Monday, January 12, 2009

sejarah 01.01.2009

sejarah seumur hidup tercatat dalam dairi pembukaan tahun 2009. Tanggal 01.01.2009 buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku gg aku kena cabut. mungkin pada pandangan orang perkara tu biasa tapi bagi aku inilah kali pertama aku kena cabut gg. yang geramnya doktor tu cabut gg time aku sakit + gusi aku bengkak. biol kot doktor tu. sebenarnya dari kecik lagi aku memang boleh dikategorikan sebagai orang yang paling takut untuk cabut gigi. alhamdulillah selama ni gg aku tak pernah ada yang rosak. kalau ada pun gg tu patah sebab waktu kecil aku ni ganas skit. maklumlah dibesarkan dikalangan adik beradik lelaki.
penangan cabut gg memang dasyat, gusi aku makin sakit dan dah hampir dua minggu aku menanggung kesakitan hanya tuhan ja yang tahu sakitnya. seminggu aku tak tidur lena malam akibat menahan sakit. kalau telan ubat tu tak payah cakap la sampai dah nak termuntah bila tengok ubat. ari-ari kena telan ubat. kalau tak seharian la aku terpaksa menahan sakit. mulut pulak susah nak buka, nak makan pun susah hanya bubur nasi dan air susu ja makanan aku. dah la bubur nasi tu makanan yang paling aku tak suka, tapi akibat penangan gg + gusi yang sakit, bubur pun bubur la kalo tak makan aku pasti kelaparan vs kebulur.
minggu kedua sakitnya dah kurang sikit tapi still susah nak makan. tapi kalo nak makan juga pas makan sure aku kena telan ubat tahan sakit. sakit gg menyebabkan aku hidup terkurung dalam rumah 2 minggu. bosan tak yah cakap la. macam terkurung dalam gua plak. nak kluar jalan dah tak daya. hisss.......memang dasyat pembukaan tahun baru aku. hingga saat ini pun gg aku belum sembuh sepenuhnya.
jumaat lepas aku p klinik untuk check balik gg dan gusi. dukacita dimaklumkan yang gg bongsu aku plak tumbuh time ni. patut la sakit tu makin menjadi-jadi. doktor minta aku datang lagi jumaat ni untuk check perkembangan gg aku dan silap-silap aku mungkin kena wat minor operation untuk buang gg bawah, kalau tak buang, peluang untuk aku terus sakit memang cerah. hai.....ni satu lagi benda yang aku ngeri "operate". tapi aku terpaksa kuatkan semangat la, kalo tak operate maybe aku akan berterusan macam ni, lagi teruk.
bila aku pikir balik dan bandingan sakit aku ngan mangsa perang ghaza aku mula terpikir sedang aku baru sakit gg + gusi dah macam ni macamana dengan mangsa perang ghaza terutamanya baby. lagi kesian dan lagi menderita dari aku. dalam keadaan aku yang sakit ni masih ramai lagi yang sakit teruk dari aku. sepatutnya aku bersyukur coz aku cuma sakit macam ni tapi dia orang lagi menderita. dari situ aku kuatkan semangat yang aku patut lebih tabah hadapi sakit ni sebab ada orang yang lagi teruk sakit daripada aku.......maybe ni dugaan pertama pada aku........

1 comment:

  1. uihh...muhasabahsarawak diri nih..bagus...bak kata puan lin, kifarah atas kesilapan sepanjang tahun lepas...hehhe..
    sabau je la...acik tau...mesti cik ida rasa nak pelangkung je acik yg golakkan ketembaman pipi cik ida yg bengkak tu...hahah..dan acik terus gelak...sebab acik belum tumbuh gigi bungsu lagik...kakakka...

    ReplyDelete