Saturday, June 27, 2009

seminggu berlalu

hari ni baru dapat jengah masuk ke blog. rasa macam banyak yang nak story pasal minggu lepas. menjadi urusetia sesuatu kursus amat memenatkan tapi rasa berbaloi bila kita lihat sesuatu kursus tu berjalan lancar dan dapat penerimaan yang positif dari semua peserta. alhamdulillah...kursus kali ni berjalan lancar. pengisiannya kujangkakan pasti semua peserta berpuas hati. terima kasih kepada penceramah yang terlibat dalam membantu peserta membuat persiapan untuk menyambung pengajian mereka.
Dan buat semua penerima biasiswa HLP 2009 diharap kalian akan memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan yang diberi demi masa depan kalian. Gunakanlah sebaik mungkin peluang yang diberi kerana kalian adalah antara insan yang paling bertuah dikalangan ribuan yang memohon.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta kursus di atas kerjasama kalian dalam bersama-sama menjayakan kursus ini.
KURSUS INTERVENSI 1
PERINGKAT KEDOKTORAN & SARJANA LUAR NEGARA
SELESA BEACH RESORT, P.D
23 - 26 JUN 2009


Sesi Ceramah


Tempat Kursus

Sesi Riadah




Majlis Penutup Kursus

No comments:

Post a Comment