Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi

1430 H

Esok umat islam akan mula sambut puasa . Alhamdulillah tahun ni aku masih diberi peluang tuk menjalani ibadah ini. Puasa tahun ni macam tahun2 lepas aku sambut kat putrajaya. tapi tahun ni agak kurang meriah berbuka berdua ja coz housemate sorang ja yang ada. time ni ingat balik puasa tahun2 lepas, meriah sangat. masa tu kami berempat (housemate). Rindu aku pada mereka smua, a'mi. cikgu kecik & ima. teringat betapi meriahnya kami berbuka beramai-ramai. balik sama-sama masak & berbuka. antara kami cikgu kecik la selalu kena buli. time bebuka kami akan lebihkan makanan kat dia nak suruh dia cepat besar sbb dia ni kecik sangat. cian cikgu kecik selalu kena buli......
tapi tahun ni smua dah bawa haluan masing-masing. a'mi kat tanjung malim, cikgu kecik kat sarawak & ima dengan family.Rindunya kat korang smua..........agaknya bila lagi kita leh kumpul semula.......
time puasa ni juga rindu tuk berbuka ngan family kat kg makin menjadi-jadi. bestnya berpuasa di kg. ngan family. slalunya aku berbuka ngan ayah, mak & 2 adik. abang jauh kat kuantan so jarang-jarang kami bleh berbuka bersama-sama. InsyaAllah ujung bulan ni nak balik kg. jap, time tu bleh la berbuka ngan family......
Kepada ayah, mak, adik beradik ku, teman2 dan seluruh umat islam ku mohon ampun & maaf jika ada salah & silap ku kepada kalian.....
Selamat Berpuasa
Penuhi lah Ramadhan ini dengan ibadat yang mulia..............

1 comment:

  1. selamat berposer....smua aktiviti kener la di bekukan ekk..kecuali bertadarus kat opis

    ReplyDelete