Friday, December 4, 2009

perjalan cuti raya........


balik kg baru ni aku first time drive sorg-sorg. mulanya takut gak coz nak drive sorang2 tapi kira tawakal je la. pas subuh aku gerak balik, aku pasang radio kuat-kuat supaya aku tak ngantuk. maklum la sorg2, kalo kita leka habis la.......so perlu lebih berhati-hati drive. sib baik jalan tak jem, maybe ramai yang gerak balik petang khamis kot.......alhamdulillah perjalanan hanya ambil masa 5 1/2 jam saja. yea.......aku dah sampai kg.......yang peliknya kat highway jalan tak jem tapi bila masuk jalan pekan pendang, mak oiii..........teruknya jem ngalahkan highway.maybe smua orang tengah shoping barang persiapan tuk raya esok. so aku pun amik peluang singgah kat pasaraya tuk bli apa-apa barang yang patut tuk esok.

sampai rumah barulah terasa betapa penatnya, aduh macam nak pengsan. perut pun kelaparan tambah-tambah lagi bila nampak masakan mak, rindunya........plan nak rest jap coz badan masih sengal-sengal lagi pas drive lama tetiba ja adik bgtau yang malam ni ada makan2, nak bakar sate dan panggil sedara mara tuk makan. terkejut gak, apa mimpi mamat ni nak wat makam2 mlm ni, uper2nya nak test skill wat sate coz 1'st time dia wat sendiri sate ayam. mak plak dah mula wat kuih muih tuk malam ni. wah.....nampaknya open house awal la raya aji ni. yang lagi best my cousin dari perak pun balik gak & mak sedara yang kat rumah pun wat makan-makan gak dekat umah dia, makan laksa.yum...yum...sedapnyer,

ni betol-betol makan.....malam tu mmg meriah la bila ramai sedara yang datang...apa lagi kalo dah ramai-ramai kumpul maka lagi la kecoh.......malam tu mmg kekenyangan la.....alhamdulillah rezeki murah malam raya.
raya pertama disambut secara sederhana saja, ada open house kat padang dekat umah. dah jadi kebiasaan warga kg tuk wat open house time raya aji tapi aku tak p pun, maleh la....ntah nape aku rasa cam maleh ja nak beraya. my cousin ajak gak tapi mcm2 alasan aku bagi tuk ngelak dari join,hu...hu....maybe aku takut terima soalan-soalan yg pelik2 kot. petang tu pak sedara dtg umah ajak p beraya umah sedara2 so nak tak nak kena ikut juga la, kami konvoi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sampai malam baru balik umah. aduh.....penatnyer.....tapi best gak time ni la leh jumpa sedara-sedara yang jarang jumpa.
raya kedua dah start ada kenduri korban. kebetulan mak cik sebelah umah wat kenduri arwah & akad nikah anaknya & kakak dkt umah yang sorang lagi pun wat kenduri bertunang anaknya. mana satu yang nak p tolong ni. last2 mak cakap kita p sorang satu umah la. aku p umah makcik sblh umah & mak p umah kakak yang sorg lagi. satu ja bila p kenduri aku doakan soalan2 yg pelik tu takkan kluar. tapi biasa la dalam ramai-ramai tu sure akan kluar juga soalan cepu mas tu. terkedu gak aku bila time berkumpul ramai-ramai tu terkeluar gak soalan tu. tak sukanya aku............aku jadi blurrrrr tak tau nak jawab pa bla diajukan soalan tu. sib baik, kak sal (kakakk sblh umah) tolong back up aku bila disoal soalan cepu mas tu. Thanks kak sal coz tolong selamatkan aku pagi tue. kalo idak mati kutu aku nak cari jawapan yg sesuai. ingatkan tak da lagi soalan tu, tapi mmg tak leh nak elak tol......arap-arap pas ni tak da lagi soalan tu.
tengahari tu time makan, makcik aku tanya nape aku tak pi open house kat padang?aduhhhh......apa lak alasan yg nak aku cipta ni?tak sangka plak soalan ni yang timbul.sib baik dalam kelam kabut tu ada gak idea nak klentong, tapi tak selamat gak coz dia suruh p umah dia juga malam ni coz dia nak wat makan2 skit. aduhhh.............camna nak wat tu????kali ni dah tak leh nak ngelak lagi so kena paksa diri p juga la. moga tak da lagi soalan yg pelik2 macam siang tadi.
raya ketiga aku nak p ronda alor star, dah lama tak jalan-jalan. kononnya tak mau ikut highway, nak ikut jalan biasa dah lama tak tengok pemandangan kg, tapi malangnya jalan jem teruk macam nak patah kaki aku. nyesal plak tak ikut highway....tapi tak pa la janji aku leh tgk pemandangan kg yang cantik.......
Isnin mak dah warning tak leh p jalan2 lagi, ddk umah rest coz sok dah nak drive balik ptrjaya. ala kejapnya rasa cuti..............takpa2, bulan 12 ni balik lagi.....

No comments:

Post a Comment