Monday, April 6, 2009

alpa....

hari ni aku tersilap lagi, walaupun dah berkali ku diingatkan tentang perkara ni tapi aku masih terlupa.
ya allah ya tuhan ku, berilah aku kekuatan agar aku tidak mengulangi kesilapan ini lagi.....
aku benar-benar kesal dengan apa yang terjadi.....

Sunday, April 5, 2009

dugaan............

langit tak selalu cerah......kadang-kadang mendung, kadang-kadang hujan. kita tak boleh nak duga. Perjalan hidup kita pun macam tu juga, tak semua yang kita rancang akan berjalan lancar. adakalanya kita dah hampir ke penamatnya tapi tanpa di sangka-sangka dugaan datang.......saat ini kita akan terpikir apa salah ku hingga aku diuji sebegini????

begitulah juga dalam tugasan harian kita, dugaan datang tanpa dijemput. adakalanya salah time pulak tue....eeee....tension tol.

Permulaan 2009 mungkin satu permulaan yang penuh cabaran. pelbagai dugaan dari pelbagai sudut yang perlu hadapi. Dugaan kerja, dugaan keadaan sekeliling dan orang persekitaran datang silih berganti.bukan satu yang datang tapi berderet-deret "non stop". betol-betol menguji kesabaran. walaupun agak sukar tapi berkat berkat kesabaran, kerjasama dan bersatu hati warga CLDP semua ini mampu di atasi.....Alhamdulillah.

apa yang penting :-
Hidup dalam satu komuniti kita mesti bekerja sama dan saling bantu membantu. sama-sama hadapi kesusahan dan kegembiraan.... sama-sama berjuang untuk kebenaran. jangan lah kita hanya inginkan kegembiran tapi bila tiba kesusahkan kita menjauhkan diri.
kuatnya sesuatu komuniti tu kerana bersatu padu ahlinya............

hatrik.........

minggu nie penat giler coz 7 hari working hour. macam nak pengsan.........harap-harap sok masuk geja masih ada tenaga..........
plan nak wat muffin malam nie kena cancel. badan dah flat.....balik nanti sure trus pengsan nie.
dulu member pernah cakap geja sampai bila-bila pun tak abis. tue memang betol tapi kita perlu usaha untuk kurangkannya. kalau idak makin bertambah la geja tue.
at least kita usaha tuk berkurangkan.............
chai'yok.......chai'yok......chai'yok..........

Wednesday, April 1, 2009

kawan...........

Bermula dengan satu perkenalan berlarutan sehingga menjadi kawan. Satu pertalian yang wujud dalam kehidupan harian kita. Kawan umpama keluarga sendiri, tempat kita berkongsi suka dan duka. Adakalanya kita lebih selesa berkongsi cerita dengan kawan dari keluarga sendiri. Mungkin tak semua tapi segelintir dari kita lebih selesa dengan keadaan itu. Bila kita berjauhan dari keluarga kawan adalah saudara terdekat kita. Lagi ramai kawan lagi meriah kehidupan kita. Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh berkongsi suka duka bersama, sanggup menerima kita seadanya dan ikhlas menerima kita sebagai kawan.
Berkawan tiada undang-undangnya, kita berhak berkawan dengan semua orang tanpa mengira umur, budaya, darjat, pangkat mahupun bangsa. Bak kata pepatah berkawan biar seribu bercinta biar satu. zaman kanak-kanak kita ada kawan tadika, zaman sekolah ada kawan sekolah, zaman universiti ada teman kampus dan zaman kerja ada rakan kerja. Wah....kalau dihitung-hitung ramainya kawan kita.
Pada aku walaupun peredaran masa terlalu cepat tapi mereka kekal kawan-kawan ku hingga akhir hayat. Kini aku melalui zaman baru ”zaman kerja”. Zaman yang telah banyak mendewasakan aku dan mengajar aku erti kehidupan. Bukan bermaksud sebelum ni aku tak tahu erti kehidupan tetapi mungkin kurang nak ambil berat pasal semua ni.
Hidup aku ceria dikelilingi kawan-kawan. Berpegang pada pepatah biar ramai kawan jangan ramai musuh, Kalau ramai musuh tak tenang hidup nanti. Aku beruntung mempunyai rakan kerja yang baik hati, take care, loving dan boleh berkongsi suka dan duka bersama. Keakraban kami bak satu keluarga yang besar. Ada yang ku anggap sebagai kakak dan abang yang selalu menjadi tempat ku minta pandangan dan pendapat selain kujadikan tempat / mangsa luahan hati dan tempat bermanja, ada juga yang ku anggap sebagai adik yang selalu ku jadikan sasaran untuk ku usik dan ku buli tapi niat ku bukan jahat sekadar bergurau senda sahaja.
Bila kita berkawan biarlah ia ikhlas dari hati naluri kita walaupun adakalanya ada kawan yang menikam kita dari belakang. Ada kawan yang baik dan ada kawan yang kurang baik. terpulang pada kita untuk menilainya.
Tak semua yang kita buat betol di mata orang lain. Ada kalanya kita rasa betol tapi orang lain rasa salah........Lumrah dalam berkawan tak semua yang kita lakukan akan disukai orang. Hakikat tu kita kena terima.
Bak kata seorang kawan ”apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan ” ya itu yang paling penting................
ed_denylibs 01.04.2009