Wednesday, November 25, 2009

Balik kg oh balik kg……………..

Esok pagi aku akan bertolak balik kg….huuhhhh….xsabar rasanya nak balik kg. last balik kg time raya aidilfitri ari tu, kira baru lagi la tapi nak wat camna smangat blk kg tu mmg tinggi. Bila time blk kg aku btl2 xcited xsabar rasanya nak jumpa mak, ayah dan adik2. Nak tgk umah, nak tgk kg, mcm2 la yang berkaitan dengan kg pasti aku xcited.

Kat opis suasana dah mula sunyi coz ramai yang dah start cuti. Aku jd g baik kali ni coz lbt cuti. He3………macam tak cayakan?????sebenarnya aku bukan tak mau cuti awal tapi masalahnya aku xleh cuti coz haul 28 hari aku blom cukup lagi. Hari ni last day 28 hari tu so esok start merdeka…..jeles juga aku tengok ramai yang dah mula cuti. Tension pun ada gak. Niat jahat ku smlm nak e.l ja ari ni tapi terbantut bila dpt tau yg time pemangkuan mana leh e.l or cuti. So kena sabar je la menghitung masa……tu la niat jahat sure tuhan tak makbul.

TAPI……..
Bila pikir pasal nak balik kg, pasti ada rasa suka dan dukanya. Rasa sukanya bila time memikirkan syoknya nak balik kg dan bila duka + tension skit2 bla time dah ada kat kg, pasti wujud soalan2 bonus yang bleh wat mood aku sepoi dan pasti merosakkan mood aku sepanjang cuti nanti mcm yang terjadi time raya puasa ari tu. Tu yang aku tak tahan, tekanan tu sure akan ada. Bila ingat semua tu, semangat balik kg aku merudum skit. Bla pikir pasal tu, hati jahat ku berkata “kalo btl mcm tu, tak blk kg pun tak pa” huhhhhh….tension. dan yang paling menakutkan aku kalo jangkaan jiran SV aku semasa raya puasa ari tu berulang kembali. Tapi aku berdoa agar benda tu tak terjadi kali ni. kali ni suara hati ku agak jahat mendoakan agar hamba Allah itu tak wujud / datang berhari raya di rumahku. Ku pohon ampun pada mu ya Allah sbb mendoakan perkara yang tak sepatutnya. Tapi rasanya inilah cara terbaik untuk aku. Aku belum cukup kuat tuk terima ujian ni sekali lagi dan aku tak mau kenangan yg dah aku tanam timbul kembali.

Hu3………..terlebih feeling la pulak. ieieie……………nyampahnya, lupakan-lupakan…….sekarang ni dalam kepala ku aku kena settlekan geja-geja yang ada sebelum cuti. Kalo idak, habis la aku…………………
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA…………
JUMPA LAGI LPS RAYA…………….

Persinggahan……………

Assalamualaikum………………………….
Banyak hari juga tak conteng kat blog. Rasa rindu plak nak conteng & membebel kat sni. Cuma masa tak mengizinkan aku tuk slalu singgah di sini. Kuantiti kerja ku secara automatic menjadi 2 kali ganda bln ni menyebabkan aku tak sempat jengah blog. Nampak cam biasa ja kan, bukan bertambah 10 kali ganda pun Cuma tambah satu program ja. Sikit je tue…………..TAPI tak sangka lak yang sikit tu la yang banyak bagi tekanan & cabaran yang paling hebat kat aku. Sblm ni aku jaga program yang jumlahnya besar tapi tak la banyak karenah banyak yang baru ni. maybe jaga org bijak pandai ni mmg susah tol. Tapi bukan smua camtu. Kerana segelintir yang macam tu smua dpt tempiasnya kan, cian btl…..

Maybe sblm ni aku concentrate pada satu ja so aku tak terasa sgt tekanannya. Kali ni aku kena kongsi konsentrasi geja yang sedia ada dan cover satu lagi geja sebab tue kot tekanan makin besar. Sting Village (SV) dah ku tinggalkan minggu lepas & minggu ni aku masih cuba membiasakan diri ngan tempat baru. Mana taknya dalam satu masa banyak perubahan yang berlaku. Sekarang ni SV agak sepi tak macam dulu. Dulu tempat tu adalah port utama kami berkumpul tak kisah la tuk makan, nak release tension pasal geja or sbg tempat luahan rasa tak puas hati. Kini tempat tu dah jadi sunyi dah jarang lagi dijadikan port utama sampaikan bos merangkap jiran baru aku sekarang pun bleh wat luahan rasa pasal port SV yang dah makin sepi skrg. Maklumlah penghuni asal SV smua dah tak da. Sekarang ni smuanya penghuni baru so nak dapat balik keserasian dan keceriaan tu lambat la skit.

Pada masa ni,aku perlukan masa tuk membiasakan diri dengan suasana baru ni. belajar terima suasana kerja yang lebih tenang berbanding dulu. Belajar terima kesunyian opis skali-skala TAPI aku lom mampu tuk blajar kurangkan sikap membuli tu coz sekarang aku ada sasaran baru tuk buli iaitu anak-anak buah aku dan anak-anak buah angkat ku…..he3………

Minggu ni agak membosankan bagi aku, Kalo dulu mulut akulah juara membebel mcm susah ja nak berhenti coz ada ja idea yang aku cari tuk kacau orang especially jiran SV aku la. Kini segalanya berubah, walaupun mulut aku masih membebel tapi tak da la semeriah dulu. Rasa cam bosan lak bila jadi macam tu tapi sib baik la timbunan geja buat aku tak sempat tuk berpikir lebih2 pasal smua tu. yang lagi aku pasti sekarang niaku selalu ja bersemangat tuk balik geja awal kerana badan btl2 terasa penat.

Satu lagi benda sedih minggu ni, MAKAN……… coz waktu makan tengahari pun dah tunggang langgang. Kdg2 ada selera makan, kadang2 malas mengatasi rasa lapar. Yang aku xpercayanya, kalo dulu lom pun sampai waktu lunch hour aku dah lapar dan aku mula la kecoh nak p bli makan. Tapi sekarang rasa mcm terbalik plak jadinya. Sesetengah orang sure suka bila aura makan dah berkurang tapi bukan tuk aku coz ptg bila balik umah ja aku jadi mcm org kelaparan. Time tu mula la perut menyanyi ntah apa2 lagu pun aku tak tau. Kalo camtu camna aku nak diet.

Huhhhhh…………agak sukar juga hidup aku skrg………….tapi kena truskan juga. Chai’yook…………

Wednesday, November 18, 2009

suasana baru

semalam ngan hari ni aku dah mula tinggal sorg kat sting village....ada penghuni baru tapi cuma blom mesra lagi. rasa sunyi plak bila tinggal sorg2 kat sting village, tingat time kemeriahan dolu2....aduh rindunya aku pada ex2 penghuni sting village......tingat time aku buli kak b, time kena tegur ngan kak nora coz slalu gaduh ngan kak b, time aku kena mrh ngan kak zimah coz kacau dia time dia busy, time kita org slalu terlupa jija bla nak p bli mkn.......huhhhh....smua tu dah jadi kenangan sekarang dah tak leh nak putar balik cam dolu2.

kalo masa leh putar balik nak ja aku rakam semula smua yg berlaku dan aku jilidkan jadi satu memori indah tapi tu angan2 je la, mana mungkin bleh patah balik.hu...hu....hu....

Monday, November 16, 2009

Betulkah tindakan ku?

Kadang kala kita bertindak agak keterlaluan dalam memutuskan sesuatu perkara atau hukuman. Mungkin time tu emosi menguasai minda, kerana pengalaman lama membuatkan kita rasa mengapa ia perlu berlaku kepada org lain???ketika itu rasa geram + sakit hati bercampur aduk. Ketidakpuasan hati lahir kerana kita juga pernah mengalami benda yang sama. Kita tahu macamana sakitnya & deritanya nak menghadapi semua tu dan kita tak mengharap orang lain mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita alami.
Mungkin juga cara kita salah, akibat pengalaman lalu membuatkan kita agak sensitive dalam menangani perkara ini. sebagai pendengar kita tak merasai sangat apa yang dirasakan oleh org yang mengalaminya cuma kita berpegang kepada pengalaman lalu……..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai taksiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Walau apa pun yang terjadi, kita harus kuat terima apa jua keadaan yg mendatang, jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berulang lagi. Moga kita kuat dan tak kecundang lagi bila ianya dtg kembali. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Moga kita tak menjadi seperti lalang berubah mengikut arah angin.........

Thursday, November 5, 2009

friend

kadang-kadang kita kena percaya juga ngan 3 alphabat yang belakang tu. kadang kala bukan kita jangka benda tue terjadi tapi secara tak sengaja mungkin ia terjadi. time tu nak salah siapa, kita ke or kawan kita?
hemmm.......ntah la. macam satu bait lagu tu "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang", lagu slam kalo tak silap aku. cuma yang peliknya aku xtau sbb musababnya, tu yang aku tak puas hati. bukan tak mau amik tau tapi orang yg tak mau bagi tau. kalo tanya lebih2 kang ckp aku busy body plak! tapi geram la juga kan time macam ni. Geramnyerrr.......................................kalo tak puas ati ngan aku cakap la, ni menyepi je. drastik plak tue.pada c'S aku mmg geram kat hang.................