Wednesday, November 25, 2009

Persinggahan……………

Assalamualaikum………………………….
Banyak hari juga tak conteng kat blog. Rasa rindu plak nak conteng & membebel kat sni. Cuma masa tak mengizinkan aku tuk slalu singgah di sini. Kuantiti kerja ku secara automatic menjadi 2 kali ganda bln ni menyebabkan aku tak sempat jengah blog. Nampak cam biasa ja kan, bukan bertambah 10 kali ganda pun Cuma tambah satu program ja. Sikit je tue…………..TAPI tak sangka lak yang sikit tu la yang banyak bagi tekanan & cabaran yang paling hebat kat aku. Sblm ni aku jaga program yang jumlahnya besar tapi tak la banyak karenah banyak yang baru ni. maybe jaga org bijak pandai ni mmg susah tol. Tapi bukan smua camtu. Kerana segelintir yang macam tu smua dpt tempiasnya kan, cian btl…..

Maybe sblm ni aku concentrate pada satu ja so aku tak terasa sgt tekanannya. Kali ni aku kena kongsi konsentrasi geja yang sedia ada dan cover satu lagi geja sebab tue kot tekanan makin besar. Sting Village (SV) dah ku tinggalkan minggu lepas & minggu ni aku masih cuba membiasakan diri ngan tempat baru. Mana taknya dalam satu masa banyak perubahan yang berlaku. Sekarang ni SV agak sepi tak macam dulu. Dulu tempat tu adalah port utama kami berkumpul tak kisah la tuk makan, nak release tension pasal geja or sbg tempat luahan rasa tak puas hati. Kini tempat tu dah jadi sunyi dah jarang lagi dijadikan port utama sampaikan bos merangkap jiran baru aku sekarang pun bleh wat luahan rasa pasal port SV yang dah makin sepi skrg. Maklumlah penghuni asal SV smua dah tak da. Sekarang ni smuanya penghuni baru so nak dapat balik keserasian dan keceriaan tu lambat la skit.

Pada masa ni,aku perlukan masa tuk membiasakan diri dengan suasana baru ni. belajar terima suasana kerja yang lebih tenang berbanding dulu. Belajar terima kesunyian opis skali-skala TAPI aku lom mampu tuk blajar kurangkan sikap membuli tu coz sekarang aku ada sasaran baru tuk buli iaitu anak-anak buah aku dan anak-anak buah angkat ku…..he3………

Minggu ni agak membosankan bagi aku, Kalo dulu mulut akulah juara membebel mcm susah ja nak berhenti coz ada ja idea yang aku cari tuk kacau orang especially jiran SV aku la. Kini segalanya berubah, walaupun mulut aku masih membebel tapi tak da la semeriah dulu. Rasa cam bosan lak bila jadi macam tu tapi sib baik la timbunan geja buat aku tak sempat tuk berpikir lebih2 pasal smua tu. yang lagi aku pasti sekarang niaku selalu ja bersemangat tuk balik geja awal kerana badan btl2 terasa penat.

Satu lagi benda sedih minggu ni, MAKAN……… coz waktu makan tengahari pun dah tunggang langgang. Kdg2 ada selera makan, kadang2 malas mengatasi rasa lapar. Yang aku xpercayanya, kalo dulu lom pun sampai waktu lunch hour aku dah lapar dan aku mula la kecoh nak p bli makan. Tapi sekarang rasa mcm terbalik plak jadinya. Sesetengah orang sure suka bila aura makan dah berkurang tapi bukan tuk aku coz ptg bila balik umah ja aku jadi mcm org kelaparan. Time tu mula la perut menyanyi ntah apa2 lagu pun aku tak tau. Kalo camtu camna aku nak diet.

Huhhhhh…………agak sukar juga hidup aku skrg………….tapi kena truskan juga. Chai’yook…………

No comments:

Post a Comment