Friday, July 31, 2009

seminggu berlalu

minggu ni rasa mcm cepat sangat masa berlalu.....ingat lagi masa hari isnin & slasa rasa malas sgt nak geja sbb badan rasa lemah sgt coz 7 hari geja non stop.....dalam penat tu pun sempat juga aku p main bowling ngan kc & noorul the gang. balas dendam balik sbb ujung minggu ari tu tak leh main.

dalam minggu ni aku cuba sibukkan diri cari apa aktiviti yang boleh aku buat selain geja supaya aku tak rasa boring. ntah nape minggu ni rasa bosan, sepi, sunyi smua la kaum kerabat dia tu byk sangat. ari selasa g berenang kat persint 9 tapi tak best sangat sebab ada 1 group ni dah wat macam kolam sendiri main-main bola. tau la tu kolam awam smua orang bayar tapi kena la timbang rasa ngan pengunjung-pengunjung lain. dia orang pun bayar juga tu berenang tapi.......hampeh group ni dah kontrol hampir separuh dari kolam. nak berenang pun dah macam tk best.
semalam tido umah kak lyn, kita orang wat xtiviti memasak untuk majlis bacaan yasin kat opis ari ni. seperti biasa kak lyn la otainya aku spt biasa jadi pembantu la. semalam buat 2 resipi marble cheese kek & puding karamel. sambil tu sempat juga kita orang siapkan satu tempahan kek. ala simple kek ja. kita orang ni chef amatur bukan profesional. kul 2 pagi baru kita orang siap wat smua tu. kepala dah bingung-bingung nak tidur.......tak cukup tidur....tapi puas coz smua resipi siap.

ni la kek percubaan aku ngan kak lyn........

sampai opis pagi tadi kepala dah pening-pening sebab tak cukup tido, trus p kursus sampai petang. jap lagi nak balik......... yahoo.........esok cuti leh plan nak ronda-ronda. nak p mana ek?kalo duduk awak ja tentu bosan. hem...........p jalan TAR pun best gak, leh shopping raya. he...he...he....puasa pun blom lagi dah pikir persiapan raya, camna tu?sebenarnya sok nak p cari baju melayu kat ayah, kalau nak tunggu puasa baru nak shopping penat la.....sure jln TAR sesah sebab smua orang dah mula shopping raya. ahad plak nak p shoping barang tuk pesta bola kresta pulak.....waah....bestnya time table ujung minggu dah penuh.............

1 comment: