi tuk cari smua hadiah dia orang. dalam minda dah ada list beberapa tempat yang akan ku tuju. harap-harap aku dapat smua yang kucari esok.
harap-harap mereka suka dengan apa yang aku bli nanti.........

Wednesday, July 8, 2009

teroka kedai perabot

semalam pas geja en. lan ajak g survey perabot umah sebab dia masuk umah baru. tanya bos, dia cakap try survey kat taman equeen or cavenzi balakong. so kita orang kluar la bertiga (+ kak lyn) tuk suyvey. pas waktu geja amik kak lyn kat umah & trus gerak. 1'st tempat kami p taman equeen, kedai perabot tu dalam pasar borong selangor. survey punya survey tak banyak perabot yang berkenan di hati, lagipun harganya agak mahal compare dengan design perabot yang ada. dah puas survey pastu amik keputusan tu ke cavenzi balakong. tapi.......masalahnya tiga-tiga orang tak tau jalan nak p cavenzi balakong. so kak lyn pun call la bos sebab bos ja yang tau jalan. so pas dapat direction dari bos kami truskan perjalanan. kelakar ja bos bagi "ikut jalan trus sampai dah tak bleh trus lagi pastu belok kanan sampai la simpang balakong" he...he...he....kita orang pun ikut la arahan bos. lagi tak jumpa jalan yang tak bleh trus, kami jalan je.ini kira main redah je la.....tapi dugaan juga la. dah la main redah tambah plak jalan jem & ujan.dugaaaannnn..................
pas dapat direction, confident la sikit nak cari cavenzi. mulanya dah hampir nak sampai tapi tetiba ja salah masuk simpang so terlepas la pulak jalan nak ke cavenzi.....sabar je la.ntah mana2 jalan plak kami masuk, time tu nak telefon bos pun dah rasa malu coz dia dah bagi direction yang betul tapi sebab kelalaian kami trus sesat. hari dah makin gelap rasa macam susah ja nak cari tempat, kalau kita tau tempat tu tak pa, masalah sekarang kami tak tau tempat tu. tapi semangat untuk shopping perabut yang berkobar-kobar tu kami main redah je......tawakal....
akhirnya redah punya redah sampai la juga kat cavenzi. perasaan suka tak dapat digambarkan. akhirnya setelah 1 1/2 jam mencari kami jumpa juga tempatnya yang dicari.
best juga shopping kat cavenzi, barang-barang dia menarik, sib baik aku kuat semangat coz matlamat aku cuma untuk menjadi driver ja ari ni bukan tuk shopping....en. lan dah berkenan satu sofa tu.....macam jadi je nak amik.kul 9 kami gerak balik ptrjaya. plan nak balik trus tetapi tetiba ja dapat idea tuk compare harga cavenzi balakong & cavenzi alamanada. so trus wat keputusan tuk ke alamanda. niat tuk survey harga cavenzi kat situ tergendala bila lihat cara sales man dia layan customer macam nak tak nak ja. dah la harganya lebih mahal dari cavenzi balakong pastu d'biarnya kami tunggu kat c'tu hampir setengah jam. tercongok kami kat situ. last-last dah give up tunggu kami pun cabut je la. maleh nak tunggu lagi.last-last en.lan amik keputusan tuk bli sofa yang kat cavenzi balakong.

pas kluar dari alamanda baru la terasa laparnyerrrrr..........so sblm balik perlu cari destinasi utk isi perut dulu. walaupun dah lewat tuk makan malam tapi still kena makan juga sbb perut dah berbunyi.pas makan trus hantar en. lan & kak lyn balik,hampir pukul 11.30 mlm baru sampai umah.hu...hu....baru la rasa penatnyerrrrrr.

Tuesday, July 7, 2009

tetiba ja terpikir......

Marah................
Kadang-kadang bila kita luahkah rasa marah tu ia baik juga tuk kita,ia umpama satu terapi juga. kita keluarkan segala apa yang terpendam tapi mesti kena pada tempatnya. Kadang-kadang kita cuba tuk kawal rasa marah dan selesaikan secara diplomasi tapi sesetengah situasi cara itu tak sesuai.
dalam sesetengah perkara, mungkin kita menganggap ia cuma teguran untuk kebaikkan tapi pandangan dan tafsiran org berbeza-beza. Susah juga nak menegur orang, bukan la nak katakan kita pandai tapi situasi tertentu membuatkan kita perlu menegur dan adalah tanggungjawab kita tuk membetulkan apa yang tak betul.
Kadang-kadang tu temparature naik juga. rasa marah trus datang.....kita pulak disalahkan bila cuba menegur sesuatu perkara tu. Huuuhhhh geram betol la.......

dairi minggu lepas

Mandi Laut....
Minggu lepas mandi laut kat p.d. dah 2 minggu aku berkampung kat p.d tu demi kerana tugas & Kali ni aku berjaya ajak kak noor mandi laut. Bukan senang nak ajak dia coz dia ni penakut air, bukan malas mandi tapi dia fobia ngan laut dan kolam..tapi lastweek dia mandi laut. He...he..ada perkembangan yang menarik tu. Nampak cam dah tak fobia ngan laut lagi sebaliknya makin bersemangat tuk mandi laut. Bukan main sronok lagi kak noor mandi laut, best btl tgk kak noor. Ptg je dah tak sabar2 nak p laut. Pasni sure dia dah tak sabar nak blajar berenang.....chai’yok....chai’yoook.......
Laut kat selesa beach ni mmg best pantainya cantik, air pun bersih. selalunya kami bertiga mandi laut, aku, kak noor & ied. Meriah tau......sepatutnya ada 2 lagi kengkawan merangkap bodyguard kami mandi laut tapimalangnya dia orang jarang bleh join kami sebab kekangan masa
Pas mandi laut kononnya nak balik blk ikut jln shortcut mls nak lalu swimming pool sbb ramai sgt. Kak noor ckp kalau nak ikut jalan shortcut kena balik sblm 7 mlm sbb pastu dia tutup jalan tu. bagitau kak noor tak pa kita balik la sblm kul 7 tapi kalau dia tutup kita panjat ja pagar tu wat mcm zaman kanak-kanak dulu. He...he....terkejut kak noor, tapi aku ckp o.k la tu bukan selalu kita leh wat mcm tu atleast bleh imbau balik zaman kanak2 yang nakal dulu2.bila di ingat2 rasa rindu la pula pada zaman dulu2.
Tapi.........bila dah masuk laut dah tak hingat nak naik pulak.......alih2 kul 7 lebih baru kami naik, masing2 tak da jam so tawakal ja ikut jln shortcut, tgk2 jalan dah tutup, ingat nak panjat ja pagar tu tapi lucunya camna nak panjat pagar tu tinggi kita orang bertiga ni pendek2 so terpaksa la balik ikut swimming pool juga. Hampeh tol cepat bebenar pintu tu tutup siap kunci ngan mangga plak tu. Sampai bilik berebut toilet plak ngan kak noor sbb masing2 nak masuk dulu sejuk kebasahan dan kelam kabut nak bersiap tuk p dinner & setup bilik ceramah. Tapi best walau sesibuk mana kami tapi masih sempat luangkan sedikit masa utk rest minda........at least leh kurangkan sikit tension dan serabut kat kepala ni.....

Tuesday, June 30, 2009

30.06.2007

ptg ni mandi laut, best air surut so bleh la pergi sampai ke tgh, mcm best ja kan. kononnya berani la tu padahal penakut sebenarnya. puas dapat mandi pantai ptg ni. ialang sekejap tension kat kepala. kalau kak lyn & k.c tau ni mau menangis dia. sabar ye k& kak lyn & k.c.
dairi ari ni macam tak best ja sebab bleh dikira sebagai hari mood tak baik. bukan niat nak marah tapi sekadar nak menegur ja apa yang salah ja. mungkin juga cara tegur tu salah tapi kalau tu di anggap sebagai marah tak kisah terpulang lah.......
apa yang penting kita dah bantu perbetulkan apa yang salah.........nak terima atau tak terpulang la......

Saturday, June 27, 2009

seminggu berlalu

hari ni baru dapat jengah masuk ke blog. rasa macam banyak yang nak story pasal minggu lepas. menjadi urusetia sesuatu kursus amat memenatkan tapi rasa berbaloi bila kita lihat sesuatu kursus tu berjalan lancar dan dapat penerimaan yang positif dari semua peserta. alhamdulillah...kursus kali ni berjalan lancar. pengisiannya kujangkakan pasti semua peserta berpuas hati. terima kasih kepada penceramah yang terlibat dalam membantu peserta membuat persiapan untuk menyambung pengajian mereka.
Dan buat semua penerima biasiswa HLP 2009 diharap kalian akan memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan yang diberi demi masa depan kalian. Gunakanlah sebaik mungkin peluang yang diberi kerana kalian adalah antara insan yang paling bertuah dikalangan ribuan yang memohon.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta kursus di atas kerjasama kalian dalam bersama-sama menjayakan kursus ini.
KURSUS INTERVENSI 1
PERINGKAT KEDOKTORAN & SARJANA LUAR NEGARA
SELESA BEACH RESORT, P.D
23 - 26 JUN 2009


Sesi Ceramah


Tempat Kursus

Sesi Riadah




Majlis Penutup Kursus