Wednesday, June 10, 2009

Rindunya kat blog………..

agak lama juga tak hupdate blog. banyak dugaan yang datang jadi aku tak sempat tuk jengah ke blog. mood pun tak de nak jenguk blog. Betol la kata orang idup ni kalau tak dak dugaan macam tak sempurna ja idup. perasan celaru, sakit hati, frust, geram smuanya bercampur sekali. 1"st time aku rasa teruk yang teramat sangat. badan jadi flat, tak bermaya, smangat makin kurang dan tak da mood nak wat kerja. menangis adalah jalan yang terbaik buat aku pada masa tu. sib baik ada kengkawan yang sudi dengar masalah ku dan tempat tuk aku luahkan perasaan. buat kak lin & kak noor thanks a lot coz sudi kongsi bahu tuk ku menangis dan sudi jadi tempat tuk ku luahkan apa yang tersirat dihati. smangat kalian banyak bantu aku tuk kembali seperti sediakala.

28.05.2009
aku amik keputusan tuk balik kg. Agak mengejut juga apa yang aku wat tapi aku pikir ni mungkin jalan yang terbaik wat masa ni. Lupakan sementara apa yang terjadi. Kebetulan plak pak long wat kenduri kat kg maybe sikit sebanyak tue dapat bantu aku tuk pulih semula. Tapi bukan senang tuk atasi smua tu.

30.05.2009
Aku rasa macam makin lemah bila di kg.macam bercuti tanpa hati dan perasaan. Hari ni kenduri kat umah pak long, rasa macam berat hati nak pergi tapi kebetulan dah ada kat kg. tak sampai hati pula kalau tak pergi. Gagah juga la pergi tapi sekadar tunjuk muka ja. Tiada mood langsung nak sama-sama memeriahkan majlis, sekadar jadi pemerhati majlis sahaja.......pak long maafkan aku......aku tak mampu merubah keaadaan tuk jadi ceria pada saat nie.

31.05.2009
Masa tuk balik ptrjaya, rasa macam malas nak balik umah tak tau nape mungkin aku blom cukup kekuatan lagi. Umah kc jadi sasaran ku. Thanks kc coz bagi tumpang kat umah.

Thanks a lots pada smua........skali lagi aku banyak susahkan kalian

Saturday, May 23, 2009

GSC Alamanda

GSC Alamanda, Putrajaya - 22.05.2009 (9.00pm)

Syurga Cinta

Semalam aku, kak lin, noorul p tengok cita ni, memang best la.feeling betol aku tgk cita ni. jalan cita yang simple tapi betol-betol terkesan dalam jiwa nie. yang pasti aku suka cita ni & tak mustahil aku akan tengok untuk kali ke 2....he...he.....

Thursday, May 21, 2009

Happy Bestday, Selamat Pengantin Baru & Salam Perpisahan

sambutan bulan ni agak simple maklumlah kekangan masa & kerja. walaupun simple tapi penuh makna bagi aku coz aku berjaya hasilkan cupcakes untuk jamuan kali ni. ni percubaan pertama aku slps blajar dari otai-otai cup cakes kat opis. alhamdulillah menjadi tapi masih banyak yang perlu kupelajari. pada smua yang membantu aku dalam menghasilkan cup cakes ribuan terima kasih ku ucapkan atas bantuan kalian. inilah yang terhasil dari bantuan kengkawan :-

Menu Sambutan Bestday

Insan Yang Diraikan
Selamat Hari Lahir
Pn. liza
Kak Aishah

Selamat Pengantin Baru

Liza

Salam Perpisahan

Cc Ramli
Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis kali ni.

kota kinabalu

Lamanya tak menulis kat sni, rindu memang rindu tapi kekangan masa. so hari ni aku masa terlebih sikit so tangan pun mula gatal-gatal. awal bulan 5 aku berlepas ke k.k atas tuntutan kerja. rindu juga kat k.k dah hampir setahun tak ke sana. plan kali ni nak jumpa teman lama disana. rindunya kat dia.

Hadiah Untuk Ibu Tersayang
seminggu kat sana.....waaah......dapat la aku shopping hadiah hari ibu utk ibu tersayang

Mini Putrajaya
Ini lah mini Putrajaya, jangan tak percaya kat sana pun ada mini putrajaya. patut la bila aku maklumkan dari Putrajaya orang sana slalu conpius dan bertanya balik "dari mini putrajaya ka?". so ini lah jawapannya............
Tanjung Aru
Tanjung Aru salah satu lagi tarikan kat sni, pantainya memang cantik dan makanan kat situ pun best2. aku memang peminat jus avacado, bla kat sni siap order jus avacado gelas besar lagi. tau tak gelas besar kat itu unpuma jag air kita kat semenanjung. den hanya mampu abiskan separuh ja dari gelas tu, tapi memang sedap la.........satu lagi tarikan kat sni jagung rebus, nampak cam biasa ja tapi bla rasa memang sedap.......

Pearl Habour
kalau kat sni setakat masuk tengok je la, nak stay rasa macam tak mampu, bukan taraf ku utk stay kat sni.............

Kundasang
ini lah antara tempat yang sangat ku impikan kalau datang ke sabah. aku bersyukur akhirnya dapat juga aku jejak kaki di sini. pemandangan di sini amat mengasyikkan. rasa macam nak duduk lama-lams ja kat situ. pemandangannya memang mengasyikkan


Tapak Bermulanya Pendakian Gunung Kinabalu
inilah juga antara tempat yang paling aku suka. memang hajat nula-mula sampai nak jejakkan kaki kt sni. kalau nak mendaki rasanya memang tak mampu at least bleh jejak kaki kat tapak permulaan pendakian pun kira o.k laa....

03.05.2009 - 09.05.2009 kekal dalam ingatan