Thursday, December 31, 2009
tirai 2009 akan berlabuh............
Wednesday, December 30, 2009
dugaan..........
tabahkan lah hati ini moga aku kuat hadapi dugaanmu....
kuatkan hati dan iman ku moga aku cekal hadapi semua ni
Tuesday, December 22, 2009
life is simple
Wednesday, December 16, 2009
Renungkanlah..........
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Tuesday, December 15, 2009
renungan 15.12.2009
Monday, December 14, 2009
Bingkisan ujung minggu.........
Sabtu………..
Pagi sabtu btl2 mls nak p opis tp kena p juga coz ada geja yg blom settle sambil tu hadiah bestday pun blom bungkus lagi.hu3….byknya geja aku. hingga tghari aku berjaya siapkan smua geja ku, Alhamdulillah. So skrg time nak bungkus hadiah plak. Tetiba handset berdering, alamak member ajak p lunch plak, camna nie geja byk lagi. Dah brapa kali aku cancel nak p mkn ngan dia gara-gara kesibukan tp nak wat camna bkn sengaja pun. Kali ni pun kena cancel lagi coz target aku pas siap bungkus hadiah aku nak p kajang plak cari hadiah pastu nak p bangi nak bli buah.huu…..banyaknya geja ku. Nama ja ari cuti tapi rutin kerja still banyak.
Bila pikir blk cian plak kat member coz dah byk kali cancel mkn. So aku plan ajak dia p pasar malam tapi kul 8 la coz xtau lagi kul brapa nak blk dari kajang,sib baik dia o.k ja. Dah lama aku tak jumpa dia rasanya dah hamper ½ tahun kot. 4.30 ptg aku drive p kajang, susahnya kalo p kajang coz bkn setakat brg opis yg akan ku bli brg tuk diri pasti ada juga. kul 7.00 baru aku sampai blk umah terkocoh2 aku coz nak p psr mlm plak. Janji ngan member kul 8 mlm.
Mlm ni target nak cari buah-buahan tuk majlis isnin ni slalunya kat pasar mlm buah lagi murah & segar. Makanan pun kena cari gak coz aku dah kebuluran ni. puas juga la pusing2 psr mlm yg peliknya dia lebih byk shoping dari aku, ni dah kes lawan tokeh. Dah settle bli brg time tuk cari tpt mkn, perut dah berbunyi, trus terbayang kerang bakar.dah lama tak mkn yum….yum…yumm……sedapnyer. ontheway nak blk jumpa ngan classmate uitm dulu, terkezut gak jumpa dia coz dia stay kelana jaya tup2 mlm ni muncul kat psr mlm bangi, jauh tue…..upernya dia dtg umah mak sedara dia kat bangi. Rasanya dah setahun lebih xjumpa dia anak dia pun dah besar. Dia pun terkejut tgk aku & member aku, trus dia wat muka musykil, aku dah agak dah apa soalan dia. Hampeh tol……sure dia pikir yg bukan2.lagi haru kalo tersebar kat member2 lain, teruk aku. Aku dan member aku tak da apa2 pun just a friends tak lebih dari tu..tak pasal2 kita org terjebak dlm satu syak wasangka yg ntah apa2. Member aku nie mmg jenis ckp lepas skit tu yg wat keadaan jadi lagi parah.
Pada aku tak semestinya kalo ada kawan lelaki tu maknanya dia boyfriend kita. Dah lama aku kawan ngan dia dah lebih mcm adik ngan kakak coz dia junior aku.dia pun panggil aku kakak so no feeling lagi. Tapi tu la susah kan bla dah keadaan mcm ni, ada geng lelaki ja trus org anggap p.we susah2….aku lagi selesa bla jadi kawan, bleh kongsi cita kelakar, sedih dan pengalaman. kepala pun tak yah pening & idup pun happy.
Ahad yang memenatkan…..
Hari ni sepatutnya menjadi hari rehat ku sepenuhnya, tapi lain plak jadinya. Kek bestday blom bli lagi, keta blom cuci lagi, beras dan gula tuk majlis lom bli lagi aduhhhhhh……..banyak lagi yg blom selesai, macamana nie????? Pujuk punya pujuk hati akhirnya 2.30 aku gagahkan diri tuk kluar cari smua brg2 tersebut. Tapi nasib aku agak malang, sampai ja kat baker cottage smua kek dah abis.waaaa………camna nak buat ni????mana nak cari kek lagi aku bknnya tau sgt kedai kek. Pikir punya pikir tawakal ja aku redah p bangi cari kedai kek adala kedai yang buka tapi kek aku tak berkenan camna nak buat tue???xpa la aku ronda2 la dulu kalo dah xda sgt terpaksa la juga aku amik kek tue. Blk dr bangi trus basuh keta dan trus ke mydin cari beras tapi malang lagi coz beras 5 kg tak da kat mydin so kena p carefour juga la cari beras. Aduh mcm nak pengsan jadinya.dah la kek tak jumpa lagi. Xpa pas abis bli brg kat care4 aku nak p baker cottage semula kalo2 rezeki aku baik ada la kek kalo idak aku blk rest jap mlm ni kluar cari lagi.
Nampaknya nasib aku agak baik coz ptg tu ada kek.hu3 tak yah pikir byk lagi so amik je la kek mana yang ada dah lewat ni hampir jam 7 ptg. Tapau makanan jap kat kedai mamak pastu trus balik umah, mandi dah pengsan……………….tapi tak pe coz leh tido ngan tenang sbb smua brg dah ada.
Thursday, December 10, 2009
Wednesday, December 9, 2009
TiNgGaL KeNaNgAn - SaLeEm
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....
Sukanya lagu ni...........
ntah nape aku betul2 minat lagu ni.1'st time dengar aku dah mula suka sangat...maybe ada tempias kisah lalu kot.he3......poyos betol la.....
Friday, December 4, 2009
perjalan cuti raya........
Wednesday, November 25, 2009
Balik kg oh balik kg……………..
Kat opis suasana dah mula sunyi coz ramai yang dah start cuti. Aku jd g baik kali ni coz lbt cuti. He3………macam tak cayakan?????sebenarnya aku bukan tak mau cuti awal tapi masalahnya aku xleh cuti coz haul 28 hari aku blom cukup lagi. Hari ni last day 28 hari tu so esok start merdeka…..jeles juga aku tengok ramai yang dah mula cuti. Tension pun ada gak. Niat jahat ku smlm nak e.l ja ari ni tapi terbantut bila dpt tau yg time pemangkuan mana leh e.l or cuti. So kena sabar je la menghitung masa……tu la niat jahat sure tuhan tak makbul.
TAPI……..
Bila pikir pasal nak balik kg, pasti ada rasa suka dan dukanya. Rasa sukanya bila time memikirkan syoknya nak balik kg dan bila duka + tension skit2 bla time dah ada kat kg, pasti wujud soalan2 bonus yang bleh wat mood aku sepoi dan pasti merosakkan mood aku sepanjang cuti nanti mcm yang terjadi time raya puasa ari tu. Tu yang aku tak tahan, tekanan tu sure akan ada. Bila ingat semua tu, semangat balik kg aku merudum skit. Bla pikir pasal tu, hati jahat ku berkata “kalo btl mcm tu, tak blk kg pun tak pa” huhhhhh….tension. dan yang paling menakutkan aku kalo jangkaan jiran SV aku semasa raya puasa ari tu berulang kembali. Tapi aku berdoa agar benda tu tak terjadi kali ni. kali ni suara hati ku agak jahat mendoakan agar hamba Allah itu tak wujud / datang berhari raya di rumahku. Ku pohon ampun pada mu ya Allah sbb mendoakan perkara yang tak sepatutnya. Tapi rasanya inilah cara terbaik untuk aku. Aku belum cukup kuat tuk terima ujian ni sekali lagi dan aku tak mau kenangan yg dah aku tanam timbul kembali.
Hu3………..terlebih feeling la pulak. ieieie……………nyampahnya, lupakan-lupakan…….sekarang ni dalam kepala ku aku kena settlekan geja-geja yang ada sebelum cuti. Kalo idak, habis la aku…………………
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA…………
JUMPA LAGI LPS RAYA…………….
Persinggahan……………
Banyak hari juga tak conteng kat blog. Rasa rindu plak nak conteng & membebel kat sni. Cuma masa tak mengizinkan aku tuk slalu singgah di sini. Kuantiti kerja ku secara automatic menjadi 2 kali ganda bln ni menyebabkan aku tak sempat jengah blog. Nampak cam biasa ja kan, bukan bertambah 10 kali ganda pun Cuma tambah satu program ja. Sikit je tue…………..TAPI tak sangka lak yang sikit tu la yang banyak bagi tekanan & cabaran yang paling hebat kat aku. Sblm ni aku jaga program yang jumlahnya besar tapi tak la banyak karenah banyak yang baru ni. maybe jaga org bijak pandai ni mmg susah tol. Tapi bukan smua camtu. Kerana segelintir yang macam tu smua dpt tempiasnya kan, cian btl…..
Maybe sblm ni aku concentrate pada satu ja so aku tak terasa sgt tekanannya. Kali ni aku kena kongsi konsentrasi geja yang sedia ada dan cover satu lagi geja sebab tue kot tekanan makin besar. Sting Village (SV) dah ku tinggalkan minggu lepas & minggu ni aku masih cuba membiasakan diri ngan tempat baru. Mana taknya dalam satu masa banyak perubahan yang berlaku. Sekarang ni SV agak sepi tak macam dulu. Dulu tempat tu adalah port utama kami berkumpul tak kisah la tuk makan, nak release tension pasal geja or sbg tempat luahan rasa tak puas hati. Kini tempat tu dah jadi sunyi dah jarang lagi dijadikan port utama sampaikan bos merangkap jiran baru aku sekarang pun bleh wat luahan rasa pasal port SV yang dah makin sepi skrg. Maklumlah penghuni asal SV smua dah tak da. Sekarang ni smuanya penghuni baru so nak dapat balik keserasian dan keceriaan tu lambat la skit.
Pada masa ni,aku perlukan masa tuk membiasakan diri dengan suasana baru ni. belajar terima suasana kerja yang lebih tenang berbanding dulu. Belajar terima kesunyian opis skali-skala TAPI aku lom mampu tuk blajar kurangkan sikap membuli tu coz sekarang aku ada sasaran baru tuk buli iaitu anak-anak buah aku dan anak-anak buah angkat ku…..he3………
Minggu ni agak membosankan bagi aku, Kalo dulu mulut akulah juara membebel mcm susah ja nak berhenti coz ada ja idea yang aku cari tuk kacau orang especially jiran SV aku la. Kini segalanya berubah, walaupun mulut aku masih membebel tapi tak da la semeriah dulu. Rasa cam bosan lak bila jadi macam tu tapi sib baik la timbunan geja buat aku tak sempat tuk berpikir lebih2 pasal smua tu. yang lagi aku pasti sekarang niaku selalu ja bersemangat tuk balik geja awal kerana badan btl2 terasa penat.
Satu lagi benda sedih minggu ni, MAKAN……… coz waktu makan tengahari pun dah tunggang langgang. Kdg2 ada selera makan, kadang2 malas mengatasi rasa lapar. Yang aku xpercayanya, kalo dulu lom pun sampai waktu lunch hour aku dah lapar dan aku mula la kecoh nak p bli makan. Tapi sekarang rasa mcm terbalik plak jadinya. Sesetengah orang sure suka bila aura makan dah berkurang tapi bukan tuk aku coz ptg bila balik umah ja aku jadi mcm org kelaparan. Time tu mula la perut menyanyi ntah apa2 lagu pun aku tak tau. Kalo camtu camna aku nak diet.
Huhhhhh…………agak sukar juga hidup aku skrg………….tapi kena truskan juga. Chai’yook…………
Friday, November 20, 2009
Wednesday, November 18, 2009
suasana baru
Monday, November 16, 2009
Betulkah tindakan ku?
Mungkin juga cara kita salah, akibat pengalaman lalu membuatkan kita agak sensitive dalam menangani perkara ini. sebagai pendengar kita tak merasai sangat apa yang dirasakan oleh org yang mengalaminya cuma kita berpegang kepada pengalaman lalu……..
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai taksiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Walau apa pun yang terjadi, kita harus kuat terima apa jua keadaan yg mendatang, jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berulang lagi. Moga kita kuat dan tak kecundang lagi bila ianya dtg kembali. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Moga kita tak menjadi seperti lalang berubah mengikut arah angin.........
Thursday, November 5, 2009
friend
kadang-kadang kita kena percaya juga ngan 3 alphabat yang belakang tu. kadang kala bukan kita jangka benda tue terjadi tapi secara tak sengaja mungkin ia terjadi. time tu nak salah siapa, kita ke or kawan kita?
hemmm.......ntah la. macam satu bait lagu tu "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang", lagu slam kalo tak silap aku. cuma yang peliknya aku xtau sbb musababnya, tu yang aku tak puas hati. bukan tak mau amik tau tapi orang yg tak mau bagi tau. kalo tanya lebih2 kang ckp aku busy body plak! tapi geram la juga kan time macam ni. Geramnyerrr.......................................kalo tak puas ati ngan aku cakap la, ni menyepi je. drastik plak tue.pada c'S aku mmg geram kat hang.................
Saturday, October 31, 2009
Permulaan baru............
Ari ni surat penempatan kami akan diberi pada satu majlis yg dinamakan “Majlis Taklimat Pemangkuan & Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Tadbir N32”. Majlis diadakan di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara. Mula melangkah masuk ke dewan tu semua orang berdebar-debar agaknya di mana la penempatan baru masing2g. mungkin aku tak terasa sangat coz dapat pindah keluar atau pindah dalam aku dah tau aku mesti balik ke tempat asal atas tanggungjawabku kepada kerja yang harus ku jalankan. Kalau aku dapat luar aku harus mohon untuk pertukaran kementerian dan kalau aku dapat Kementerian asal hal ini akan memudahkan skit segala urusan. Seramai 242 PPT N27 yg ditawarkan jawatan ni. ramai juga tu, tapi aku agak sedih juga coz ramai lagi kawan2 batch aku (ct, tini, nisah, ina & iwan) yg blom dapat. Aku doakan moga rezeki mereka akan menyusul selepas ni.
Majlis pagi tu dimulakan dengan taklimat dari JPA & sesi soal jawab dan kul 12.30 baru start majlis penyerahan surat penempatan baru. Sorg2 kena naik stage terima surat tawaran, tu yg wat majlis ni nampak unik. Mulanya kami dimaklumkan yg kami tak dibenarkan tuk buka surat penempatan tu sampai semua penerima habis terima surat tapi……..kami telah diberi kejutan yang mana setiap nama yang dipanggil tuk terima surat tu akan dimaklumkan sekali dengan penempatan baru. Waahh……..ni yang buat smua orang berdebar-debar…..kejutan yang dibuat oleh JPA ni mmg best.
Time terima surat tu ada wajah ceria dan juga ada wajah sedih dengan penempatan baru. Tapi nak wat mcmana kita terpaksa akur dengan apa yang telah ditetapkan. Bak kata JPA “terimalah penempatan ni dengan seikhlas hati”. Dalam kami berempat adik bongsu (jija) yang kluar dari KPM. Jija ditempatkan di Kem. Pengangkutan.tinggal lah kami bertiga di KPM. Sedih juga coz dalam berempat sorg ja yg dapat kluar KPM. Kul 2 tghari smua bergerak tuk lapor diri ke penempatan baru. Sedih juga time ni bla ingat dari berempat kami akan tinggal bertiga ja. Tapi nak wat macamana dah tertulis rezeki masing-masing.
Balik ke KPM kami melapor diri BPSM tuk penempatan secara rasmi. Time ni sekali lagi berdebar2 coz nak tau di bahagian mana pula yang akan ditempatkan. Aku tumpang debar bagi pihak kak noor & kak zimah la coz aku dah tau bahagian mana. Bila saja penempatan aku diumumkan dlm majlis tadi aku secara tak rasminya dah tau di mana aku akan ditempatkan.
Atas mslh2 yg tak dpt dielakkan, srt tuk penempatan bahagian hanya dapat keesokkan harinya. Kak noor & kak zimah dapat kat BPSM. Maknanya kami masih dibangunan yg sama cuma berlainan bahagian ja. Kak noor ngan kak zimah sama bahagian Cuma berlainan cawangan ja. Isnin ni masing-masing akan mula melapor diri di bahagian yg telah ditetapkan & bermulalah tanggungjawab kami sebagai PPT N32. Kepada smua all the best kat tempat baru………………….
denylibs09, 30 Oktober 2009
Wednesday, October 28, 2009
28.10.2009 Tinggal kenangan
ari ni last day tuk kami berempat kat BT. mungkin ini lah gambar kenangan terakhir kami berempat kat sni. arap2 persahabatan ni tak kan putus hingga akhir hayat walaupun lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing.
Buat kak zimah, kak noor & jija :-
"friends 4 ever, walau dimana kita berada"
Monday, October 26, 2009
apa sudah jadi...........
Thursday, October 22, 2009
Thursday, October 15, 2009
cerita minggu lepas.........
Weekend minggu lepas banyak open house, sabtu ada open house umah member opis tapi tak dapat p ari tu aku tak ada mood nak p beraya coz sakit hati pasal ari jumaat lom ilang lagi. alih-alih seharian aku merayau sorang2. mulanya aku singgah opis jap settle mana yang patut pastu aku trus mrayau ke serdang pastu langsung ke bangi. aku lepak kat romantika baangi. 1'st time aku singgah romantika bangi, slalunya aku p romantika kajang. tp ari ni dah malas nak p kajang so lepak je la kat situ. tgk brg2 kat romantika leh kurangkan tension aku skit. puas pusing2 kat romantika aku p psr malam bangi. rasa macam kelakar plak aku nrayau ari ni. mcm tak da haluan ja tapi ntah la kalo aku duduk umah pun aku lagi boring. at least aku leh buang masa aku ngan mrayau.......ilang skit boring.
Balik umah kepala dah tak tahan sgt, t'do jap coz janji ngna en.lan & kak lyn nak p 2'nd open house dalam kul 3.30 ptg. sempat la kalo aku nak rest jap. destinasi 2'nd open house umah kak liza kat desa pinggiran. menu dia mmg wat aku xcited sgt, ada lemang ngan rendang. sebenarnya aku mmg teringin sangat nak makan lemang ngan rendang dari ari jumaat lagi tapi mood aku sepoi btl jumaat ari tu sampai ilang selera nak mkn. haa........kali ni leh la aku mkn sepuas hati. banyak juga aku makan mcm tak penah jumpa lemang & rendang plak sblm ni. balik umah ptg tu aku terlena sampai maghrib sbb kekenyangan lemang.
Malamnya rasa bosan sgt, rasa macam nak kluar tapi tak tau nak p mana. bosannya.............ami dah balik upsi, dik wa plak dah p outstation, t.v plak tak da cita best.huhhh..............bosannya.
Tengah lepak-lepak ngadap t.v noorul call tanya ada kat umah tak, bunyi cam pelik ja tetiba ja call tanya ada kat uamh tak pastu gelak2. aku ckp tak da. bukan niat nak tipu tapi aku pelik skit ngan cara dia tue. tup2 jap ja pastu ada org bg salam & ketuk pintu. Uper2nya noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat aku wat suprise bestday aku siap bawa kek bestday lagi
wat noorul, kak chah, kak lyn & anak2 angkat ku thanks a lots 4 the suprise & make me happy.....love u all.
Thursday, October 8, 2009
Lepas geram........
Thursday, October 1, 2009
satu keikhlasan
Wednesday, September 30, 2009
rombongan kota tinggi + majlis ramah mesra aidilfitri
Monday, September 28, 2009
kenangan raya 2009
Alhamdulillah tahun ni dapat sambut raya lagi. Tahun ni mmg happy sbb smua adik bradik dapat berkumpul. abg pun blk raya kat kg. tahun ni. Kira lengkap la ahli keluarga tahun ni. Awal pg raya lagi dah melayan karenah anak buah.Tahun ni beruntung sbb ada dua anak buah Qistina & Ariel, kebetulan abg bawa blk anak sedara dari kuantan sorng beraya d’kedah. Makin meriah la jadinya.
Sambil sediakan juadah pagi tu, kak ipar tanya aku “mak ngah tak p beraya kat umah member ka?” time tu baru aku tersedar yg aku dah tak da kawan kat kg. kawan2 yg dulu smuanya dah ada haluan hidup & family sendiri. Fuhhh…..cepatnya masa berlalu….time tu aku Cuma sengih & gelengkan kepala ja. So raya pertama tu tugas aku melayan tetamu family dtg beraya. Penat giler, ramai sedara yg dtg. So ari tu tunggu umah je la.
Plan ari ni nak p beraya umah sedara2 coz semlm seharian jadi penunggu umah. Baru ja plan sepupu dah call katanya nak dtg beraya kat umah + lunch skali kat umah. Hemmm….cancel lagi plan nak p raya. Sambil pikir2 nak msk pa satu lagi family sepupu dtg. Alang2 dia org dah dtg aku ajak tunggu lunch skali la. Time tgh c’buk2 msk tu sepupu sampai so apa lg dera dia msk skali la. Kalo kita org msk bukan tgn ja b’gerak tp mulut pun sama laju b’gerak. Biasa la bkn slalu leh kumpul ramai2 mcm ni.
Aku geram, benci & sakit hati kenapa dia perlu dtg di saat aku dah mampu tuk lupakan smua tu?aku benci…aku benci….aku benci…..
Ari ni aku dah hilang mood tuk raya, aku lbh selesa terperap kat umah sambil tgk t.v. sambil tu melayan keletah anak buah, lagi best. Mak ada juga ajak p raya tapi aku wat muka seposen ja. Mak dah paham. Alih2 ari tu aku wat kek coklat badam sebiji. Best juga isi masa ngan masak ni tp msk tu je la yg aku pandai. Siap kek, org pertama yg merengkek nak kek tu anak buah aku la. Aku suka buat ja tp mkn kurang…..so nanti sesapa dtg raya leh la jamu kek tu. Ari ni ada lagi sepupu yg dah bgtau nak dtg, so tak pa la,ada la rezeki dia org ari ni.
kehilangan...........
Friday, August 21, 2009
Ramadhan datang lagi
kenangan d'Asset
kudoakan mereka berjaya mengapai impian masing2. semoga mereka pulang dengan kejayaan yang cemerlang.
Buat adik2 cemerlang - buktikan kamu mampu melakukannya.
ceramah motivasi
Monday, August 10, 2009
Pesta Bunga Putrajaya
pesta bunga putrajaya baru ja tamat so hari ni baru dpt hupdate blog ni. mmg best pesta bunga tu.....kali ni agak menarik dari tahun lepas. lagi besar kawasan pameran bunga tu. lenguh la kaki nak tawaf smua kawasan tu. paling banyak sekalu bunga orkid la.....
Friday, July 31, 2009
seminggu berlalu
Monday, July 27, 2009
ahad oh ahad
Saturday, July 18, 2009
sambutan bestday
kek ni menggunakan edible image warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai. kek ni adalah percubaan pertama chef lyn ngan aku tapi aku sebagai penyibuk je la..he...he....
inilah wajah-wajah warga CLDP yang sambut bestday bulan Jun & Julai
Saturday, July 11, 2009
apa yang sesuai?
Wednesday, July 8, 2009
teroka kedai perabot
pas kluar dari alamanda baru la terasa laparnyerrrrr..........so sblm balik perlu cari destinasi utk isi perut dulu. walaupun dah lewat tuk makan malam tapi still kena makan juga sbb perut dah berbunyi.pas makan trus hantar en. lan & kak lyn balik,hampir pukul 11.30 mlm baru sampai umah.hu...hu....baru la rasa penatnyerrrrrr.
Tuesday, July 7, 2009
tetiba ja terpikir......
Kadang-kadang tu temparature naik juga. rasa marah trus datang.....kita pulak disalahkan bila cuba menegur sesuatu perkara tu. Huuuhhhh geram betol la.......
dairi minggu lepas
Mandi Laut....
Minggu lepas mandi laut kat p.d. dah 2 minggu aku berkampung kat p.d tu demi kerana tugas & Kali ni aku berjaya ajak kak noor mandi laut. Bukan senang nak ajak dia coz dia ni penakut air, bukan malas mandi tapi dia fobia ngan laut dan kolam..tapi lastweek dia mandi laut. He...he..ada perkembangan yang menarik tu. Nampak cam dah tak fobia ngan laut lagi sebaliknya makin bersemangat tuk mandi laut. Bukan main sronok lagi kak noor mandi laut, best btl tgk kak noor. Ptg je dah tak sabar2 nak p laut. Pasni sure dia dah tak sabar nak blajar berenang.....chai’yok....chai’yoook.......
Laut kat selesa beach ni mmg best pantainya cantik, air pun bersih. selalunya kami bertiga mandi laut, aku, kak noor & ied. Meriah tau......sepatutnya ada 2 lagi kengkawan merangkap bodyguard kami mandi laut tapimalangnya dia orang jarang bleh join kami sebab kekangan masa
Pas mandi laut kononnya nak balik blk ikut jln shortcut mls nak lalu swimming pool sbb ramai sgt. Kak noor ckp kalau nak ikut jalan shortcut kena balik sblm 7 mlm sbb pastu dia tutup jalan tu. bagitau kak noor tak pa kita balik la sblm kul 7 tapi kalau dia tutup kita panjat ja pagar tu wat mcm zaman kanak-kanak dulu. He...he....terkejut kak noor, tapi aku ckp o.k la tu bukan selalu kita leh wat mcm tu atleast bleh imbau balik zaman kanak2 yang nakal dulu2.bila di ingat2 rasa rindu la pula pada zaman dulu2.
Tapi.........bila dah masuk laut dah tak hingat nak naik pulak.......alih2 kul 7 lebih baru kami naik, masing2 tak da jam so tawakal ja ikut jln shortcut, tgk2 jalan dah tutup, ingat nak panjat ja pagar tu tapi lucunya camna nak panjat pagar tu tinggi kita orang bertiga ni pendek2 so terpaksa la balik ikut swimming pool juga. Hampeh tol cepat bebenar pintu tu tutup siap kunci ngan mangga plak tu. Sampai bilik berebut toilet plak ngan kak noor sbb masing2 nak masuk dulu sejuk kebasahan dan kelam kabut nak bersiap tuk p dinner & setup bilik ceramah. Tapi best walau sesibuk mana kami tapi masih sempat luangkan sedikit masa utk rest minda........at least leh kurangkan sikit tension dan serabut kat kepala ni.....
Tuesday, June 30, 2009
30.06.2007
dairi ari ni macam tak best ja sebab bleh dikira sebagai hari mood tak baik. bukan niat nak marah tapi sekadar nak menegur ja apa yang salah ja. mungkin juga cara tegur tu salah tapi kalau tu di anggap sebagai marah tak kisah terpulang lah.......
apa yang penting kita dah bantu perbetulkan apa yang salah.........nak terima atau tak terpulang la......
Saturday, June 27, 2009
seminggu berlalu
Majlis Penutup Kursus