Saturday, July 11, 2009

apa yang sesuai?

Minggu depan ada mesyuarat cawangan dan sambutan bestday warga CLDP. Seperti biasa, bab mencari hadiah aku la yang perlu lakukan. sampai hari ni aku masih blurrr nak bli apa tuk dia org. dah beberapa hari ku pikir tapi lom dapat jawapan hadiah yang bersesuaian.
kak lyn ada cadangkan hadiah tuk perempuan tu blikan shawl. bila dipikir2 menarik juga tu.....rasanya mmg tu yang akan ku beli. tetapi tuk lelaki nak bli apa ek?????susahnya..........mmg la kalau datang bab hadiah tuk lelaki ni susah btl la.....dengan budget yang limited tu apa yang sesuai tuk dia orang pun tak tau. pening juga ni nak cari. tapi tak pa....sok aku akan start operasi tuk cari smua hadiah dia orang. dalam minda dah ada list beberapa tempat yang akan ku tuju. harap-harap aku dapat smua yang kucari esok.
harap-harap mereka suka dengan apa yang aku bli nanti.........

Wednesday, July 8, 2009

teroka kedai perabot

semalam pas geja en. lan ajak g survey perabot umah sebab dia masuk umah baru. tanya bos, dia cakap try survey kat taman equeen or cavenzi balakong. so kita orang kluar la bertiga (+ kak lyn) tuk suyvey. pas waktu geja amik kak lyn kat umah & trus gerak. 1'st tempat kami p taman equeen, kedai perabot tu dalam pasar borong selangor. survey punya survey tak banyak perabot yang berkenan di hati, lagipun harganya agak mahal compare dengan design perabot yang ada. dah puas survey pastu amik keputusan tu ke cavenzi balakong. tapi.......masalahnya tiga-tiga orang tak tau jalan nak p cavenzi balakong. so kak lyn pun call la bos sebab bos ja yang tau jalan. so pas dapat direction dari bos kami truskan perjalanan. kelakar ja bos bagi "ikut jalan trus sampai dah tak bleh trus lagi pastu belok kanan sampai la simpang balakong" he...he...he....kita orang pun ikut la arahan bos. lagi tak jumpa jalan yang tak bleh trus, kami jalan je.ini kira main redah je la.....tapi dugaan juga la. dah la main redah tambah plak jalan jem & ujan.dugaaaannnn..................
pas dapat direction, confident la sikit nak cari cavenzi. mulanya dah hampir nak sampai tapi tetiba ja salah masuk simpang so terlepas la pulak jalan nak ke cavenzi.....sabar je la.ntah mana2 jalan plak kami masuk, time tu nak telefon bos pun dah rasa malu coz dia dah bagi direction yang betul tapi sebab kelalaian kami trus sesat. hari dah makin gelap rasa macam susah ja nak cari tempat, kalau kita tau tempat tu tak pa, masalah sekarang kami tak tau tempat tu. tapi semangat untuk shopping perabut yang berkobar-kobar tu kami main redah je......tawakal....
akhirnya redah punya redah sampai la juga kat cavenzi. perasaan suka tak dapat digambarkan. akhirnya setelah 1 1/2 jam mencari kami jumpa juga tempatnya yang dicari.
best juga shopping kat cavenzi, barang-barang dia menarik, sib baik aku kuat semangat coz matlamat aku cuma untuk menjadi driver ja ari ni bukan tuk shopping....en. lan dah berkenan satu sofa tu.....macam jadi je nak amik.kul 9 kami gerak balik ptrjaya. plan nak balik trus tetapi tetiba ja dapat idea tuk compare harga cavenzi balakong & cavenzi alamanada. so trus wat keputusan tuk ke alamanda. niat tuk survey harga cavenzi kat situ tergendala bila lihat cara sales man dia layan customer macam nak tak nak ja. dah la harganya lebih mahal dari cavenzi balakong pastu d'biarnya kami tunggu kat c'tu hampir setengah jam. tercongok kami kat situ. last-last dah give up tunggu kami pun cabut je la. maleh nak tunggu lagi.last-last en.lan amik keputusan tuk bli sofa yang kat cavenzi balakong.

pas kluar dari alamanda baru la terasa laparnyerrrrr..........so sblm balik perlu cari destinasi utk isi perut dulu. walaupun dah lewat tuk makan malam tapi still kena makan juga sbb perut dah berbunyi.pas makan trus hantar en. lan & kak lyn balik,hampir pukul 11.30 mlm baru sampai umah.hu...hu....baru la rasa penatnyerrrrrr.

Tuesday, July 7, 2009

tetiba ja terpikir......

Marah................
Kadang-kadang bila kita luahkah rasa marah tu ia baik juga tuk kita,ia umpama satu terapi juga. kita keluarkan segala apa yang terpendam tapi mesti kena pada tempatnya. Kadang-kadang kita cuba tuk kawal rasa marah dan selesaikan secara diplomasi tapi sesetengah situasi cara itu tak sesuai.
dalam sesetengah perkara, mungkin kita menganggap ia cuma teguran untuk kebaikkan tapi pandangan dan tafsiran org berbeza-beza. Susah juga nak menegur orang, bukan la nak katakan kita pandai tapi situasi tertentu membuatkan kita perlu menegur dan adalah tanggungjawab kita tuk membetulkan apa yang tak betul.
Kadang-kadang tu temparature naik juga. rasa marah trus datang.....kita pulak disalahkan bila cuba menegur sesuatu perkara tu. Huuuhhhh geram betol la.......

dairi minggu lepas

Mandi Laut....
Minggu lepas mandi laut kat p.d. dah 2 minggu aku berkampung kat p.d tu demi kerana tugas & Kali ni aku berjaya ajak kak noor mandi laut. Bukan senang nak ajak dia coz dia ni penakut air, bukan malas mandi tapi dia fobia ngan laut dan kolam..tapi lastweek dia mandi laut. He...he..ada perkembangan yang menarik tu. Nampak cam dah tak fobia ngan laut lagi sebaliknya makin bersemangat tuk mandi laut. Bukan main sronok lagi kak noor mandi laut, best btl tgk kak noor. Ptg je dah tak sabar2 nak p laut. Pasni sure dia dah tak sabar nak blajar berenang.....chai’yok....chai’yoook.......
Laut kat selesa beach ni mmg best pantainya cantik, air pun bersih. selalunya kami bertiga mandi laut, aku, kak noor & ied. Meriah tau......sepatutnya ada 2 lagi kengkawan merangkap bodyguard kami mandi laut tapimalangnya dia orang jarang bleh join kami sebab kekangan masa
Pas mandi laut kononnya nak balik blk ikut jln shortcut mls nak lalu swimming pool sbb ramai sgt. Kak noor ckp kalau nak ikut jalan shortcut kena balik sblm 7 mlm sbb pastu dia tutup jalan tu. bagitau kak noor tak pa kita balik la sblm kul 7 tapi kalau dia tutup kita panjat ja pagar tu wat mcm zaman kanak-kanak dulu. He...he....terkejut kak noor, tapi aku ckp o.k la tu bukan selalu kita leh wat mcm tu atleast bleh imbau balik zaman kanak2 yang nakal dulu2.bila di ingat2 rasa rindu la pula pada zaman dulu2.
Tapi.........bila dah masuk laut dah tak hingat nak naik pulak.......alih2 kul 7 lebih baru kami naik, masing2 tak da jam so tawakal ja ikut jln shortcut, tgk2 jalan dah tutup, ingat nak panjat ja pagar tu tapi lucunya camna nak panjat pagar tu tinggi kita orang bertiga ni pendek2 so terpaksa la balik ikut swimming pool juga. Hampeh tol cepat bebenar pintu tu tutup siap kunci ngan mangga plak tu. Sampai bilik berebut toilet plak ngan kak noor sbb masing2 nak masuk dulu sejuk kebasahan dan kelam kabut nak bersiap tuk p dinner & setup bilik ceramah. Tapi best walau sesibuk mana kami tapi masih sempat luangkan sedikit masa utk rest minda........at least leh kurangkan sikit tension dan serabut kat kepala ni.....