Saturday, October 31, 2009

Permulaan baru............

Tarikh 29.10.2009 telah memuktamatkan arah tujuan kami berempat. Pasni kami akan bawa haluan di tempat kerja baru dgn tanggungjawab yang lebih besar. Moga2 kami dpt mengharungi cabaran yg baru ni dgn penuh tabah.

Ari ni surat penempatan kami akan diberi pada satu majlis yg dinamakan “Majlis Taklimat Pemangkuan & Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Tadbir N32”. Majlis diadakan di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara. Mula melangkah masuk ke dewan tu semua orang berdebar-debar agaknya di mana la penempatan baru masing2g. mungkin aku tak terasa sangat coz dapat pindah keluar atau pindah dalam aku dah tau aku mesti balik ke tempat asal atas tanggungjawabku kepada kerja yang harus ku jalankan. Kalau aku dapat luar aku harus mohon untuk pertukaran kementerian dan kalau aku dapat Kementerian asal hal ini akan memudahkan skit segala urusan. Seramai 242 PPT N27 yg ditawarkan jawatan ni. ramai juga tu, tapi aku agak sedih juga coz ramai lagi kawan2 batch aku (ct, tini, nisah, ina & iwan) yg blom dapat. Aku doakan moga rezeki mereka akan menyusul selepas ni.

Majlis pagi tu dimulakan dengan taklimat dari JPA & sesi soal jawab dan kul 12.30 baru start majlis penyerahan surat penempatan baru. Sorg2 kena naik stage terima surat tawaran, tu yg wat majlis ni nampak unik. Mulanya kami dimaklumkan yg kami tak dibenarkan tuk buka surat penempatan tu sampai semua penerima habis terima surat tapi……..kami telah diberi kejutan yang mana setiap nama yang dipanggil tuk terima surat tu akan dimaklumkan sekali dengan penempatan baru. Waahh……..ni yang buat smua orang berdebar-debar…..kejutan yang dibuat oleh JPA ni mmg best.

Time terima surat tu ada wajah ceria dan juga ada wajah sedih dengan penempatan baru. Tapi nak wat mcmana kita terpaksa akur dengan apa yang telah ditetapkan. Bak kata JPA “terimalah penempatan ni dengan seikhlas hati”. Dalam kami berempat adik bongsu (jija) yang kluar dari KPM. Jija ditempatkan di Kem. Pengangkutan.tinggal lah kami bertiga di KPM. Sedih juga coz dalam berempat sorg ja yg dapat kluar KPM. Kul 2 tghari smua bergerak tuk lapor diri ke penempatan baru. Sedih juga time ni bla ingat dari berempat kami akan tinggal bertiga ja. Tapi nak wat macamana dah tertulis rezeki masing-masing.
Balik ke KPM kami melapor diri BPSM tuk penempatan secara rasmi. Time ni sekali lagi berdebar2 coz nak tau di bahagian mana pula yang akan ditempatkan. Aku tumpang debar bagi pihak kak noor & kak zimah la coz aku dah tau bahagian mana. Bila saja penempatan aku diumumkan dlm majlis tadi aku secara tak rasminya dah tau di mana aku akan ditempatkan.
Atas mslh2 yg tak dpt dielakkan, srt tuk penempatan bahagian hanya dapat keesokkan harinya. Kak noor & kak zimah dapat kat BPSM. Maknanya kami masih dibangunan yg sama cuma berlainan bahagian ja. Kak noor ngan kak zimah sama bahagian Cuma berlainan cawangan ja. Isnin ni masing-masing akan mula melapor diri di bahagian yg telah ditetapkan & bermulalah tanggungjawab kami sebagai PPT N32. Kepada smua all the best kat tempat baru………………….
denylibs09, 30 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment