Wednesday, November 24, 2010

mimpi.....

lamanya aku tak hupdate blog, malas menguasai diri. malam ni rindu plak nak conteng2 kat sni. kadang kala mimpi ni mainan tidur. dah lama aku lupa pasal man tapi baru-baru ni aku mimpi aku jumpa dia. rasanya dah hampir 4 tahun aku xjumpa dia. ntah camna mlm tu aku leh termimpi pasal dia. maybe ada rezeki tuk aku jumpa dia blk kot tapi aku xtau kat mana dia skrg. apa la cita dia skrg.
dlm mimipi tu aku happy sgt jumpa dia xtau pasai pa tapi kat luar tentu aku sedih kalo aku jumpa dia. kadang2 aku terpikir camna la aku leh mimpi pasai dia......sampai hari ni aku masih musykil. ye la xda angin xda ribut dia leh muncul dalam mimpi aku. hopefully aku xmimpi pasai dia lagi nanti tentu aku sedih.hu3......

Wednesday, August 25, 2010

ibu....

ptg tadi sambil masak juadah berbuka teringat nak telefon ayah, dah dua hari tak telefon kg. dapat cakap ngan ayah tanya khabar, alhamdulillah smuanya sihat. lama gak bual ngan ayah pasti turn tuk bual ngan mak plak. tanya mak masak pa mak cakap wat sambal ikan bawal, wahhhhh....rindunya masakan mak. mak tanya bla blk kg, cakap kat mak insyaALLAH sabtu 4hb. blk kg. awal aku cuti raya tahun ni, saja amik awal nanti bleh la bepuasa ngan famili lama skit.
cakap kat mak blk nanti antar kakak balik kodiang dulu pastu baru balik umah, mulanya mak cakap o.k pastu mak tanya nape lin tak balik sekali ka?hu3.....musykil mak aku bila aku cakap aku wak balik kakak ja. aku bagitau mak kak lin g umrah tahun ni sebab tu dia xjoin balik kg raya ni. pastu mak tanya aku nape tak ikut kak lin g umrah?, aku cakap kat mak duit lom cukup nak join kak lin g sana. mak macam terkejut, mak tanya nape tak cakap nak p nanti mak bagi duit, time tu air mata ku menitis kerana terharu dengar mak cakap macam tu. Ya Allah betapa mak terlalu menyayangi aku.
pastu aku cakap kat mak, aku nak mak ngan ayah p dulu, mak cakap mak ngan ayah xtau bla bleh p lagi. mak risau nak tinggal adik2 ku yang berdua tu. tapi aku sentiasa berdoa moga2 mak ngan ayah cepat dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. mak cakap dia tak kisah kalo aku nak p dulu, mak pesan dengan aku, nanti kalo ada kawan2 yang nak p umrah lagi mak nak aku ikut sekali. pasal duit mak cakap jangan risau mak akan bagi, terharunya aku. sekali lagi air mataku gugur pada 15 ramadhan ni.
pada mak & ayah aku terlalu menyangi kalian, walaupun bukan kerana hal ini sesungguhnya aku amat menyayangi kalian hingga akhir hayat ku. aku berdoa agar suatu hari nanti aku dapat menjejak kaki di tanah suci mekah bersama kalian.

Monday, August 16, 2010

12.40 pm (isnin - 16 ogos 2010)

aku rasa sangat sedih tghari ni, hampir2 menitiskan air mata.......ya Allah, kau kuatkan lah hati ini.................

peringatan untuk diri sendiri

sebelum mencapai ketenangan pasti ada kesukaran yang perlu kita hadapi. kita tak minta kesukaran tu dtg pada kita dan kita juga xboleh nak halang bila ia datang mungkin Allah sayangkan kita sebab tu dia datangkan ujian pada kita. kadang kala kita tak berani tuk hadapi dugaan tu.

walau sesukar mana pun sesuatu dugaan tu pasti ada jalan penyelesaiannya cuma samada kita berani untuk ambil langkah cepat tuk mengatasinya atau kita biar ia merebak terlebih dahulu.

time mcm ni baru teringat satu pepatah melayu "mencegah lebih baik dari merawat" tapi semua tu hanya diri kita sendiri yang mampu tentukan.