Wednesday, November 18, 2009

suasana baru

semalam ngan hari ni aku dah mula tinggal sorg kat sting village....ada penghuni baru tapi cuma blom mesra lagi. rasa sunyi plak bila tinggal sorg2 kat sting village, tingat time kemeriahan dolu2....aduh rindunya aku pada ex2 penghuni sting village......tingat time aku buli kak b, time kena tegur ngan kak nora coz slalu gaduh ngan kak b, time aku kena mrh ngan kak zimah coz kacau dia time dia busy, time kita org slalu terlupa jija bla nak p bli mkn.......huhhhh....smua tu dah jadi kenangan sekarang dah tak leh nak putar balik cam dolu2.

kalo masa leh putar balik nak ja aku rakam semula smua yg berlaku dan aku jilidkan jadi satu memori indah tapi tu angan2 je la, mana mungkin bleh patah balik.hu...hu....hu....

Monday, November 16, 2009

Betulkah tindakan ku?

Kadang kala kita bertindak agak keterlaluan dalam memutuskan sesuatu perkara atau hukuman. Mungkin time tu emosi menguasai minda, kerana pengalaman lama membuatkan kita rasa mengapa ia perlu berlaku kepada org lain???ketika itu rasa geram + sakit hati bercampur aduk. Ketidakpuasan hati lahir kerana kita juga pernah mengalami benda yang sama. Kita tahu macamana sakitnya & deritanya nak menghadapi semua tu dan kita tak mengharap orang lain mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita alami.
Mungkin juga cara kita salah, akibat pengalaman lalu membuatkan kita agak sensitive dalam menangani perkara ini. sebagai pendengar kita tak merasai sangat apa yang dirasakan oleh org yang mengalaminya cuma kita berpegang kepada pengalaman lalu……..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai taksiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Walau apa pun yang terjadi, kita harus kuat terima apa jua keadaan yg mendatang, jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berulang lagi. Moga kita kuat dan tak kecundang lagi bila ianya dtg kembali. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Moga kita tak menjadi seperti lalang berubah mengikut arah angin.........

Thursday, November 5, 2009

friend

kadang-kadang kita kena percaya juga ngan 3 alphabat yang belakang tu. kadang kala bukan kita jangka benda tue terjadi tapi secara tak sengaja mungkin ia terjadi. time tu nak salah siapa, kita ke or kawan kita?
hemmm.......ntah la. macam satu bait lagu tu "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang", lagu slam kalo tak silap aku. cuma yang peliknya aku xtau sbb musababnya, tu yang aku tak puas hati. bukan tak mau amik tau tapi orang yg tak mau bagi tau. kalo tanya lebih2 kang ckp aku busy body plak! tapi geram la juga kan time macam ni. Geramnyerrr.......................................kalo tak puas ati ngan aku cakap la, ni menyepi je. drastik plak tue.pada c'S aku mmg geram kat hang.................