Friday, December 31, 2010

Syahdunya ujung tahun

Bangun pagi tadi tekak terasa sakit, padan la semalam dah puas menjerit tgk bola piala Suzuki Malaysia vs Indonesia. Tapi xpa sakit tekak yang berbaloi bila Malaysia menang dgn agreget 4-2. Tahniah buat pasukan Malaysia dah terima kasih buat Perdana Menteri Malaysia coz bagi kami cuti esok (jumaat). Bestnya2.....
Masuk opis pagi ni rasa cam pelik, mcm kosong ja opis. Aik xkan suma org dah start cuti gara2 malaysia menang.....hu3....salah anggapan ku rupanya aku yang terawal.he3....Hari ni mungkin ari rezeki kot, banyak orang sponser bekpast ada roti canai & nasi berlauk....wahhh banyaknya bekpastku pagi ni......murah rezeki pagi ni bekpast free....he3....ingat bab makan free ni aku selalu buli kak lyn tuk blanja mkn free. Tapi yg ni aku tak buli tau......
tghari cc plak wat mkn2, makan mee rebus, mmg best mee rebus kak cc, nanti bleh tempah lg. Ari ni makanan meriah kat opis, geja pun meriah juga. Rasa mcm xcukup masa ja geja ari ni. Bnyk yg urgent kena settle coz esok cuti. Hu3 haru biru la kejap idup aku. Bla ingat esok cuti, mula terpikir la amenda aku nak buat esk?busannya dah la sorg2.hu3....busannya....sure esk aku boring gila.bila pikir mcm tu mula la rasa sunyi.....biasa meriah tetiba bla sunyi mcm ni syahdunya.......time mcm ni la aku mula pikir, adakah aku akan rasa mcm ni juga bila aku tua nanti......idup sorg2.....kalo skrg pun aku dah rasa syahdu bla sorg2 mcm ni, mcmnana la nasib aku nanti bla tua. Adakah lebih teruk dari ni?sedihnya.......arap2 sunyi ni hanya sementara.....moga kehidupan akan datang akan lebih baik dari tahun ni.

Friday, December 17, 2010

Rutin yang menyeronokkan

Alhamdulillah rabu baru ni dapat menghadiri kursus satu hari lg. Kali ni kat IKIM, kursus pengurusan stress. Mmg best kursus ni walaupun intronya agak mendatar tapi dua slot terakhir (slot Ybhg. Dr. Abdul Latif Abd. Razak & Prof. Madya Hjh. Normah Che Din) mmg menyeronokan. Mmg hilang stress bla dgr ceramah dia org. Dari sni aku blajar mcmana nak kendalikan diri yg dalam keadaan stres. Hopefully pas ni aku dapat tangani stres aku sebaik mungkin.

Blk dari IKIM trus gerak p Jln TAR tuk tkr stok jubah tempahan kengkawan opis,Alhamdulillah ada jubah yg dapat ditukar dgn saiz & patern yg dikehendaki & ada juga yg xdpt tkr sbb patern tu dah abis. Dari jln TAR trus gerak ke bangi cari stok tuk buat cheese tart tempahan my bos. hampir kul 10 baru sampai. Sib baik satu tempahan ja mlm ni kalo idak mau aku & kak lin xtido mlm tu.

Nampak mcm kita org ni tersgt la busy tapi xpa la permulaan tuk berjinak2 dlm bisnes kecil-kecilan mcm ni la, perlukan sedikit pengorbanan, harap2 bisnes ni akan trus berkembang. Aku suka dengan life mcm ni bla rutin harian ku sentiasa penuh. Aku xperlu pening2 pikir apa yg aku nak buat sbb keadaan busy ni membuatkan aku xsempat tuk berpikir benda lain. Skrg harapan ku agar bisnes lynndaonlinebakery & arked muslimah dapat dikembangkan lagi.......


Wednesday, November 24, 2010

mimpi.....

lamanya aku tak hupdate blog, malas menguasai diri. malam ni rindu plak nak conteng2 kat sni. kadang kala mimpi ni mainan tidur. dah lama aku lupa pasal man tapi baru-baru ni aku mimpi aku jumpa dia. rasanya dah hampir 4 tahun aku xjumpa dia. ntah camna mlm tu aku leh termimpi pasal dia. maybe ada rezeki tuk aku jumpa dia blk kot tapi aku xtau kat mana dia skrg. apa la cita dia skrg.
dlm mimipi tu aku happy sgt jumpa dia xtau pasai pa tapi kat luar tentu aku sedih kalo aku jumpa dia. kadang2 aku terpikir camna la aku leh mimpi pasai dia......sampai hari ni aku masih musykil. ye la xda angin xda ribut dia leh muncul dalam mimpi aku. hopefully aku xmimpi pasai dia lagi nanti tentu aku sedih.hu3......

Wednesday, August 25, 2010

ibu....

ptg tadi sambil masak juadah berbuka teringat nak telefon ayah, dah dua hari tak telefon kg. dapat cakap ngan ayah tanya khabar, alhamdulillah smuanya sihat. lama gak bual ngan ayah pasti turn tuk bual ngan mak plak. tanya mak masak pa mak cakap wat sambal ikan bawal, wahhhhh....rindunya masakan mak. mak tanya bla blk kg, cakap kat mak insyaALLAH sabtu 4hb. blk kg. awal aku cuti raya tahun ni, saja amik awal nanti bleh la bepuasa ngan famili lama skit.
cakap kat mak blk nanti antar kakak balik kodiang dulu pastu baru balik umah, mulanya mak cakap o.k pastu mak tanya nape lin tak balik sekali ka?hu3.....musykil mak aku bila aku cakap aku wak balik kakak ja. aku bagitau mak kak lin g umrah tahun ni sebab tu dia xjoin balik kg raya ni. pastu mak tanya aku nape tak ikut kak lin g umrah?, aku cakap kat mak duit lom cukup nak join kak lin g sana. mak macam terkejut, mak tanya nape tak cakap nak p nanti mak bagi duit, time tu air mata ku menitis kerana terharu dengar mak cakap macam tu. Ya Allah betapa mak terlalu menyayangi aku.
pastu aku cakap kat mak, aku nak mak ngan ayah p dulu, mak cakap mak ngan ayah xtau bla bleh p lagi. mak risau nak tinggal adik2 ku yang berdua tu. tapi aku sentiasa berdoa moga2 mak ngan ayah cepat dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. mak cakap dia tak kisah kalo aku nak p dulu, mak pesan dengan aku, nanti kalo ada kawan2 yang nak p umrah lagi mak nak aku ikut sekali. pasal duit mak cakap jangan risau mak akan bagi, terharunya aku. sekali lagi air mataku gugur pada 15 ramadhan ni.
pada mak & ayah aku terlalu menyangi kalian, walaupun bukan kerana hal ini sesungguhnya aku amat menyayangi kalian hingga akhir hayat ku. aku berdoa agar suatu hari nanti aku dapat menjejak kaki di tanah suci mekah bersama kalian.

Monday, August 16, 2010

12.40 pm (isnin - 16 ogos 2010)

aku rasa sangat sedih tghari ni, hampir2 menitiskan air mata.......ya Allah, kau kuatkan lah hati ini.................

peringatan untuk diri sendiri

sebelum mencapai ketenangan pasti ada kesukaran yang perlu kita hadapi. kita tak minta kesukaran tu dtg pada kita dan kita juga xboleh nak halang bila ia datang mungkin Allah sayangkan kita sebab tu dia datangkan ujian pada kita. kadang kala kita tak berani tuk hadapi dugaan tu.

walau sesukar mana pun sesuatu dugaan tu pasti ada jalan penyelesaiannya cuma samada kita berani untuk ambil langkah cepat tuk mengatasinya atau kita biar ia merebak terlebih dahulu.

time mcm ni baru teringat satu pepatah melayu "mencegah lebih baik dari merawat" tapi semua tu hanya diri kita sendiri yang mampu tentukan.

Tuesday, August 10, 2010

Minggu penuh dugaan

Sabtu baru ni pergi pc fair, saja jln2 cuci mata. Tiada matlamat khusus pun kat sana. Best juga, dah agak lama tak turun k.l. pc fair kali ni tak la semenarik pc fair awal tahun hari tu. Rasa mcm tak banyak sangat barang2 yang dapat menarik perhatian aku. Mcm tak percaya ja, kalo dulu aku bleh ddk sehari kat pc fair tu tapi kali ni dalam beberapa jam ja aku melilau kat situ. Maybe sbb xda matlamat sebenarnya so cepatlah abis window shoping aku.

Dalam kul 2 lebih aku dah gerak kluar dari dewan pameran trus ke bgnan KLCC coz aku nak balik ngan LRT. Time nak masuk KLCC tu aku nampa seseorg, tetiba ja darah aku tersirap, aku rasa mcm kenal ja org tu tapi xsure btl atau idak. Takut pelanduk 2 serupa. tetiba ja aku berhenti b’jalan aku cakap kat ami “tunggu jap akak rasa akak kenal org tu” aku patah balik beberapa langkah tuk pastikan org yg aku lihat tadi, tetiba ja org tu pun pandang aku ja tapi pandangan yg xda perasaan. Time tu trus aku wat conclusion sah aku tersilap org. so aku amik keputusan ajak ami trus beredar dari situ tapi dalam masa yg sama aku still terpikir pasal tu la. Rasa mcm kenal ja org tu.

Sampai kat LRT mak aaaiiiii ramainya org rugi plak tak bli tiket pergi balik. Tgh que bli tiket tetiba msj msk dari suspect. Hati dah mula tergerak mengatakan dialah org tu tadi kalo idak takkan la tetiba ja dia msj time2 ni.pas baca msj dia huh mmg cmfrm la dia orgnya. Lepas 4 thn tu 1’st time aku jumpa dia, tu pun secara tak sengaja.

Thursday, August 5, 2010

aku yang bersalah

huhhh....aku bersalah....maybe aku tak behave myself. tak pa nak wat macamana kalo dah jadi mcm ni aku terima aja......nasib aku la. smua punca dtg dari diri sendiri, mungkin juga aku terlanjur bicara tanpa pikir sensitiviti org lain. mungkin bagi aku tu perkara biasa tapi tidak pada pandangan org lain. mungkin aku sendiri yang tak pandai tuk bergurau or tersalah gurau ngan orang lain hingga wat org lain terasa. mungkin aku bukan seorang kawan yang baik. salahnya datang dari diri aku sendiri so mmg patut pun aku dipersalahkan. inilah bayaran yg perlu aku bayar atas ketelanjuran tutur kata aku.


Thursday, July 22, 2010

weekend yang penuh xtiviti

weekend baru ni mmg best. 2 hari yang penuh dengan xtiviti....rasanya kalo tiap2 minggu ada xtiviti mcm tu pun best......he3....

sabtu (17/07/2010) - Morib








18/7/2010 - Sg. Congkak




Tuesday, July 13, 2010

aku tak suka

petang semalam aku terima panggilan dari orang yang aku tak suka. nama tak naik waktu call masuk so dalam pening2 ngantuk tu aku main angkat je la. mula tu tak berapa cam suara lama2 baru aku perasan suara sapa. suara orang yang aku paling tak suka nak dengar.nape la dia call aku lagi. naper la nak menyusahkan idup aku lagi. kan lebih senang wat hal sendiri. nape nak menyibuk tanya khabar aku lagi. masing2 dah ada life sendiri.

nak tak nak terpaksa la cakap gak tapi dalam hati dok doa cepat la panggilan ni tamat. aku xda minat tuk bercakap pun. apa dia tanya aku jawab mcm acuh tak acuh je. suka hati la kalo dia nak terasa aku jawab mcm tu. aku dah tak kisah. aku lebih banyak menjadi pendengar apa yang dia cakap, tak da hati pun nak bercerita. nape la dia nak cerita life dia sekarang kat aku, pelik btl la nak je cakap "tak yah cerita coz aku tak berminat pun nak tau".

pas tamat panggilan aku trus save no. tu sbg no. yang aku tak suka supaya kalo dia call lagi pasni aku tak perlu angkat. panggilan tu btl2 wat mood aku sepoi ptg ni. geramnyaaa.......idup baru ja nak aman & tenang ada ja yang ganggu. harap tu panggilan pertama dan terakhir dari dia. moga dia tak kacau idup aku lagi pasni.

Wednesday, July 7, 2010

lunch di putrajaya





semalam ada meeting kat putrajaya kul 2.30 ptg. so aku ngan kak lin amik kesempatan tu tuk lunch dgn kak noor kat putrajaya. kita orang lepak kat cafe kesihatan. best gak dah lama tak lunch sama2 kat putrajaya. ni pun sib baik ada meeting kat sana kalau idak xdanya suka2 nak g lunch kat sana coz ssh nak cari parking. kami lepak2 kat cafe kesihatan, kak tih, nurul & kak tie pun join skali. rindunya time dolu2 bla lunch sama2. skrg ni dah ssh nak wat mcm tu coz masing2 dah jauh tapi kak noor dan kak tih dah janji jumaat ni nak datang lunch kat cyber jaya sambil2 mlawat opis baru kami kat sni. tentu best leh makan ramai2 cam dulu lagi.......welcome tu cyberjaya....................

Wednesday, June 16, 2010

Jumpa member lama…..

15 Jun 2010 - Semalam kak linda wat makan2 kat umah dia. Best…..dia masak spegheti, yum3 sedap......tapi ada yang lagi best tau….puding layer mmg marvelous…..aku ngan nisah la hantu puding tue……malam tadi leh anggap macam reunion juga la coz aku, kak linda & nisah dah lama tak jumpa. kebetulan plak nisah datang sni coz dia exam KPSL, so amik pluang ni tuk jumpa ramai2. Dah lama gak aku tak jumpa nisah sejak dia pindah JB ada kot skali ja kita orang jumpa. Dengan kak linda pun lama aku xjumpa. Nama ja ddk putrajaya tapi kami jarang gak leh jumpa, biasa la masing2 busy dengan kehidupan sendiri.




dah besar anak kak linda comel plak tue. geram betol aku tgk......mcm nak cubit2 ja si comel tu......kt org lepak umah kak linda sampai kul 10 semalam....

Friday, June 11, 2010

jln2 rileks minda

2 minggu lepas plan pukul 5 dah menjadi. Xtivitinya jalan-jalan d i-city shah alam. Sebenarnya dah lama kepingin nak p cuma masa tak xda. Akhirnya plan pukul 5 punya pasaal dapat gak aku p i-city. Mmg best bila dapat tgk kilauan lampu.....fuuuhhhhh terujanya suka sgt2, rasanya kalo dapat p skali lagi sure aku nak p.











Wednesday, March 17, 2010

sampai masanya tuk aku lepaskan.........

Dan lama tak coret cerita kat blog, kesibukan kerja dan xtiviti sampingan tak mengizinkan aku tuk menjengah blog. Masa berlalu begitu pantas, Hakikatnya aku benar-benar dah tak berdaya lagi………tapi aku perlu kuat tuk hadapi semua ni. selalu ku ingatkan hati dan minda ini yang aku perlu bertahan tuk hadapi semua ni. walau macamana sekalipun aku harus kuat hingga ke suatu titik nokhtah yang mana aku dah tak mampu tuk bertahan lagi saat itu aku pasti akan mengaku kalah.

Aku perlu lepaskan………….
Sayunya hati bla terjadi begini, mungkinkah aku terlalu emosional atau itulah hakikatnya. Mungkin jua kesibukan aku membuat aku terpinggir begini. Kalo ini puncanya aku redha namun kadang kala bla benda ni terjadi, hati ini mudah untuk terguris dan sensitip. Tapi rasanya tak perlu ku layan sgt perasaan ni. Tapi bila pikir semula, mungkin ini perubahan yang perlu aku terima. Ia buat aku tersedar siapa aku, maybe dah tiba masanya tuk aku lepaskan. Adakalanya aku cuba menafikan smua tu dan berpikiran positif tapi lama2 rasanya aku kena terima hakikat. Mungkin itu yang terbaik tuk semua orang terutamanya untuk diri aku. Mungkin dengan cara ni aku akan lebih tenang tuk hadapi hari mendatang.
Aku harus redha dan berpikiran terbuka dalam perkara ni. aku bukan nakhoda yang boleh menentukan corak perjalanan sesuatu perkara itu. Dan yang lebih utama aku juga bukan sesiapa utk mendapat kelebihan atau keistimewaan dalam sesuatu perkara. so, aku tiada hak untuk judge semua ini?biarlah semua ini................

Wednesday, March 10, 2010

aku terawang lagi...............


tetiba ja hati ni jadi sedih dan sayu. semangat tuk kerja melayang-layang. aku harap aku ampu tuk mengawal perasaan ini.

Saturday, February 6, 2010

cuti-cuti d'cameron

agak lambat tuk ku hupdate tp tak pe janji hupdate.
perancangan : 30 Jan 2010 (10 mlm)
Program berjalan : 31 Jan 2010 (6.30 pg )



Wednesday, January 27, 2010

Terima kasih mimpi

mimpi.....
kadang kala ia dianggap mainan tidur...
mainan tidur yang adakalanya
membawa bahagia

bahagia mimpi hanya bersifat sementara
tapi......
bila terjaga......
aduh semua itu hanya mimpi
mimpi yang belum mampu digapai
atau................
mungkin jua tak mungkin digapai
semuanya mungkin terjadi
mimpi mungkin boleh jadi impian
tapi mampukah impian itu
menjadi realiti????????

semuanya belum pasti
namun aku harus pasrah
walaupun mimpi bukan realiti
tapi........
aku masih diberi peluang
walaupun cuma seketika
tuk merasai secebis kebahagiaan itu

Terima kasih mimpi

sunyi............

Sunyi……
Suatu yang sentiasa mendampingi hidup kita
Kadang-kadang ia peneman setia
Perjalanan hidup kita
Kadang-kadang kehadirannya tidak diundang
Kadang-kadang kita mengelak kehadirannya
Kadang-kadang kita menangisi kehadirannya

Namun……………
Ia punya semangat yang kuat
Tak kenal erti putus asa & kecewa
Hadirnya tanpa dipinta
Menjengah hati ini
Buat kita menangis
Buat kita hilang arah tuju
Mengundang awan mendung dalam kehidupan kita
Hadirnya lebih banyak membawa duka dari suka

Hadirnya……
Buat kita buntu
Tergapai-gapai mencari pautan
Pautan yang mampu menghalau ia pergi
Menukar ia menjadi satu keceriaan
Keceriaan yang mampu
Mengukir senyuman ke bahagiaan
Yang membawa suatu kehidupan yang tenang…

Ya Allah
Kau bawa la sunyi ini pergi………..
Bersama deruan angin………….

Monday, January 18, 2010

takkan ku berpaling lagi..........

2 minggu tekanan & dugaan datang melanda hidup aku. dugaan yang tak ku jangka2. Rasanya terlalu hebat tuk ku hadapi yang membuat aku hampir setiap hari menitiskan air mata. hari ini aku kembali ke reality idup ku yang sebenar. 2 hari aku muhasabah diri akhirnya aku dapat jawapan tuk semua itu “hidup mesti diteruskan”. Itulah yang perlu aku pikirkan sekarang. Apa yang dah berlaku biarlah ia berlalu. Mana yang baik ambil ia sebagai panduan & pengajaran hidup, mana yang buruk tinggal ia sebagai satu kenangan. Tak guna tuk aku pikirkan lagi, tak mungkin apa yang berlaku dapat diundur kembali. Walau banyak mana aku merintih sekali pun aku tak mampu untuk merubah apa yang telah terjadi. Dari aku trus merintih pada apa yang dah berlalu lebih baik aku pikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan agar apa yg terjadi sblm ni takkan berulang lagi dikemudian hari.
“idup mesti diteruskan – chai’yook”

Thursday, January 14, 2010

kekuatan

adakah aku mampu bertahan agar empangan ini tidak pecah?

Wednesday, January 13, 2010

kenapa aku begini?

pagi ini hati aku seredup cuaca pagi.....ntah kenapa sehari dua ni hati aku makin tak tenang. satu tekanan hebat ku rasa dalam diri ni. tekanan yang paling aku benci.tak tahu samada aku mampu untuk hadapi semua ni, kalau lah menagis itu boleh mengembalikan ketenangan hati ini aku sanggup menangis seharian agar hati ku kembali tenang seperti sedia kala.

Tuesday, January 5, 2010

Monday, January 4, 2010

Kenangan 03.01.2010


Tahun lepas aku catat sejarah 01.01.2009 cabut gg. Seumur hidup aku tu la kali pertama aku cabut gg kat klinik coz slalunya gg patah sendiri. Tahun ni ingatkan dah tak da sejarah awal tahun tapi sebaliknya tahun ni sejarah lagi best yg berlaku iaitu terperangkap dalam lift. Ni bleh kira kenangan pahit + manis la tuk awal thn ni.
Pengalaman ni berlaku 03.01.2010 (Ahad), pas maghrib tu aku & k.c g pudu amik Noorul yg baru sampai dari kuantan. 1’st time aku drive g k.l time mlm tanpa bantuan 2 lagi mata aku (spect). Hu3 ni betol2 tawakal ja sib baik ada co-pilot kat sebelah. Kalo harap aku sorang sure sampai pudu nyerrrr. jalan tak la jem sgt tapi terkebil2 juga la coz aku ni tak berapa Nampak. Pas amik noorul aku kena drive lagi p umah pak sedara dia hu3 dugaan tol. Sampai kat situ aku soh dia plak drive blk ptrjaya tak kuasa lg aku nak drive. Plan balik tu nak p mkn sup, tukang aku mmg kepingin nak mkn sup tulang + aku mmg btol2 lapar. Mulanya plan nak p ngan k.c ja coz Noorul ckp dia xmau join coz dah kekenyangan + letih tapi bla msk ja ptrjaya dia berubah pemikiran nak join plak tp dia nak blk umah dulu antar bubur asyura. Kita org ikut ja coz dia yg drive sambil tu leh gak tengok umah baru dia. Sampai blok 5A aku ngan k.c msk lift dulu sambil tunggu Noorul kunci kereta. bla pintu lift tertutup trus lampu terpadam. Menjeri kt org kat dalam tu. Aku dah mula cuak bla jd mcm ni. mcm2 dah aku pikirkan. Puas tekan loceng kecemasan tapi tak da feedback apa2. Tak lama pastu dengar org memanggil kat luar, fuhhh….lega la skit kalo idak ntah apa yg jadi pada kami. Hamper 20 minit kat dalam akhirnya maintenance dtg tuk buka pintu, Alhamdulillah selamat kami smua. pas maintenance buka tetiba ja bomba sampai talk dpt ku bayangkan kalo bomba yg tlg td ha3 nampak cam kes besar ja kan sampai bomba pun dtg nak tolong. Upernya mula2 td dia org call maintenance tak dpt sbb tu la dia org call bomba. Terima kasih la pada penghuni blok 5A yg telah membantu kami. pas kejadian tu lift jem nak tak nak terpaksa la kami menapak tangga tuk ke umah Noorul. Masak juga la kaki coz naik ting.8. mcm nak tercabut kaki. Sampai umah Noorul mcm nak pengsan. Kepala dah pening dek teperangkap dlm lift td pastu menapak pula. Adoi….dugaan btl. perut yg lapar td pun dah jd mcm tak selera coz dah tak larat.

Plan p mkn sup kena cancel coz dah xdaya, singgah je kat foodcourt persint 9. Teringin nak mkn tauhu bakar & milo ais tapi malangnya apa yg dihajati tak kesampaian, mana taknya jam pun dah dekat kul 11 mlm. Kalo tauhu bakar aku leh terima la dah abis tapi yang tak bleh percaya tu MILO AIS pun ah abis. Ahhhhhh…………..tak mungkin……


Adoi…..Tak sangka plak mlm ni aja 3 yang aku hajati tak kesampian + kenangan terperangkat dalam lift yg tak bleh dilupakan, hu3……..apa pun inilah kenangan pembuka tirai 2010.