Monday, December 14, 2009

Bingkisan ujung minggu.........

Yea…ujung minggu muncul lagi. Rasa best sgt coz plan nak rest sepuas2nya coz badan dah flat sangat seminggu bekerja. Minggu depan ada majlis 3 serangkai “majlis naik pangkat bos2, tamat kontrak PKS dan sambutan bestday”. Seperti biasa smua persipan kena siapkan secepat mungkin. Mulanya ingat bestday 3 org ja tup2 uper2nya 4 org termasuk staff baru sorg lagi. Aduhhh……..sakitnya kepala nak cari 1 lagi hadiah bestday. Yang lain smuanya dah bli lastweek, dah la hadiah tu smua berbeza tempat, 1 di nilai & 1 kat kajang. Kang kalo bli tak sama tak best la plak.nak tak nak time lunch ari jumaat terpaksa la bergegas ke nilai cari hadiah. Aduh……penatnya mcm nak pengsan terkejar2 dalam masa yang singkat. Pas waktu kerja ari jumaat tu aku tak blk trus coz bdn tak larat sgt, nak drive pun dah rasa tak mampu so rest jap dulu kat opis, 6 lebih baru aku gerak blk. Aku dah Nampak bantal kat umah…..cepat la sampai……….

Sabtu………..
Pagi sabtu btl2 mls nak p opis tp kena p juga coz ada geja yg blom settle sambil tu hadiah bestday pun blom bungkus lagi.hu3….byknya geja aku. hingga tghari aku berjaya siapkan smua geja ku, Alhamdulillah. So skrg time nak bungkus hadiah plak. Tetiba handset berdering, alamak member ajak p lunch plak, camna nie geja byk lagi. Dah brapa kali aku cancel nak p mkn ngan dia gara-gara kesibukan tp nak wat camna bkn sengaja pun. Kali ni pun kena cancel lagi coz target aku pas siap bungkus hadiah aku nak p kajang plak cari hadiah pastu nak p bangi nak bli buah.huu…..banyaknya geja ku. Nama ja ari cuti tapi rutin kerja still banyak.




Bila pikir blk cian plak kat member coz dah byk kali cancel mkn. So aku plan ajak dia p pasar malam tapi kul 8 la coz xtau lagi kul brapa nak blk dari kajang,sib baik dia o.k ja. Dah lama aku tak jumpa dia rasanya dah hamper ½ tahun kot. 4.30 ptg aku drive p kajang, susahnya kalo p kajang coz bkn setakat brg opis yg akan ku bli brg tuk diri pasti ada juga. kul 7.00 baru aku sampai blk umah terkocoh2 aku coz nak p psr mlm plak. Janji ngan member kul 8 mlm.

Pasar mlm oh pasar malam………….
Mlm ni target nak cari buah-buahan tuk majlis isnin ni slalunya kat pasar mlm buah lagi murah & segar. Makanan pun kena cari gak coz aku dah kebuluran ni. puas juga la pusing2 psr mlm yg peliknya dia lebih byk shoping dari aku, ni dah kes lawan tokeh. Dah settle bli brg time tuk cari tpt mkn, perut dah berbunyi, trus terbayang kerang bakar.dah lama tak mkn yum….yum…yumm……sedapnyer. ontheway nak blk jumpa ngan classmate uitm dulu, terkezut gak jumpa dia coz dia stay kelana jaya tup2 mlm ni muncul kat psr mlm bangi, jauh tue…..upernya dia dtg umah mak sedara dia kat bangi. Rasanya dah setahun lebih xjumpa dia anak dia pun dah besar. Dia pun terkejut tgk aku & member aku, trus dia wat muka musykil, aku dah agak dah apa soalan dia. Hampeh tol……sure dia pikir yg bukan2.lagi haru kalo tersebar kat member2 lain, teruk aku. Aku dan member aku tak da apa2 pun just a friends tak lebih dari tu..tak pasal2 kita org terjebak dlm satu syak wasangka yg ntah apa2. Member aku nie mmg jenis ckp lepas skit tu yg wat keadaan jadi lagi parah.
Pada aku tak semestinya kalo ada kawan lelaki tu maknanya dia boyfriend kita. Dah lama aku kawan ngan dia dah lebih mcm adik ngan kakak coz dia junior aku.dia pun panggil aku kakak so no feeling lagi. Tapi tu la susah kan bla dah keadaan mcm ni, ada geng lelaki ja trus org anggap p.we susah2….aku lagi selesa bla jadi kawan, bleh kongsi cita kelakar, sedih dan pengalaman. kepala pun tak yah pening & idup pun happy.

Ahad yang memenatkan…..
Hari ni sepatutnya menjadi hari rehat ku sepenuhnya, tapi lain plak jadinya. Kek bestday blom bli lagi, keta blom cuci lagi, beras dan gula tuk majlis lom bli lagi aduhhhhhh……..banyak lagi yg blom selesai, macamana nie????? Pujuk punya pujuk hati akhirnya 2.30 aku gagahkan diri tuk kluar cari smua brg2 tersebut. Tapi nasib aku agak malang, sampai ja kat baker cottage smua kek dah abis.waaaa………camna nak buat ni????mana nak cari kek lagi aku bknnya tau sgt kedai kek. Pikir punya pikir tawakal ja aku redah p bangi cari kedai kek adala kedai yang buka tapi kek aku tak berkenan camna nak buat tue???xpa la aku ronda2 la dulu kalo dah xda sgt terpaksa la juga aku amik kek tue. Blk dr bangi trus basuh keta dan trus ke mydin cari beras tapi malang lagi coz beras 5 kg tak da kat mydin so kena p carefour juga la cari beras. Aduh mcm nak pengsan jadinya.dah la kek tak jumpa lagi. Xpa pas abis bli brg kat care4 aku nak p baker cottage semula kalo2 rezeki aku baik ada la kek kalo idak aku blk rest jap mlm ni kluar cari lagi.
Nampaknya nasib aku agak baik coz ptg tu ada kek.hu3 tak yah pikir byk lagi so amik je la kek mana yang ada dah lewat ni hampir jam 7 ptg. Tapau makanan jap kat kedai mamak pastu trus balik umah, mandi dah pengsan……………….tapi tak pe coz leh tido ngan tenang sbb smua brg dah ada.


14.12.2009 (isnin) - Alhamdulillah ari ni majlis berjalan seperti yang dirancang.walaupun idup ku dua hari sblm ni huru-hara dengan persiapan majlis tapi aku happy sgt bla tgk smua org happy dalam majlis nie.berbaloi juga keadaan huru-hara dua hari tu.he3…….

Thursday, December 10, 2009

"kadang kala kita happy, kadang kala kita sedih"
mungkin betul tindakan kita mungkin juga tindakan kita salah
tak semua tindakan kita boleh diterima orang
baik pada kita belum tentu ia baik pada orang lain.
tiap apa yang kita lakukan ada pro dan kontranya, ada baik dan ada buruknya. perjalanan idup tidak semestinya bergerak pada garisan lurus. adakalanya kita melalui selekoh, adakalanya kita tersalah jalan dan adakalanya kita terlanggar sesuatu. itu smua adalah pengalaman yang perlu kita lalui dalam mencorak kehidupan kita supaya ia lebih baik pada masa akan datang......
kadang kala aku rasa sesuatu itu betol ikut firasat ku, tapi tak sangka plak benda tu buruk pada orang lain. huhhh.....kalau la bleh aku saring sesuatu tu agar smua dapat yang terbaik kan bagus tak la ada yang tercedera/terluka/terasa/terguris/tersentuh/memendam rasa atas apa yang terjadi. mungkin juga tindakan ku agak sinis mengatakan sesuatu/melakukan sesuatu tanpa pikir kondisi org lain. huhhh....smua tu berkemungkinan kan???????so macamnana nak wat ye?niat baik tapi mungkin perlakuan atau penyampian ku tak betol/sesuai/aku yang tak pandai menyampaikan sesuatu menyebabkan ia di salah tafsirkan?nampaknya tahun depan kena la aku mohon tuk p kursus penyampaian yang berkesan agar dapat perbaiki skill skrg.atau mungkin juga aku lebih sesuai jadi pemerhati dari jadi penasihat/pengkritik (zip mulut dari mengatakan sesuatu).
a'aaaa...........mungkin itu yang terbaik untuk aku buat masa ni dan masa-masa akan datang. dari ramai yang tercedera/terluka/terasa/terguris/tersentuh/memendam rasa dengan perbuatan/perkataan/tindakan ku/pandangan ku lebih baik aku diam. tapi berdasarkan sikap ku mungkihkah aku berjaya tuk diamkan mulut ku dalam smua ni??????ntah la........tapi blom coba blom tau.....akan ku usahakan, akan ku cuba ingatkan diriku pasal ni..
......................Chai'yook........................
......................Chai'yook........................
......................Chai'yook........................

Wednesday, December 9, 2009

TiNgGaL KeNaNgAn - SaLeEm

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....

Sukanya lagu ni...........
ntah nape aku betul2 minat lagu ni.1'st time dengar aku dah mula suka sangat...maybe ada tempias kisah lalu kot.he3......poyos betol la.....

Friday, December 4, 2009

perjalan cuti raya........


balik kg baru ni aku first time drive sorg-sorg. mulanya takut gak coz nak drive sorang2 tapi kira tawakal je la. pas subuh aku gerak balik, aku pasang radio kuat-kuat supaya aku tak ngantuk. maklum la sorg2, kalo kita leka habis la.......so perlu lebih berhati-hati drive. sib baik jalan tak jem, maybe ramai yang gerak balik petang khamis kot.......alhamdulillah perjalanan hanya ambil masa 5 1/2 jam saja. yea.......aku dah sampai kg.......yang peliknya kat highway jalan tak jem tapi bila masuk jalan pekan pendang, mak oiii..........teruknya jem ngalahkan highway.maybe smua orang tengah shoping barang persiapan tuk raya esok. so aku pun amik peluang singgah kat pasaraya tuk bli apa-apa barang yang patut tuk esok.

sampai rumah barulah terasa betapa penatnya, aduh macam nak pengsan. perut pun kelaparan tambah-tambah lagi bila nampak masakan mak, rindunya........plan nak rest jap coz badan masih sengal-sengal lagi pas drive lama tetiba ja adik bgtau yang malam ni ada makan2, nak bakar sate dan panggil sedara mara tuk makan. terkejut gak, apa mimpi mamat ni nak wat makam2 mlm ni, uper2nya nak test skill wat sate coz 1'st time dia wat sendiri sate ayam. mak plak dah mula wat kuih muih tuk malam ni. wah.....nampaknya open house awal la raya aji ni. yang lagi best my cousin dari perak pun balik gak & mak sedara yang kat rumah pun wat makan-makan gak dekat umah dia, makan laksa.yum...yum...sedapnyer,

ni betol-betol makan.....malam tu mmg meriah la bila ramai sedara yang datang...apa lagi kalo dah ramai-ramai kumpul maka lagi la kecoh.......malam tu mmg kekenyangan la.....alhamdulillah rezeki murah malam raya.
raya pertama disambut secara sederhana saja, ada open house kat padang dekat umah. dah jadi kebiasaan warga kg tuk wat open house time raya aji tapi aku tak p pun, maleh la....ntah nape aku rasa cam maleh ja nak beraya. my cousin ajak gak tapi mcm2 alasan aku bagi tuk ngelak dari join,hu...hu....maybe aku takut terima soalan-soalan yg pelik2 kot. petang tu pak sedara dtg umah ajak p beraya umah sedara2 so nak tak nak kena ikut juga la, kami konvoi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sampai malam baru balik umah. aduh.....penatnyer.....tapi best gak time ni la leh jumpa sedara-sedara yang jarang jumpa.
raya kedua dah start ada kenduri korban. kebetulan mak cik sebelah umah wat kenduri arwah & akad nikah anaknya & kakak dkt umah yang sorang lagi pun wat kenduri bertunang anaknya. mana satu yang nak p tolong ni. last2 mak cakap kita p sorang satu umah la. aku p umah makcik sblh umah & mak p umah kakak yang sorg lagi. satu ja bila p kenduri aku doakan soalan2 yg pelik tu takkan kluar. tapi biasa la dalam ramai-ramai tu sure akan kluar juga soalan cepu mas tu. terkedu gak aku bila time berkumpul ramai-ramai tu terkeluar gak soalan tu. tak sukanya aku............aku jadi blurrrrr tak tau nak jawab pa bla diajukan soalan tu. sib baik, kak sal (kakakk sblh umah) tolong back up aku bila disoal soalan cepu mas tu. Thanks kak sal coz tolong selamatkan aku pagi tue. kalo idak mati kutu aku nak cari jawapan yg sesuai. ingatkan tak da lagi soalan tu, tapi mmg tak leh nak elak tol......arap-arap pas ni tak da lagi soalan tu.
tengahari tu time makan, makcik aku tanya nape aku tak pi open house kat padang?aduhhhh......apa lak alasan yg nak aku cipta ni?tak sangka plak soalan ni yang timbul.sib baik dalam kelam kabut tu ada gak idea nak klentong, tapi tak selamat gak coz dia suruh p umah dia juga malam ni coz dia nak wat makan2 skit. aduhhh.............camna nak wat tu????kali ni dah tak leh nak ngelak lagi so kena paksa diri p juga la. moga tak da lagi soalan yg pelik2 macam siang tadi.
raya ketiga aku nak p ronda alor star, dah lama tak jalan-jalan. kononnya tak mau ikut highway, nak ikut jalan biasa dah lama tak tengok pemandangan kg, tapi malangnya jalan jem teruk macam nak patah kaki aku. nyesal plak tak ikut highway....tapi tak pa la janji aku leh tgk pemandangan kg yang cantik.......
Isnin mak dah warning tak leh p jalan2 lagi, ddk umah rest coz sok dah nak drive balik ptrjaya. ala kejapnya rasa cuti..............takpa2, bulan 12 ni balik lagi.....