Tuesday, July 7, 2009

dairi minggu lepas

Mandi Laut....
Minggu lepas mandi laut kat p.d. dah 2 minggu aku berkampung kat p.d tu demi kerana tugas & Kali ni aku berjaya ajak kak noor mandi laut. Bukan senang nak ajak dia coz dia ni penakut air, bukan malas mandi tapi dia fobia ngan laut dan kolam..tapi lastweek dia mandi laut. He...he..ada perkembangan yang menarik tu. Nampak cam dah tak fobia ngan laut lagi sebaliknya makin bersemangat tuk mandi laut. Bukan main sronok lagi kak noor mandi laut, best btl tgk kak noor. Ptg je dah tak sabar2 nak p laut. Pasni sure dia dah tak sabar nak blajar berenang.....chai’yok....chai’yoook.......
Laut kat selesa beach ni mmg best pantainya cantik, air pun bersih. selalunya kami bertiga mandi laut, aku, kak noor & ied. Meriah tau......sepatutnya ada 2 lagi kengkawan merangkap bodyguard kami mandi laut tapimalangnya dia orang jarang bleh join kami sebab kekangan masa
Pas mandi laut kononnya nak balik blk ikut jln shortcut mls nak lalu swimming pool sbb ramai sgt. Kak noor ckp kalau nak ikut jalan shortcut kena balik sblm 7 mlm sbb pastu dia tutup jalan tu. bagitau kak noor tak pa kita balik la sblm kul 7 tapi kalau dia tutup kita panjat ja pagar tu wat mcm zaman kanak-kanak dulu. He...he....terkejut kak noor, tapi aku ckp o.k la tu bukan selalu kita leh wat mcm tu atleast bleh imbau balik zaman kanak2 yang nakal dulu2.bila di ingat2 rasa rindu la pula pada zaman dulu2.
Tapi.........bila dah masuk laut dah tak hingat nak naik pulak.......alih2 kul 7 lebih baru kami naik, masing2 tak da jam so tawakal ja ikut jln shortcut, tgk2 jalan dah tutup, ingat nak panjat ja pagar tu tapi lucunya camna nak panjat pagar tu tinggi kita orang bertiga ni pendek2 so terpaksa la balik ikut swimming pool juga. Hampeh tol cepat bebenar pintu tu tutup siap kunci ngan mangga plak tu. Sampai bilik berebut toilet plak ngan kak noor sbb masing2 nak masuk dulu sejuk kebasahan dan kelam kabut nak bersiap tuk p dinner & setup bilik ceramah. Tapi best walau sesibuk mana kami tapi masih sempat luangkan sedikit masa utk rest minda........at least leh kurangkan sikit tension dan serabut kat kepala ni.....

No comments:

Post a Comment