Monday, November 16, 2009

Betulkah tindakan ku?

Kadang kala kita bertindak agak keterlaluan dalam memutuskan sesuatu perkara atau hukuman. Mungkin time tu emosi menguasai minda, kerana pengalaman lama membuatkan kita rasa mengapa ia perlu berlaku kepada org lain???ketika itu rasa geram + sakit hati bercampur aduk. Ketidakpuasan hati lahir kerana kita juga pernah mengalami benda yang sama. Kita tahu macamana sakitnya & deritanya nak menghadapi semua tu dan kita tak mengharap orang lain mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita alami.
Mungkin juga cara kita salah, akibat pengalaman lalu membuatkan kita agak sensitive dalam menangani perkara ini. sebagai pendengar kita tak merasai sangat apa yang dirasakan oleh org yang mengalaminya cuma kita berpegang kepada pengalaman lalu……..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai taksiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Walau apa pun yang terjadi, kita harus kuat terima apa jua keadaan yg mendatang, jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berulang lagi. Moga kita kuat dan tak kecundang lagi bila ianya dtg kembali. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Moga kita tak menjadi seperti lalang berubah mengikut arah angin.........

No comments:

Post a Comment